Majlis Agama Islam Melaka - Rasmi

Call Directions Website Contact the organization

Majlis Agama Islam Melaka - Rasmi Badan Berkanun Negeri Melaka

Untuk Maklumat Lanjut Informasi dan Perkhidmatan MAIM Klik link:
https://beacons.ai/maimmelaka

05/10/2026

KOTA LAKSAMANA 5 Oktober - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) membelanjakan lebih RM6.7 juta bagi tujuan bantuan berkaitan perubatan dan kesihatan setakat Septemb

📢 TAHUKAH ANDA BAHAWA HARTA WAKAF MEMPUNYAI KATEGORI HARTA ALIH  DAN HARTA TAK ALIH?✨ Jom kenali wakaf dengan lebih deka...
05/10/2026

📢 TAHUKAH ANDA BAHAWA HARTA WAKAF MEMPUNYAI KATEGORI HARTA ALIH DAN HARTA TAK ALIH?

✨ Jom kenali wakaf dengan lebih dekat dan fahami bagaimana harta wakaf diuruskan demi manfaat ummah.
📌 Untuk makluman umat Islam di Melaka, pengurusan harta wakaf adalah di bawah tadbir urus Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) sebagai pemegang amanah tunggal harta wakaf di Melaka mengikut Enakmen Wakaf (Negeri Melaka) 2005.

Sila kunjungi :
Bahagian Wakaf & Mal
Aras Bawah
Majlis Agama Islam Melaka (MAIM)
75400 Bukit Palah Melaka
"Baitulmal Diperkasa Ummah Sejahtera"

02/10/2026

KOTA LAKSAMANA 2 Oktober - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) tampil membantu seorang pesakit sindrom Stevens-Johnson, Hamdan Hashim, 39, memerlukan kira-kira RM3

02/10/2026

AYER KEROH 2 Oktober - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menafikan dakwaan premis panelnya mengenakan harga jualan tinggi kepada penerima bantuan makanan bulanan

02/10/2026
02/10/2026

JAM YANG TIDAK DITUNTUT, KE MANA AKHIRNYA? ⌚

Ingat jangan main ambil sahaja sebab harta ini bukan kepunyaan kita. Jadi, p**angkan kepada badan yang bertanggungjawab.

Misalnya, jam-jam yang merupakan harta luqatah telah lama berada dalam simpanan dan tidak dituntut oleh pemiliknya. Jadi, setelah melalui tempoh serta proses yang ditetapkan, satu keputusan dibuat untuk melelong harta luqatah berkenaan.

Hasil daripada lelongan p**a akan disalurkan ke dalam akaun Baitulmal Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) bagi manfaat dan urusan kebajikan umat Islam.

Daripada harta yang tidak dituntut, kepada manfaat yang kembali kepada ummah. Indahnya Islam.

02/10/2026

"Saat diuji, MAIM hadir membantu"..

Assalamualaikum dan Salam Muhibbah Alhamdulillah hari penuh barakah ini dapat menyantuni Encik Hamdan bin Hashim di Kamp...
02/10/2026

Assalamualaikum dan Salam Muhibbah

Alhamdulillah hari penuh barakah ini dapat menyantuni Encik Hamdan bin Hashim di Kampung Morten...

Skuad Agihan Zakat MAIM (SAZ) Cawangan Melaka Tengah diketuai Penolong Setiausaha Bahagian Agihan Zakat MAIM, Encik Norazmi bin Hussin turun bersama bertanya khabar dan mendengar permasalahan penyakit yang dihidapi encik Hamdan...

Kini mata beliau tidak mampu melihat dan kabur yang kronik kerana menghidap penyakit Steven Hohnson Syndrome...

Masih mendapatkan rawatan dan akan menjalani pembedahan susulan di hospital yang mana ianya memerlukan kos yang tinggi...

MAIM hadir dan akan membantu memastikan kos pembedahan dan rawatan berkenaan dan dalam waktu yang sama memastikan bantuan susulan secara bulanan diperhalusi sebaiknya...

Kini beliau bersama isteri masih berusaha dengan bekerja di kedai makan dan membuat jualan dekorasi hiasan majlis kecil-kecilan bagi menampung perbelanjaan harian keluarga...

Masih tinggal bersama nenek beliau yang agak uzur dan semangat ingin berusaha dan bekerja amat-amat kami hormati...bukan mudah untuk mencari rezeki dalam keadaan kesihatan penglihatan mata yang terbatas...

Insha Allah bantuan ini akan disegerakan dan sama-sama kita doakan kesihatan mata Encik Hamdan bertambah baik dan beliau mampu melihat seperti sediakala...

Firman Allah SWT yang bermaksud : "Sesungguhnya Kami akan menguji kamu semua dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta benda, nyawa (penyakit) dan kekurangan hasil mahsul bumi. Beruntunglah bagi mereka yang sabar atas segala dugaan itu." -Surah al-Baqarah, ayat 155.

"Madani Dihayati, Ummah Diberkati"












Disediakan oleh :

Erwin bin Abu Hasan
([email protected])
Ahmad Fadhli bin Jamaludin
([email protected])

Assalamualaikum dan Salam Muhibbah  Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) melalui Sekretariat Pengurusan Pelajar Luar Negara ...
02/10/2026

Assalamualaikum dan Salam Muhibbah

Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) melalui Sekretariat Pengurusan Pelajar Luar Negara Negeri Melaka (S-PLAN) telah menerima kunjungan hormat daripada Ikatan Mahasiswa Anak Melaka Jordan (IMAMJ).

Tarikh : 2 Oktober 2026 (Jumaat)
Masa : 11.30 pagi

Kunjungan delegasi berkenaan diketuai oleh Yang Dipertua Ikatan Mahasiswa Anak Melaka Jordan (IMAMJ), Ustaz Iman Asyraff bin Muhammad Zaki dan disambut mesra oleh Pengurus Baitulmal MAIM, Tuan Haji Mohd Hairulamin bin Mohd Sis.

Pertemuan penuh bermakna ini diadakan bagi membuka ruang perbincangan dan pertukaran pandangan antara kedua-dua belah pihak dalam usaha memperkasa kebajikan dan pendidikan mahasiswa anak Melaka yang sedang melanjutkan pengajian di negara Jordan.

Rasulullah SAW bersabda dalam mafhumnya : "Sesungguhnya ulama’ adalah pewaris para nabi. Sungguhpun para nabi tidak mewariskan dinar atau dirham tetapi mereka telah mewariskan ilmu. Barangsiapa yang mengambil warisan tersebut maka dia telah mengambil bahagian yang banyak.” -Hadis Riwayat Abu Daud : 3157

"Madani Dihayati, Ummah Diberkati"











Disediakan oleh :

Erwin bin Abu Hasan
([email protected])
Ahmad Fadhli bin Jamaludin
([email protected])
Mohd Nasir bin Omar
([email protected])

Assalamualaikum dan Salam MuhibbahBersama kita memelihara akhlak dan menjaga adab pertuturan sesama kita...Adab dulu, ba...
02/10/2026

Assalamualaikum dan Salam Muhibbah

Bersama kita memelihara akhlak dan menjaga adab pertuturan sesama kita...

Adab dulu, baru ilmu...

Sumber : Unit Penerbitan, MAIM

Address

Bukit Baru

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:30 - 17:30
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:30

Telephone

+6062837416

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Majlis Agama Islam Melaka - Rasmi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Majlis Agama Islam Melaka - Rasmi:

Shortcuts

Share