Bintulu Port Authority

Call Directions Website Contact the organization

Bintulu Port Authority The official page of the Bintulu Port Authority (Sarawak)
More info at: http://www.bpa.gov.my
(1)

PENYERAHAN PELABUHAN BINTULU KEPADA KERAJAAN SARAWAKKUCHING, 16 September 2026 – Majlis Penyerahan Pelabuhan Bintulu dar...
17/09/2026

PENYERAHAN PELABUHAN BINTULU KEPADA KERAJAAN SARAWAK

KUCHING, 16 September 2026 – Majlis Penyerahan Pelabuhan Bintulu daripada Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Sarawak telah berlangsung di Bilik VIP, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching.

Majlis tersebut disaksikan oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan Premier Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg.

Penyerahan secara simbolik disempurnakan menerusi penyerahan Warta Kerajaan Persekutuan oleh Menteri Pengangkutan, YB Anthony Loke Siew F**k kepada Timbalan Premier Sarawak yang juga Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak (MIPD), YB Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Peralihan Pelabuhan Bintulu daripada pelabuhan Persekutuan kepada pelabuhan Negeri Sarawak telah berkuat kuasa secara rasmi pada 1 September 2026, menandakan satu perkembangan penting dalam pentadbiran dan pengurusan Pelabuhan Bintulu.

Susulan peralihan tersebut, fungsi pihak berkuasa pelabuhan kini dilaksanakan oleh Bintulu Port Authority (Sarawak).

Proses peralihan ini merupakan hasil kerjasama serta rundingan antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak bagi memastikan kesinambungan pengurusan dan operasi Pelabuhan Bintulu.

Pelabuhan Bintulu akan terus memainkan peranan penting sebagai salah satu gerbang maritim utama Sarawak dalam menyokong aktiviti perdagangan, perindustrian dan pembangunan ekonomi negeri serta negara.

Turut hadir mewakili pengurusan Bintulu Port Authority ( Sarawak ), Pengurus Besar (Menanggung), Kapt. Hj. Zakhir Khan Yusop dan Pengurus Kanan Komersial dan Perancangan, Pn. Khartina Abu Bakar.

Kredit Gambar: Anwar Ibrahim

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Ke-69 kepada seluruh rakyat Malaysia.Marilah kita bersama-sama menyemarakkan semangat ...
30/08/2026

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Ke-69 kepada seluruh rakyat Malaysia.

Marilah kita bersama-sama menyemarakkan semangat patriotisme, menghargai keamanan dan keharmonian yang dikecapi, serta terus berganding bahu dalam membina Malaysia yang lebih maju dan sejahtera.

31 Ogos 2026

Ikhlas Daripada

Ahli Lembaga Pengarah dan Seluruh Warga Kerja
Lembaga Pelabuhan Bintulu

29/08/2026
BUILT BY MOT, A LEGACY FOR SARAWAK1979 – 2026 | 47 Years of Building, Growth and ServiceBINTULU, 28 Ogos 2026 – Lembaga ...
29/08/2026

BUILT BY MOT, A LEGACY FOR SARAWAK
1979 – 2026 | 47 Years of Building, Growth and Service

BINTULU, 28 Ogos 2026 – Lembaga Pelabuhan Bintulu (LPB) hari ini mengadakan Majlis Makan Malam Perpisahan LPB daripada Kerajaan Persekutuan, yang dihadiri oleh YB Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Timbalan Premier Sarawak dan YB Loke Siew F**k, Menteri Pengangkutan Malaysia bertempat di Imperial Hotel Bintulu.

Majlis ini bukan sekadar sebuah perpisahan, tetapi penghormatan kepada perjalanan 47 tahun LPB di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) serta penghargaan kepada semua pihak yang telah bersama-sama membina dan mengembangkan Pelabuhan Bintulu.

Sejak 1979, LPB telah berkembang daripada sebuah institusi yang dibentuk untuk merealisasikan visi pembangunan pelabuhan laut dalam di Bintulu kepada salah satu aset strategik penting Sarawak, menjadi pintu perdagangan, pemangkin perindustrian dan penghubung Sarawak kepada pasaran dunia.

MOT bukan sekadar membina pelabuhan, tetapi turut membina institusi, tadbir urus, kepakaran dan budaya perkhidmatan yang menjadi asas kepada perkembangan Pelabuhan Bintulu selama hampir lima dekad.

Proses pertukaran status yang bermula pada tahun 2023 dan diperkukuh melalui pelbagai rundingan serta proses perundangan sejak 2024 akhirnya membawa kepada pertukaran status Pelabuhan Bintulu daripada Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri Sarawak berkuat kuasa 1 September 2026.

LPB merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Sarawak, ahli lembaga pengarah, agensi-agensi kerajaan, warga kerja, pesara serta semua pemegang taruh atas sumbangan dan komitmen dalam memastikan perjalanan serta proses peralihan ini dapat dilaksanakan dengan lancar.

1 September 2026 bukanlah sebuah pengakhiran, tetapi permulaan kepada bab baharu. Legasi yang dibina bersama selama 47 tahun kini diserahkan kepada Sarawak untuk diteruskan, diperkasakan dan dibawa ke tahap yang lebih tinggi.

~Dibina oleh MOT.
Diperkasa melalui 47 tahun perkhidmatan.
Kini menjadi legasi dan amanah untuk Sarawak.~

13/08/2026
03/08/2026
03/08/2026

πŸͺ Borneo International Kite Festival βœ…
πŸƒβ€β™€οΈ Bintulu Marathon βœ…
🌿 Pesta Tumbina 2026 is coming!!! πŸŽ‰πŸ”₯

Kemeriahan di Bintulu belum berakhir! Selepas Borneo International Kite Festival & Bintulu Marathon, jom teruskan perjalanan anda ke Pesta Tumbina 2026! 😍

πŸ“… 7 – 9 Ogos 2026
⏰ 8.00 pagi - 11.00 malam
πŸ“ Taman Tumbina Bintulu
🎟️ MASUK PERCUMA

Tiga hari penuh dengan pelbagai aktiviti menarik untuk seisi keluarga, suasana meriah serta pengalaman yang pastinya tidak boleh dilepaskan! 🌿🐊🦜✨

Jadi, rancang perjalanan anda, ajak keluarga dan kawan-kawan, dan jadikan Pesta Tumbina 2026 sebagai destinasi anda hujung minggu ini! ❀️

πŸ“Έ Jangan lupa abadikan momen anda bersama kami dan kongsikan kemeriahan

Jumpa anda di Tumbina! πŸ₯³πŸŒΏ





Address

Menara Kidurong, 12th Mile, Jalan Tg. Kidurong, (P. O. Box 296)
Bintulu
97007

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6086253888

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bintulu Port Authority posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Bintulu Port Authority:

Shortcuts

Share