Perpustakaan Awam Seri Iskandar

Call Directions Website Contact the organization

Perpustakaan Awam Seri Iskandar Perpustakaan Awam Cawangan Utama Seri Iskandar yang terletak di daerah Perak Tengah. Ditutup cuma pada hari kelepasan am.

Ia di tubuhkan di bawah Enakmen Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak Bil 4 pada 22 Sept 197-pindaan Julai 2005. Perpustakaan Awam Seri Iskandar atau PASI panggilan pendeknya merupakan Cawangan Utama yang mengendalikan semua jenis perpustakaan yang berada di dalam Zon 5 atau Zon Perak Tengah. Terdapat 6 kakitangan yang bertugas disini dan terbahagi kepada dua kumpulan syif kerana PASI dibuka setiap termasuk hari minggu.

LAWATAN PENDIDIKAN SEKOLAH PASTI AL JAMI'AH KE PERPUSTAKAAN AWAM CAWANGAN UTAMA SERI ISKANDAR.SERI ISKANDAR, 06 Oktober ...
06/10/2026

LAWATAN PENDIDIKAN SEKOLAH PASTI AL JAMI'AH KE PERPUSTAKAAN AWAM CAWANGAN UTAMA SERI ISKANDAR.

SERI ISKANDAR, 06 Oktober 2026 - Perpustakaan Awam Cawangan Utama Seri Iskandar telah menerima kunjungan Sekolah PASTI Al Jami'ah dalam satu lawatan pendidikan yang penuh dengan aktiviti menarik dan bermanfaat buat anak-anak cilik.

Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan, antaranya Rentak Cergas, Minda Bertenaga sebagai pembuka sesi untuk menceriakan suasana dan menyegarkan tubuh. Seterusnya, Kisah Inspirasi: Jejak Sirah Nabi tayangan berkaitan sirah Nabi yang membawa anak-anak mengenali dan menghayati kisah penuh teladan. Misi Imbang: Cabaran Fokus dan Keseimbangan aktiviti permainan yang menguji fokus, koordinasi dan keseimbangan dalam suasana yang menyeronokkan. Akhir sekali, Jelajah Dunia Ilmu: Jom Baca Bersama sesi membaca bersama bagi menyemai minat membaca serta menjadikan buku sebagai teman dalam meneroka dunia ilmu dan imaginasi.

Senyuman, gelak tawa dan keterujaan adik-adik sepanjang program menjadikan suasana perpustakaan semakin meriah.

Semoga kunjungan ini menjadi satu pengalaman yang bermakna dan membuka ruang kepada anak-anak untuk terus menjadikan perpustakaan sebagai destinasi ilmu, inspirasi dan aktiviti yang menyeronokkan. Terima kasih diucapkan kepada pihak Sekolah PASTI Al Jami'ah atas kunjungan dan kerjasama yang diberikan.


'ah

Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak

JUDUL : ASAS KENDERAAN ELEKTRIK TEKNOLOGI DAN KELESTARIAN (EDISI 1)PENULIS : FAUZI FUDZIN๐€๐ฌ๐š๐ฌ ๐Š๐ž๐ง๐๐ž๐ซ๐š๐š๐ง ๐„๐ฅ๐ž๐ค๐ญ๐ซ๐ข๐ค adalah ...
02/10/2026

JUDUL : ASAS KENDERAAN ELEKTRIK TEKNOLOGI DAN KELESTARIAN (EDISI 1)
PENULIS : FAUZI FUDZIN

๐€๐ฌ๐š๐ฌ ๐Š๐ž๐ง๐๐ž๐ซ๐š๐š๐ง ๐„๐ฅ๐ž๐ค๐ญ๐ซ๐ข๐ค adalah panduan komprehensif yang menerangkan teknologi, cabaran, dan potensi masa depan kenderaan elektrik (EV). Buku ini merangkumi asas-asas teknikal yang penting, termasuk jenis motor elektrik, bateri, sistem kawalan, serta inovasi terkini dalam industri automotif.

Pembaca akan diperkenalkan kepada konsep kenderaan elektrik, cara kerjanya, dan bagaimana ia menyumbang kepada masa depan pengangkutan yang lebih mampan dan mesra alam.

Selain itu, buku ini juga membincangkan cabaran dalam penerapan teknologi EV, seperti masalah pengecasan, jangka hayat bateri, dan kos pembuatan. Ia turut menekankan peranan kenderaan elektrik dalam mencapai Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) dan bagaimana ia boleh membantu mengurangkan kesan negatif terhadap alam sekitar.




Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak

๐‹๐€๐–๐€๐“๐€๐ ๐๐„๐๐ƒ๐ˆ๐ƒ๐ˆ๐Š๐€๐ ๐’๐„๐Š๐Ž๐‹๐€๐‡ ๐๐€๐’๐“๐ˆ ๐“๐€๐‘๐ˆ๐ ๐๐ˆ๐ ๐™๐ˆ๐˜๐€๐ƒ ๐Š๐„ ๐๐„๐‘๐๐”๐’๐“๐€๐Š๐€๐€๐ ๐€๐–๐€๐Œ ๐‚๐€๐–๐€๐๐†๐€๐ ๐”๐“๐€๐Œ๐€ ๐’๐„๐‘๐ˆ ๐ˆ๐’๐Š๐€๐๐ƒ๐€๐‘.SERI ISKANDAR, 25 Sep...
25/09/2026

๐‹๐€๐–๐€๐“๐€๐ ๐๐„๐๐ƒ๐ˆ๐ƒ๐ˆ๐Š๐€๐ ๐’๐„๐Š๐Ž๐‹๐€๐‡ ๐๐€๐’๐“๐ˆ ๐“๐€๐‘๐ˆ๐ ๐๐ˆ๐ ๐™๐ˆ๐˜๐€๐ƒ ๐Š๐„ ๐๐„๐‘๐๐”๐’๐“๐€๐Š๐€๐€๐ ๐€๐–๐€๐Œ ๐‚๐€๐–๐€๐๐†๐€๐ ๐”๐“๐€๐Œ๐€ ๐’๐„๐‘๐ˆ ๐ˆ๐’๐Š๐€๐๐ƒ๐€๐‘.

SERI ISKANDAR, 25 September 2026 โ€“ Perpustakaan Awam Cawangan Utama Seri Iskandar telah menerima kunjungan Sekolah PASTI Tariq Bin Ziyad dalam satu lawatan pendidikan yang penuh dengan aktiviti menarik dan bermanfaat buat anak-anak cilik.

Program dimulakan dengan aktiviti Kecergasan Cilik melalui sesi senam regangan otot bagi menceriakan suasana dan memberikan tenaga sebelum meneruskan aktiviti seterusnya.

Seterusnya, anak-anak dibawa menyertai Sinema Kembara Ilmu bersama Omar & Hana, yang bukan sahaja menghiburkan tetapi turut memberikan pengalaman pembelajaran yang santai dan menyeronokkan.

Sebagai aktiviti penutup, anak-anak menyertai Lakaran Minda Cilik, mencungkil kreativiti dan imaginasi mereka melalui hasil lakaran yang menarik.

Semoga lawatan ini dapat menyemai minat membaca, kecintaan terhadap ilmu serta menjadikan perpustakaan sebagai ruang pembelajaran yang menyeronokkan buat anak-anak.

Terima kasih kepada Sekolah PASTI Tariq Bin Ziyad atas kunjungan. Jumpa lagi di Perpustakaan Awam Cawangan Utama Seri Iskandar.





Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak

JUDUL : KERANA MEREKA AKU MELIHAT DUNIA ุจุฑ ุงู„ูˆุงู„ุฏูŠู†PENULIS : USTAZAH MUZAYYANAH ABDULLAH ALFIAH BERKAH๐Š๐ž๐ซ๐š๐ง๐š ๐Œ๐ž๐ซ๐ž๐ค๐š ๐€๐ค๐ฎ ...
23/09/2026

JUDUL : KERANA MEREKA AKU MELIHAT DUNIA ุจุฑ ุงู„ูˆุงู„ุฏูŠู†
PENULIS : USTAZAH MUZAYYANAH ABDULLAH ALFIAH BERKAH

๐Š๐ž๐ซ๐š๐ง๐š ๐Œ๐ž๐ซ๐ž๐ค๐š ๐€๐ค๐ฎ ๐Œ๐ž๐ฅ๐ข๐ก๐š๐ญ ๐ƒ๐ฎ๐ง๐ข๐š adalah sebuah dedikasi jiwa kepada insan pertama yang memperkenalkan kita kepada dunia โ€“ ibu dan ayah.

Dalam kesibukan dunia dan tuntutan kehidupan, ramai yang terlupa bahawa syurga itu masih terletak di bawah telapak kaki mereka. Buku ini mengajak kita menyelami kisah sebenar perjuangan seorang anak dalam menunaikan amanah ๐˜ฃ๐˜ช๐˜ณ๐˜ณ๐˜ถ๐˜ญ ๐˜ธ๐˜ข๐˜ญ๐˜ช๐˜ฅ๐˜ข๐˜ช๐˜ฏ kepada kedua ibu bapa โ€“ berbakti, memaafkan, bersabar dan menyantuni, meskipun hati pernah dilukai.

Kisah-kisah dalam naskhah ini adalah cermin buat kita merenung kembali hubungan kita dengan ibu bapa โ€“ adakah kita benar-benar telah berlaku ihsan kepada mereka?

Di saat ramai mencari syurga yang jauh, penulis mengingatkan bahawa mungkin syurga itu sedang duduk di ruang tamu rumah kita sendiri.

"Berbakti tanpa tapi, meskipun pernah dilukai" โ€“ kerana berbuat baik kepada mereka adalah jalan menuju redha Ilahi.



Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak

Ramai yang masih keliru antara Hari Merdeka (31 Ogos) dan Hari Malaysia (16 September). Kedua-duanya mempunyai sejarah d...
15/09/2026

Ramai yang masih keliru antara Hari Merdeka (31 Ogos) dan Hari Malaysia (16 September). Kedua-duanya mempunyai sejarah dan makna yang tersendiri dalam perjalanan pembentukan negara kita.

๐Ÿ‘๐Ÿ ๐Ž๐ ๐จ๐ฌ ๐ฆ๐ž๐ฆ๐ฉ๐ž๐ซ๐ข๐ง๐ ๐š๐ญ๐ข ๐ค๐ž๐ฆ๐ž๐ซ๐๐ž๐ค๐š๐š๐ง ๐๐ž๐ซ๐ฌ๐ž๐ค๐ฎ๐ญ๐ฎ๐š๐ง ๐“๐š๐ง๐š๐ก ๐Œ๐ž๐ฅ๐š๐ฒ๐ฎ ๐ฉ๐š๐๐š ๐ญ๐š๐ก๐ฎ๐ง ๐Ÿ๐Ÿ—๐Ÿ“๐Ÿ• ๐๐š๐ซ๐ข๐ฉ๐š๐๐š ๐ฉ๐ž๐ง๐ฃ๐š๐ฃ๐š๐ก๐š๐ง ๐๐ซ๐ข๐ญ๐ข๐ฌ๐ก.

๐Ÿ๐Ÿ” ๐’๐ž๐ฉ๐ญ๐ž๐ฆ๐›๐ž๐ซ ๐ฉ๐ฎ๐ฅ๐š ๐ฆ๐ž๐ฆ๐ฉ๐ž๐ซ๐ข๐ง๐ ๐š๐ญ๐ข ๐ฉ๐ž๐ฆ๐›๐ž๐ง๐ญ๐ฎ๐ค๐š๐ง ๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š ๐ฉ๐š๐๐š ๐ญ๐š๐ก๐ฎ๐ง ๐Ÿ๐Ÿ—๐Ÿ”๐Ÿ‘ ๐ฆ๐ž๐ฅ๐š๐ฅ๐ฎ๐ข ๐ฉ๐ž๐ง๐ฒ๐š๐ญ๐ฎ๐š๐ง ๐๐ž๐ซ๐ฌ๐ž๐ค๐ฎ๐ญ๐ฎ๐š๐ง ๐“๐š๐ง๐š๐ก ๐Œ๐ž๐ฅ๐š๐ฒ๐ฎ, ๐’๐š๐›๐š๐ก ๐๐š๐ง ๐’๐š๐ซ๐š๐ฐ๐š๐ค, ๐’๐ข๐ง๐ ๐š๐ฉ๐ฎ๐ซ๐š ๐ญ๐ฎ๐ซ๐ฎ๐ญ ๐ฆ๐ž๐ง๐ฃ๐š๐๐ข ๐ฌ๐ž๐›๐š๐ก๐š๐ ๐ข๐š๐ง ๐๐š๐ซ๐ข๐ฉ๐š๐๐š ๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š ๐ฌ๐ž๐›๐ž๐ฅ๐ฎ๐ฆ ๐›๐ž๐ซ๐ฉ๐ข๐ฌ๐š๐ก ๐ฉ๐š๐๐š ๐ญ๐š๐ก๐ฎ๐ง ๐Ÿ๐Ÿ—๐Ÿ”๐Ÿ“.

Sejarah ini mengingatkan kita bahawa Malaysia terbina melalui perjalanan, persefahaman dan semangat perpaduan yang perlu terus dihargai dan dipelihara.

Jom kenali sejarah negara kita dengan lebih dekat.
Kunjungi Perpustakaan Awam Cawangan Utama Seri Iskandar dan terokai pelbagai koleksi buku berkaitan sejarah Malaysia.

๐‘ฒ๐’†๐’๐’‚๐’๐’Š ๐’”๐’†๐’‹๐’‚๐’“๐’‚๐’‰๐’๐’š๐’‚, ๐’‰๐’‚๐’“๐’ˆ๐’‚๐’Š ๐’‘๐’†๐’“๐’‹๐’–๐’‚๐’๐’ˆ๐’‚๐’๐’๐’š๐’‚, ๐’‰๐’‚๐’š๐’‚๐’•๐’Š ๐‘ด๐’‚๐’๐’‚๐’š๐’”๐’Š๐’‚๐’Œ๐’–.



Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak

Menjelang sambutan ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š, ๐Ÿ๐Ÿ” ๐’๐ž๐ฉ๐ญ๐ž๐ฆ๐›๐ž๐ซ, jom kita imbas kembali perjalanan bersejarah pembentukan negara kita.Dar...
14/09/2026

Menjelang sambutan ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š, ๐Ÿ๐Ÿ” ๐’๐ž๐ฉ๐ญ๐ž๐ฆ๐›๐ž๐ซ, jom kita imbas kembali perjalanan bersejarah pembentukan negara kita.

Daripada Persekutuan Tanah Melayu, kepada penyertaan Sabah (Borneo Utara), Sarawak dan Singapura dalam pembentukan Malaysia pada tahun 1963, setiap detik mencerminkan perjalanan panjang yang penuh dengan nilai perpaduan, kerjasama dan semangat kebersamaan.

Sejarah bukan sekadar untuk dikenang, tetapi untuk difahami, dihargai dan dijadikan pedoman demi mempertahankan keharmonian negara.

Nak tahu lebih lanjut tentang sejarah pembentukan Malaysia?

Jom kunjungi Perpustakaan Awam Cawangan Utama Seri Iskandar minggu ini. Pelbagai koleksi buku sejarah menanti anda untuk diterokai.

๐‘ฒ๐’†๐’๐’‚๐’๐’Š ๐’”๐’†๐’‹๐’‚๐’“๐’‚๐’‰. ๐‘ฏ๐’‚๐’“๐’ˆ๐’‚๐’Š ๐’‘๐’†๐’“๐’‹๐’–๐’‚๐’๐’ˆ๐’‚๐’. ๐‘ฒ๐’–๐’Œ๐’–๐’‰๐’Œ๐’‚๐’ ๐’‘๐’†๐’“๐’‘๐’‚๐’…๐’–๐’‚๐’.


Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak

07/09/2026
Pada 4 September 2026 (Jumaat), Perpustakaan Awam Cawangan Utama Seri Iskandar telah menganjurkan aktiviti Layar Merdeka...
04/09/2026

Pada 4 September 2026 (Jumaat), Perpustakaan Awam Cawangan Utama Seri Iskandar telah menganjurkan aktiviti Layar Merdeka: Mat Kilau bersempena dengan sambutan Bulan Kebangsaan 2026.

Aktiviti ini diadakan bagi memberi peluang kepada para pengunjung menghayati kisah perjuangan dan keberanian tokoh pahlawan Melayu yang dipaparkan melalui tayangan filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan. Sepanjang tayangan berlangsung, para peserta memberikan perhatian dan mengikuti jalan cerita dengan baik. Tayangan ini turut menjadi medium santai dan berinformasi kepada pengunjung untuk mengenali nilai keberanian, pengorbanan, semangat perjuangan dan kecintaan terhadap tanah air yang dipaparkan dalam filem tersebut.

Sebagai aktiviti penutup, para peserta turut menyertai sesi kuiz berkaitan tayangan Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan. Kuiz ini diadakan bagi menguji tahap kefahaman dan ingatan peserta terhadap jalan cerita, watak serta nilai-nilai perjuangan yang dipaparkan sepanjang tayangan.

Diharapkan penganjuran aktiviti sebegini dapat terus menggalakkan masyarakat, khususnya pengunjung perpustakaan, untuk menghayati sejarah, menghargai jasa para pejuang serta menyemarakkan patriotisme dan kecintaan kepada negara.




Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak

04/09/2026

โœ๏ธ ๐ƒ๐”๐€ ๐’๐„๐’๐ˆ, ๐ƒ๐”๐€ ๐๐„๐๐†๐€๐‹๐€๐Œ๐€๐ ๐Œ๐„๐๐”๐‹๐ˆ๐’!

Minat menulis? Atau mahu menjadikan penulisan sebagai ruang untuk meneroka dan memahami diri?

Sempena ๐—›๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐—ง๐—ฒ๐—ฟ๐—ฏ๐˜‚๐—ธ๐—ฎ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฝ๐˜‚๐˜€๐˜๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐—”๐˜„๐—ฎ๐—บ ๐—ก๐—ฒ๐—ด๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ & ๐——๐—ถ๐—ด๐—ถ๐˜๐—ฎ๐—น ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—™๐—ฒ๐˜€๐˜๐—ถ๐˜ƒ๐—ฎ๐—น ๐—ฆ๐—ฎ๐˜€๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ & ๐—ฆ๐—ฒ๐—ป๐—ถ ๐—ž๐—ฎ๐—ป๐—ฎ๐—ธ-๐—ž๐—ฎ๐—ป๐—ฎ๐—ธ, kami bawakan dua sesi bengkel penulisan khas untuk anda!

๐Ÿ“– ๐—•๐—˜๐—ก๐—š๐—ž๐—˜๐—Ÿ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—จ๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—ž๐—ฅ๐—˜๐—”๐—ง๐—œ๐—™
๐Ÿ‘ค ๐—ž๐—ฎ๐˜๐—ฒ๐—ด๐—ผ๐—ฟ๐—ถ: ๐—ฅ๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐—ท๐—ฎ
โฐ ๐Ÿต.๐Ÿฌ๐Ÿฌ ๐—ฝ๐—ฎ๐—ด๐—ถ โ€“ ๐Ÿญ๐Ÿญ.๐Ÿฏ๐Ÿฌ ๐—ฝ๐—ฎ๐—ด๐—ถ

๐Ÿ–‹๏ธ ๐—•๐—˜๐—ก๐—š๐—ž๐—˜๐—Ÿ ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ฃ๐—œ ๐— ๐—˜๐—ก๐—จ๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ
๐Ÿ‘ค ๐—ž๐—ฎ๐˜๐—ฒ๐—ด๐—ผ๐—ฟ๐—ถ: ๐——๐—ฒ๐˜„๐—ฎ๐˜€๐—ฎ
โฐ ๐Ÿฎ.๐Ÿฏ๐Ÿฌ ๐—ฝ๐—ฒ๐˜๐—ฎ๐—ป๐—ด โ€“ ๐Ÿฑ.๐Ÿฌ๐Ÿฌ ๐—ฝ๐—ฒ๐˜๐—ฎ๐—ป๐—ด

๐Ÿ“… ๐Ÿญ๐Ÿฎ ๐—ฆ๐—ฒ๐—ฝ๐˜๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ (๐—ฆ๐—ฎ๐—ฏ๐˜๐˜‚)
๐Ÿ“ ๐—•๐—ถ๐—น๐—ถ๐—ธ ๐—ฅ๐—ฎ๐—ณ๐—ณ๐—น๐—ฒ๐˜€๐—ถ๐—ฎ, ๐—”๐—ฟ๐—ฎ๐˜€ ๐Ÿญ, ๐—ฃ๐—ฃ๐—”๐—ก๐—ฃ๐—ธ
๐ŸŽŸ๏ธ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐˜†๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—ต ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฐ๐˜‚๐—บ๐—ฎ!

๐Ÿ“ฒ Imbas kod QR pada poster untuk pendaftaran.

Pilih sesi anda dan jom temui sisi kreatif melalui dunia penulisan! โœจ

16/04/2026

๐ŸŽ“ ๐‹๐„๐๐€๐’๐€๐ ๐’๐๐Œ: ๐๐ˆ๐‹๐ˆ๐‡ ๐Œ๐ˆ๐๐€๐“ ๐€๐“๐€๐” ๐ˆ๐Š๐”๐“ ๐“๐‘๐„๐๐ƒ? ๐ŸŽ“

Dilema Selepas Sekolah?
Baru selesai SPM tapi masih buntu nak pilih haluan kerjaya? Jangan risau! Jom sertai sesi perkongsian eksklusif ini untuk kupas tuntas hala tuju masa depan anda. Adakah perlu ikut minat atau sekadar mengikut trend semasa? Dapatkan jawapannya daripada pakar kaunseling kami! โœจ

๐ŸŽค Panel Jemputan:
๐Ÿญ๏ธโƒฃ ๐—ฃ๐—ฟ๐—ผ๐—ณ๐—ฒ๐˜€๐—ผ๐—ฟ ๐— ๐—ฎ๐—ฑ๐˜†๐—ฎ ๐——๐—ฟ. ๐—ฅ๐—ฎ๐—ณ๐—ถ๐—ฑ๐—ฎ๐—ต ๐—”๐—ด๐—ฎ ๐— ๐—ผ๐—ต๐—ฑ ๐—๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—ฑ๐—ถ๐—ป (๐—ž๐—ฎ๐˜‚๐—ป๐˜€๐—ฒ๐—น๐—ผ๐—ฟ ๐—•๐—ฒ๐—ฟ๐—ฑ๐—ฎ๐—ณ๐˜๐—ฎ๐—ฟ, ๐—จ๐— )
๐Ÿฎ๏ธโƒฃ ๐—˜๐—ป๐—ฐ๐—ถ๐—ธ ๐—›๐—ฎ๐—บ๐˜€๐—ต๐—ฎ๐—ต ๐—ฏ๐—ถ๐—ป ๐—ก๐—ผ๐—ฟ๐—ฎ๐—ถ๐—ป๐—ถ (๐—ž๐—ฎ๐˜‚๐—ป๐˜€๐—ฒ๐—น๐—ผ๐—ฟ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ฑ๐—ถ๐—ฑ๐—ถ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ก๐—ฒ๐—ด๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ, ๐—๐—ฃ๐—ก ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ธ)

๐Ÿ“… ๐Ÿฎ๐Ÿฑ ๐—”๐—ฝ๐—ฟ๐—ถ๐—น ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ (๐—ฆ๐—ฎ๐—ฏ๐˜๐˜‚)
โฐ ๐Ÿต.๐Ÿฏ๐Ÿฌ ๐—ฃ๐—ฎ๐—ด๐—ถ
๐Ÿ“ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐˜๐—ฎ๐˜€ ๐—•๐—ฎ๐˜‡๐—ฎ๐—ฟ ๐—•๐˜‚๐—ธ๐˜‚ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ธ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ, ๐—ฆ๐˜๐—ฎ๐—ฑ๐—ถ๐˜‚๐—บ ๐—œ๐—ป๐—ฑ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ ๐— ๐˜‚๐—น๐—ถ๐—ฎ

๐Ÿ“ž Maklumat Lanjut & Pendaftaran:
๐—ฆ๐—ถ๐˜๐—ถ ๐—ก๐—ผ๐—ผ๐—ฟ ๐—”๐—ป๐—ถ๐˜€๐—ต๐—ฎ๐—ต: ๐Ÿฌ๐Ÿญ๐Ÿด-๐Ÿต๐Ÿญ๐Ÿณ๐Ÿฌ๐Ÿด๐Ÿฐ๐Ÿฐ

๐Ÿ“ฒ ๐——๐—ฎ๐—ณ๐˜๐—ฎ๐—ฟ ๐˜€๐—ฒ๐—ธ๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป๐—ด dengan imbas kod QR.

๐Ÿ“… ๐“๐š๐ง๐๐š ๐ค๐š๐ฅ๐ž๐ง๐๐š๐ซ ๐ค๐จ๐ฆ๐ž!
Mari pakat datang dan meriahkan Bazar Buku Perak 2026 bersama keluarga dan rakan-rakan!

๐Ÿ“– "๐‘ƒ๐‘’๐‘Ÿ๐‘Ž๐‘˜ ๐‘€๐‘’๐‘š๐‘๐‘Ž๐‘๐‘Ž ๐‘…๐‘Ž๐‘˜๐‘ฆ๐‘Ž๐‘ก ๐‘†๐‘’๐‘—๐‘Žโ„Ž๐‘ก๐‘’๐‘Ÿ๐‘Ž"

๐Ÿ—ฃ๏ธ ๐Œ๐จ๐ก ๐‹๐ž๐ ๐ก๐š๐ข๐ก! ๐‰๐จ๐ฆ ๐ซ๐š๐ฆ๐š๐ข-๐ซ๐š๐ฆ๐š๐ข ๐ค๐ž ๐๐š๐ณ๐š๐ซ ๐๐ฎ๐ค๐ฎ ๐๐ž๐ซ๐š๐ค ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”!
Datang, jangan tak datang! ๐Ÿ˜‰




Address

Bota
32600

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:30
Tuesday 09:00 - 17:30
Wednesday 09:00 - 17:30
Thursday 09:00 - 17:30
Friday 09:00 - 17:30
Saturday 09:00 - 17:30

Telephone

+6053677803

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perpustakaan Awam Seri Iskandar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Perpustakaan Awam Seri Iskandar:

Share

Category