IKTBN Bukit Mertajam

Call Directions Website

IKTBN Bukit Mertajam Berilmu Berkemahiran Berdisiplin 💪🏻
Jalan Berapit,14000 Bukit Mertajam,Pulau Pinang
(1)

🏆 MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT IKTBN BUKIT MERTAJAM 2026 🏅📅 Tarikh: 29 Oktober 2026 (Khamis)📍 T...
29/10/2026

🏆 MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT IKTBN BUKIT MERTAJAM 2026 🏅

📅 Tarikh: 29 Oktober 2026 (Khamis)
📍 Tempat: Dewan Perdana, IKTBN Bukit Mertajam

Pada 29 Oktober 2026, telah berlangsung Majlis Penyampaian Hadiah Hari Sukan Negara Peringkat IKTBN Bukit Mertajam 2026 bertempat di Dewan Perdana, IKTBN Bukit Mertajam.

Majlis ini diadakan bagi meraikan para peserta yang telah menunjukkan semangat kesukanan, komitmen dan usaha sepanjang aktiviti sukan yang dijalankan. Penyampaian hadiah ini turut menjadi penghargaan kepada para pemenang atas pencapaian serta kesungguhan mereka dalam menjayakan sambutan Hari Sukan Negara pada peringkat institut.

Semoga aktiviti seumpama ini terus menyemarakkan budaya hidup aktif, memupuk semangat kerjasama dan mengeratkan ukhuwah dalam kalangan warga IKTBN Bukit Mertajam.

Sukan Menyatukan Kita, Kecergasan Membina Kecemerlangan! 💪🔥





29/10/2026
🌱 PROGRAM GENERASI MUDA PEKEBUN KECIL (GEMPAK) PERINGKAT RISDA NEGERI PULAU PINANG – SEMINAR PENDIDIKAN📍 IKTBN Bukit Mer...
29/10/2026

🌱 PROGRAM GENERASI MUDA PEKEBUN KECIL (GEMPAK) PERINGKAT RISDA NEGERI PULAU PINANG – SEMINAR PENDIDIKAN

📍 IKTBN Bukit Mertajam, Pulau Pinang
📅 29 Oktober 2026 (Khamis)
👥 50 orang peserta

Pada 29 Oktober 2026, IKTBN Bukit Mertajam telah menerima kunjungan peserta Program Generasi Muda Pekebun Kecil (GEMPAK) Peringkat RISDA Negeri Pulau Pinang sempena Seminar Pendidikan yang berlangsung di IKTBN Bukit Mertajam.

Dalam program ini, pihak IKTBN Bukit Mertajam telah berkongsi maklumat mengenai program latihan dan kursus kemahiran yang ditawarkan di institut ini bagi membuka minda para peserta terhadap peluang pendidikan dan kerjaya dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Diharapkan perkongsian ini dapat memberi pendedahan kepada para peserta tentang kepentingan kemahiran serta membuka peluang kepada generasi muda untuk meneroka laluan kerjaya yang lebih luas melalui bidang TVET.

IKTBN Bukit Mertajam – Membina Kemahiran, Membentuk Masa Depan! 💪





⛳ KLINIK PENGENALAN SUKAN FOOTGOLF PERINGKAT IKTBN BUKIT MERTAJAM 2026SUNGAI PETANI, 28 OKTOBER 2026 – Cawangan Hal Ehwa...
29/10/2026

⛳ KLINIK PENGENALAN SUKAN FOOTGOLF PERINGKAT IKTBN BUKIT MERTAJAM 2026

SUNGAI PETANI, 28 OKTOBER 2026 – Cawangan Hal Ehwal Pelajar (HEP), IKTBN Bukit Mertajam telah menganjurkan Klinik Pengenalan Sukan Footgolf Peringkat IKTBN Bukit Mertajam yang berlangsung di SP Golf Club, Sungai Petani, Kedah.

Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada para peserta mengenai sukan Footgolf, iaitu sukan yang menggabungkan kemahiran bola sepak dengan teknik permainan golf. Aktiviti ini juga dapat memupuk semangat kesukanan, disiplin serta menggalakkan gaya hidup aktif dalam kalangan pelajar.

Diharapkan program ini dapat menarik minat pelajar untuk meneroka sukan baharu di samping melahirkan pelajar yang aktif, berdaya saing dan seimbang dari segi jasmani serta sahsiah diri.

IKTBN Bukit Mertajam – Membina Kemahiran, Membentuk Masa Depan! 💪





⚡⚡ PERMOHONAN KURSUS KSM TAHUN 2027 KINI DIBUKA! ⚡⚡Anda bekerja dalam bidang elektrik dan ingin meningkatkan tahap kompe...
28/10/2026

⚡⚡ PERMOHONAN KURSUS KSM TAHUN 2027 KINI DIBUKA! ⚡⚡

Anda bekerja dalam bidang elektrik dan ingin meningkatkan tahap kompetensi sebagai Penjaga Jentera Elektrik (Chargeman)?

Inilah peluang untuk anda mengikuti Kursus Separuh Masa Penjaga Jentera Elektrik di:

🏫 IKTBN Bukit Mertajam, Pulau Pinang

📚 KURSUS DITAWARKAN:

⚡ Penjaga Jentera Elektrik A0
💰 Yuran: RM3,600.00

⚡ Penjaga Jentera Elektrik A1
💰 Yuran: RM4,500.00

⚡ Penjaga Jentera Elektrik A4
💰 Yuran: RM4,600.00

📅 SESI 1/2028
Kelas bermula April 2027 hingga Januari 2028

📅 SESI 2/2028
Kelas bermula Oktober 2027 hingga Julai 2028

🔧 KURSUS MODULAR TURUT DITAWARKAN

✅ Penyelenggaraan Janakuasa Voltan Rendah
💰 RM1,850.00

✅ Talian Atas Voltan Rendah
💰 RM1,850.00

👨‍🔧 Kelas secara SEPARUH MASA – sesuai untuk mereka yang sedang bekerja dan ingin meningkatkan pengetahuan, kemahiran serta kompetensi dalam bidang elektrik.

🎯 Jangan lepaskan peluang untuk UPGRADE KOMPETENSI, TAMBAH ILMU & BINA PELUANG KERJAYA dalam industri elektrik.

📲 UNTUK MAKLUMAT LANJUT & PENDAFTARAN:

👨‍🏫 Tc. Mohd Hafiz Aslan
📞 018-244 4075
📧 [email protected]

👨‍🏫 En. Ahmadazmi bin Misnan
📞 019-344 1064
📧 [email protected]

🔗 Maklumat & pendaftaran:
linktr.ee/chargemantrainer

📢 TAG & SHARE kepada rakan-rakan dalam bidang elektrik yang sedang mencari peluang untuk meningkatkan kompetensi A0, A1 atau A4! ⚡💪

IKTBN BUKIT MERTAJAM BAKAL JADI HAB KERJAYA MYFUTUREJOBS 🤝📍 BUKIT MERTAJAM | 28 OKTOBER 2026IKTBN Bukit Mertajam telah m...
28/10/2026

IKTBN BUKIT MERTAJAM BAKAL JADI HAB KERJAYA MYFUTUREJOBS 🤝

📍 BUKIT MERTAJAM | 28 OKTOBER 2026

IKTBN Bukit Mertajam telah menerima kunjungan hormat dan mengadakan sesi perbincangan strategik bersama pihak PERKESO Ibu Pejabat dan PERKESO Wilayah bagi memperincikan pelaksanaan Hab Kerjaya MYFutureJobs (MYFutureJobs Career Hub) di institut ini.

Perbincangan merangkumi lawatan tapak, penetapan KPI dan sasaran peserta serta taklimat berkaitan inisiatif MYFutureJobs Ambassador.

Kerjasama strategik ini diharap dapat memperkukuh kebolehpasaran graduan, memperluas peluang pekerjaan serta menyediakan platform pembangunan kerjaya kepada pelajar dan belia tempatan agar lebih bersedia memenuhi keperluan industri semasa.

IKTBN Bukit Mertajam – Memperkasa Kemahiran, Membina Kerjaya! 🚀

🏆 SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT IKTBN BUKIT MERTAJAM 2026 🏃‍♂️⚽Alhamdulillah, Sambutan Hari Sukan Negara Peringka...
28/10/2026

🏆 SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT IKTBN BUKIT MERTAJAM 2026 🏃‍♂️⚽

Alhamdulillah, Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat IKTBN Bukit Mertajam telah berjaya dilangsungkan pada 27 Oktober 2026 bertempat di sekitar kemudahan sukan IKTBN Bukit Mertajam.

Program ini melibatkan penyertaan para pelajar dan kakitangan institut menerusi pelbagai aktiviti sukan yang menarik, sekali gus memupuk semangat kesukanan, mengeratkan ukhuwah serta menggalakkan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan warga institut.

Untuk makluman, sambutan ini telah dilanjutkan daripada tarikh asal berikutan keadaan jerebu yang tidak sihat. Walau bagaimanapun, dengan mengambil kira keadaan semasa, program ini akhirnya berjaya dilaksanakan dengan baik dan penuh semangat! 💪🔥

Semoga penganjuran ini terus menyemarakkan budaya hidup aktif dan sihat dalam kalangan warga IKTBN Bukit Mertajam.

Sukan Menyatukan Kita, Kesihatan Keutamaan Bersama! 💚





📢 PROMOSI IKTBN BUKIT MERTAJAM SEMPENA PELANCARAN KAMPUNG ANGKAT MADANI📅 Tarikh: 25 Oktober 2026 (Ahad)  📍 Tempat: Dewan...
27/10/2026

📢 PROMOSI IKTBN BUKIT MERTAJAM SEMPENA PELANCARAN KAMPUNG ANGKAT MADANI

📅 Tarikh: 25 Oktober 2026 (Ahad)
📍 Tempat: Dewan PDT , Bagan Tiang, Perak

IKTBN Bukit Mertajam telah menyertai program promosi institusi sempena Pelancaran Kampung Angkat MADANI yang berlangsung di Dewan DPT, Bagan Tiang, Perak pada 25 Oktober 2026. Program ini dianjurkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).

Penyertaan ini bertujuan memperkenalkan IKTBN Bukit Mertajam kepada masyarakat setempat, di samping menyebarluaskan maklumat berkaitan peluang pendidikan dan latihan kemahiran TVET yang ditawarkan kepada golongan belia.

Diharapkan usaha promosi ini dapat meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan pendidikan dan latihan kemahiran serta menggalakkan lebih ramai belia menceburi bidang TVET sebagai laluan membina masa depan yang lebih cerah. 💪🏻✨

IKTBN Bukit Mertajam – Melahirkan Belia Berkemahiran, Memacu Masa Depan!





MAJLIS PERSARAAN YBRS. HJH JUNITA BINTI MUHAMMED ALIPada 23 Oktober 2026, warga IKTBN Bukit Mertajam telah meraikan Majl...
27/10/2026

MAJLIS PERSARAAN YBRS. HJH JUNITA BINTI MUHAMMED ALI

Pada 23 Oktober 2026, warga IKTBN Bukit Mertajam telah meraikan Majlis Persaraan Wajib Pengarah IKTBN Bukit Mertajam, YBrs. Hjh Junita binti Muhammed Ali, sebagai tanda penghargaan atas jasa dan sumbangan beliau sepanjang menerajui institusi ini dari 23 September 2024 hingga 23 Oktober 2026.

Majlis berlangsung dalam suasana penuh kemesraan dan nostalgia, diserikan dengan jamuan perpisahan, penyampaian cenderamata serta acara simbolik clock out terakhir beliau tepat jam 5.00 petang.

Setelah 34 tahun 9 bulan berkhidmat dalam perkhidmatan awam sejak 7 Januari 1992, segala jasa, pengorbanan dan kepimpinan beliau amat dihargai dan akan sentiasa dikenang.

Seluruh warga IKTBN Bukit Mertajam mengucapkan Selamat Bersara. Semoga YBrs. Hjh Junita sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, kebahagiaan dan keberkatan dalam menempuh fasa kehidupan yang baharu.

Terima kasih atas segala jasa dan bakti yang dicurahkan. 🌹

Address

Institiut Kemahiran Tinggi Belia Negara Bukit Mertajam
Bukit Mertajam
14000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6045225288

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when IKTBN Bukit Mertajam posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Nearby government services