03/09/2026
🔥 API TIDAK PERNAH MEMBERI AMARAN SEBELUM MENYAMBAR.
Kebakaran di rumah boleh berlaku hanya kerana kecuaian kecil — terlupa menutup dapur, litar pintas atau membiarkan peralatan elektrik tanpa pengawasan.
🏠 Beberapa perkara yang perlu diberi perhatian:
• Periksa dapur selepas selesai memasak.
• Tutup suis dan cabut plag peralatan elektrik yang tidak digunakan.
• Jangan gunakan sambungan elektrik secara berlebihan.
• Simpan bahan mudah terbakar jauh daripada sumber haba.
• Jauhkan mancis dan pemetik api daripada kanak-kanak.
• Pastikan semua ahli keluarga tahu laluan keluar ketika kecemasan.
Jika berlaku kebakaran, jangan panik dan jangan cuba menjadi hero. Utamakan nyawa, keluar dari rumah dengan segera dan hubungi 999.
🚒 Satu tindakan pencegahan hari ini mungkin menyelamatkan seluruh keluarga esok.
#999