25/10/2026
HARI TERBUKA WELLNESS HUB DAN SAMBUTAN BULAN MALAYSIA SIHAT SEJAHTERA (BMSS) PERINGKAT DAERAH MELAKA TENGAH TAHUN 2026
Alhamdulillah, Hari Terbuka Wellness Hub dan Sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera (BMSS) Peringkat Daerah Melaka Tengah Tahun 2026 yang berlangsung pada 25 Oktober 2026 di Wellness Hub Melaka Tengah telah berjaya dilaksanakan dengan lancar dan meriah.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Kesihatan Awam, Dr. Noor Aizam bin Mohd Said, dengan diiringi oleh Pegawai Kesihatan Daerah Melaka Tengah.
Program ini turut dimeriahkan dengan pelbagai pengisian menarik, antaranya Langkah Sihat Kg Alai, Pertandingan Mewarna, Pertandingan Menu Sihat serta pameran kesihatan meliputi derma organ, sarkopenia, rokok dan v**e, kesihatan pergigian, aktiviti kecergasan dan Dengue Buster. Pelbagai aktiviti ini bertujuan meningkatkan literasi kesihatan serta menggalakkan pembudayaan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat.
Walaupun hujan lebat pada malam sebelum program, alhamdulillah, keadaan cuaca yang lebih baik pada pagi program membolehkan aktiviti dilaksanakan dengan lancar.
Dalam perkembangan berkaitan jerebu, bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) dilaporkan menurun kepada 97, iaitu dalam kategori sederhana. Orang ramai disaran agar terus memantau bacaan IPU semasa dan mengambil langkah berjaga-jaga bagi melindungi kesihatan diri serta keluarga.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua agensi, rakan strategik, petugas, sukarelawan serta komuniti yang telah memberikan komitmen dan kerjasama dalam menjayakan program ini.
Semoga penganjuran ini terus memperkukuh usaha promosi kesihatan dan meningkatkan penglibatan masyarakat ke arah kehidupan yang lebih sihat, aktif dan sejahtera.
KOMUNITI SIHAT, MASYARAKAT SEJAHTERA.
Jabatan Kesihatan Negeri Melaka
Melaka Sihat
Husnina Binti Ibrahim
Noor Aizam
Ridzuan Janudin
Klinik Kesihatan Sungai Udang Melaka
Klinik Kesihatan Peringgit
Klinik Kesihatan Seri Tanjung
Klinik Kesihatan Bukit Rambai
Klinik Kesihatan Ayer Molek
Klinik Kesihatan AYER KEROH