Selesai Rumah Terbuka Aidilfitri saya bersama Masjid Tok Lebai Hashim, Bukit Minyak.
Terima kasih kepada semua yang hadir. Kita raikan dalam suasana kenduri rakyat duduk bersama, makan yang sama, tanpa beza.
Aidilfitri ini tentang kebersamaan, dan hari ini kita benar-benar rasa itu.
Terima kasih dari hati ❤️
Pusat Khidmat ADUN Machang Bubuk -YB Lee Khai Loon
Page Rasmi Untuk Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri Machang Bubuk YB Lee Khai Loon
07/04/2026
✨ JEMPUTAN RUMAH TERBUKA AIDILFITRI ✨
Assalamualaikum & Salam Sejahtera 🌙
Semua dijemput hadir ke:
🎉 Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri
ADUN Machang Bubuk Bersama Masjid Tok Lebai Hashim
🗓 11 April 2026 (Sabtu)
⏰ 2.30 petang – 4.30 petang
📍 Pekarangan Masjid Tok Lebai Hashim, Jalan Bukit Minyak
📌 Lokasi: https://maps.app.goo.gl/KXfEYu7kkL1HFV977
🍽 Pelbagai juadah disediakan
🤝 Mengeratkan silaturrahim bersama komuniti
Semua dijemput hadir!
Edaran Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Machang Bubuk
27/03/2026
Pusat khidmat kami telah dikunjungi oleh dua orang anak muda yang bersemangat semalam. Mereka berkongsi tentang "Xiaocao Market" yang akan dianjurkan oleh mereka di Permatang Tinggi. Saya dan pasukan pusat khidmat memberi sokongan penuh apabila nampak kesungguhan mereka menggabungkan alam semula jadi dan kreativiti untuk komuniti !
Pasaria kali ini bertemakan "Jom!! Raya Bersama Alam". Di sebalik kesibukan kota, apa kata hujung minggu ini kita luangkan masa di Rain Tree Farm yang menghijau. Marilah kita perlahankan rentak dan nikmati suasana malam yang penuh kemesraan dan ketenangan alam.
Selain itu, jangan lepaskan peluang untuk menikmati tarikan hebat di "Xiaocao Market":
Pertunjukan bunga api yang memukau 🎆
Persembahan nyanyian ‘live’ yang menghiburkan 🎤
Juadah Hari Raya dan snek tempatan yang menyelerakan 🍜
Barangan kraf tangan yang unik dan kreatif 🎨
Pelbagai produk tempatan yang menarik 🛍️
Ini bukan sekadar pasaria biasa, tetapi sebuah pertemuan harmoni antara alam semula jadi dan komuniti. Oleh itu, saya menyeru anda semua untuk membawa keluarga dan rakan-rakan pada hari Ahad ini. Mari kita rasai tenaga anak muda dan sokong usaha murni mereka!
📅 Tarikh: 29 Mac (Ahad)
🕔 Masa: 5:00 PM - 11:00 PM
📍 Tempat: Rain Tree Farm (Permatang Tinggi)
Jom sokong anak muda kita! Jumpa di sana!
昨天,有两位充满热忱的年轻人来到了我们的服务中心,向我们分享了他们即将在 Permatang Tinggi 举办的小草市集。眼见青年们如此用心,结合大自然与创意来推动社区活动,我与我的服务中心团队绝对支持!
为了配合开斋节,这次的市集特别以 "Jom!! Raya Bersama Alam" 为主题。在城市急促的节奏之外,不妨在这个周末来到充满绿意的雨树村庄,放慢脚步,享受一个充满人情味与大自然气息的夜晚。
除此此外,绝对不能错过的便是“小草市集”的精彩亮点:
璀璨夺目的烟花汇演🎆
扣人心弦的现场驻唱🎤
令人食指大动的开斋节美食与风味小吃🍜
独具匠心的工艺品🎨
琳琅满目的本地特色产品🛍️
这不仅是一场市集,更是一场与自然和社区的约会。为此,我在此呼吁大家在这个星期日,带上家人朋友一起来感受年轻人的活力,用行动支持本地青年的用心!
📅 日期: 3月29日(星期日)
🕔 时间: 5:00 PM - 11:00 PM
📍 地点: 雨树村庄 Rain Tree Farm (Permatang Tinggi)
Jom sokong anak muda kita! 我们到时见!
#小草市集
20/03/2026
Selamat Hari Raya!!!
Selamat Hari Raya Aidilfitri 🌙✨
Maaf zahir dan batin daripada saya sekeluarga.
Aidilfitri mengingatkan kita tentang erti kesabaran, keikhlasan dan kemaafan. Dalam kepelbagaian masyarakat kita, semoga Syawal ini terus memperkukuh perpaduan, saling memahami dan menghargai antara satu sama lain.
Semoga semua diberi kesihatan, kebahagiaan dan keberkatan.
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Pusat Khidmat tutup sempena Aidilfitri.
Bermula 20 Mac 2026 (Jumaat) Hingga 25 Mac 2026 (Rabu).
Salam Syawal buat semua!!!
27/02/2026
🔊 KARNIVAL KERJAYA MYFUTUREJOBS @ AEON MALL BUKIT MERTAJAM🔊
Kepada para pencari kerja di luar sana jangan lepaskan peluang dan sertai kami di Karnival Kerjaya ini. Jumpa anda di sana!
Butiran adalah seperti berikut:
🗓️ 28 Februari 2026 (Sabtu)
🕑 10.00 pagi – 3.00 petang
📍 AEON Mall Bukit Mertajam, Tingkat 1 (Berdekatan Kaison)
Calon yang berminat sila daftar di pautan berikut :
https://linktr.ee/myfjseberangjaya
Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi :
http://www.wasap.my/60196482458
Sertai Media Sosial kami untuk mengetahui lebih maklumat Temu Duga di Pulau Pinang
▶️ Tik Tok : www.tiktok.com/
▶️ Telegram :
http://bit.ly/PENANGFUTUREJOB
▶️ Facebook : https://www.facebook.com/Perkeso.PulauPinang?mibextid=LQQJ4d
23/02/2026
🌙✨ HEBAHAN JUALAN RAHMAH MADANI RAMADAN 2026 ✨🌙
*DUN MACHANG BUBUK*
Jangan lepaskan peluang menikmati barangan keperluan harian pada harga Rahmah sempena Ramadan 2026!
📅 25 Februari 2026 (Rabu)
🕘 9.00 Pagi
📍 Masjid Jamek Kuala Tasek
🔗 Lokasi: https://share.google/2KLmcn35O1DAbREuK
📅 27 Februari 2026 (Jumaat)
🕒 3.00 Petang
📍 Dewan Jalan Kolam, Cherok To’kun Bawah
🔗 Lokasi: https://share.google/Sp1RW6ZpcPSz9BYYt
Semua warga Machang Bubuk dijemput hadir dan memanfaatkan program ini. Datang awal sementara stok masih ada!
Sebarang pertanyaan boleh hubungi:
📲 Shalini Morithi https://wa.me/60133990519
Jangan lupa Follow, Like & Share Pusat Khidmat Adun Machang Bubuk: https://www.facebook.com/share/1DfLjAYs59/
Jumpa anda di sana! 🤝💚
18/02/2026
🌙 Selamat Menyambut Bulan Ramadan kepada seluruh umat Islam
Semoga Ramadan yang penuh keberkatan ini membawa ketenangan, kesabaran dan kesejahteraan kepada semua.
Semoga kita terus memupuk semangat perpaduan, saling menghormati dan membantu antara satu sama lain demi kebaikan bersama.
YB Lee Khai Loon 李凯伦
ADUN Machang Bubuk
17/02/2026
Tahun Baru Cina bukan sekadar perayaan, tetapi simbol permulaan baharu, harapan baharu dan hubungan yang diperkukuhkan. Limau mandarin yang diedarkan membawa maksud kesejahteraan, kemakmuran dan tuah yang baik buat semua.
Sempena musim perayaan ini, YB Lee Khai Loon turun padang mengedarkan limau kepada penduduk sekitar KADUN Machang Bubuk. Selain menyampaikan ucapan dan tanda ingatan, ini juga adalah peluang untuk mendengar sendiri suara rakyat, bertanya khabar serta memahami isu-isu setempat secara dekat dan terbuka.
Perayaan adalah tentang kebersamaan. Kepimpinan p**a tentang mendengar dan berkhidmat.
Semoga Tahun Baru Cina ini membawa kegembiraan, kesihatan yang baik dan kemajuan berterusan kepada seluruh masyarakat Machang Bubuk.
Marilah kita terus memperkukuh perpaduan, memperbanyakkan dialog dan membina kawasan kita agar lebih harmoni, selamat dan sejahtera untuk semua.
Gong Xi Fa Cai!
11/02/2026
Dari Skrin ke Meja: 10 Board Game Hidupkan Budaya Belajar & Berinteraksi di NADI Machang Bubuk
Bukit Mertajam – Pusat Khidmat ADUN Machang Bubuk dengan kerjasama Persatuan Jelajah Aspirasi Malaysia telah menyerahkan 10 set board game kepada Pusat NADI Machang Bubuk sebagai usaha menggalakkan pembelajaran santai dan interaksi bersemuka dalam komuniti.
Antara permainan yang disumbangkan ialah Vagrant Dash, Pasaraya Supermarket Manager, Math Magic 2, Drama Pukul 7, My Rainforest, HR: The Toxic Workplace Game, Ali Baba and the Forty Thieves, Kuih Muih serta permainan antarabangsa pop**ar Rummikub.
Inisiatif ini menawarkan alternatif riadah yang lebih seimbang berbanding permainan dalam talian dan penggunaan telefon pintar berlebihan. Melalui board game, peserta dapat membina pemikiran strategik, kemahiran komunikasi dan semangat kerjasama secara semula jadi dalam suasana santai dan menyeronokkan.
Program dimulakan dengan sesi bimbingan oleh Game Master, sebelum peserta digalakkan menggunakan permainan sebagai medium membina jaringan sosial, aktiviti “ice-breaking” dan pertandingan persahabatan.
Orang ramai daripada semua peringkat umur dijemput hadir ke NADI Machang Bubuk untuk merasai pengalaman ini.
Jom turun ke meja permainan, bina strategi, eratkan silaturahim, dan hidupkan komuniti.
YB Lee Khai Loon
ADUN Machang Bubuk
Edaran Media Pusat Khidmat ADUN Machang Bubuk
05/02/2026
🍊 Sempena Tahun Baru Cina 2026 🍊
Setiap kali menjelang Tahun Baru Cina, edaran limau sentiasa dilazimkan sebagai simbol perkongsian rezeki, harapan dan keberkatan. Ia bukan sekadar tradisi, tetapi satu cara untuk menyampaikan kegembiraan dan menyatukan komuniti.
Melalui pertemuan di pasar-pasar sekitar KADUN Machang Bubuk, peluang ini dimanfaatkan untuk berinteraksi secara dekat dengan peniaga dan penduduk, berkongsi senyuman serta ucapan yang penuh makna sempena perayaan.
Orang ramai dijemput hadir untuk bersama-sama memeriahkan suasana dan berkongsi kegembiraan Tahun Baru Cina.
Gong Xi Fa Cai! 🍊🧧
Lee Khai Loon 李凯伦
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Telephone
Website
Address
41 Tingkat 1 , Jalan Perniagaan, Pusat Perniagaan Alma
Alma
14000
Opening Hours
| Monday | 10:00 - 17:00 |
| Tuesday | 10:00 - 17:00 |
| Wednesday | 10:00 - 17:00 |
| Thursday | 10:00 - 18:00 |
| Friday | 10:00 - 18:00 |
