12/11/2026
BALAI ICQS | 12 NOV 2026 | KHAMIS
🏸🏆 KEJOHANAN BADMINTON PIALA KETUA POLIS DAERAH & PENGERUSI PERKEP KUBANG PASU 2026 🏆🏸
TAHNIAH & SYABAS! 🎉👏
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Pasukan Gabungan Balai Polis ICQS, BIPS dan Balai Polis Ayer Hitam atas kejayaan cemerlang menewaskan pasukan gabungan BSJKD, BSJND dan Balai Polis Jitra dengan keputusan bergaya 7–0! 🔥💪
Kejohanan yang berlangsung pada 12 November 2026 (Khamis) bertempat di Dewan Badminton Kasturi ini melibatkan enam pasukan gabungan bahagian dan balai polis di bawah IPD Kubang Pasu.
Penganjuran kejohanan ini bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim, memupuk semangat kesukanan serta menggalakkan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan warga IPD Kubang Pasu dan ahli PERKEP.
💙 Syabas kepada semua pemain dan tak lupa juga kepada penyokong atas semangat juang dan kerjasama berpasukan yang mantap!
Semoga momentum kemenangan ini diteruskan dalam perlawanan seterusnya. Teruskan kecemerlangan dan harumkan nama pasukan! 🏸🏆
ICQS + BIPS + AYER HITAM — 7️⃣ : 0️⃣ 🔥