21/10/2026
[𝐕𝐈𝐃𝐄𝐎 𝐑𝐀𝐍𝐆𝐊𝐔𝐌𝐀𝐍] 𝐌𝐀𝐈𝐍𝐏𝐏 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐀𝐒𝐀 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐀𝐒𝐍𝐀𝐅 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐋𝐔𝐈 𝐃𝐀𝐍𝐀 𝐖𝐀𝐊𝐀𝐋𝐀𝐇 𝐙𝐀𝐊𝐀𝐓 𝐏𝐃𝐂
Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) menerusi Bahagian Keusahawanan Asnaf Zakat MAINPP terus memperkasa pembangunan ekonomi golongan asnaf melalui program “Dari Produk Ke Pasaran Pelanggan: Strategi Pemasaran Praktikal” dengan sokongan dana wakalah zakat daripada Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC).
Program yang melibatkan lebih 30 usahawan zakat ini memberi tumpuan kepada peningkatan kemahiran pemasaran, penjenamaan produk, pemasaran digital dan strategi jualan bagi memperluas pasaran serta meningkatkan daya saing perniagaan. Peserta turut dibimbing membangunkan Pelan Tindakan Pemasaran 30 Hari mengikut keperluan perniagaan masing-masing.
Bengkel ini telah disempurnakan oleh YB Dato’ Haji Rashidi bin Zinol, EXCO Pembangunan Luar Bandar, Agroteknologi dan Keterjaminan Makanan serta Keusahawanan Negeri Pulau Pinang. Turut hadir ialah wakil pengurusan PDC dan Zakat MAINPP.
Kerjasama strategik melalui dana wakalah zakat PDC ini mencerminkan komitmen memperluas manfaat agihan zakat menerusi pembangunan ilmu, kemahiran dan peluang pasaran. Inisiatif ini selaras dengan aspirasi APAI2030 dan Penang2030 dalam melahirkan usahawan asnaf yang berdaya saing, berdikari serta berpotensi menjadi pembayar zakat pada masa hadapan.
𝐓𝐑𝐀𝐍𝐒𝐅𝐎𝐑𝐌𝐀𝐒𝐈 𝐀𝐒𝐍𝐀𝐅 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐋𝐔𝐈 𝐙𝐀𝐊𝐀𝐓