Majlis Bandaraya Seberang Perai

Call Directions Website Contact the organization

Majlis Bandaraya Seberang Perai Majlis Perbandaran, Majlis Bandaraya, Pihak Berkuasa Tempatan, Malaysia,

PERMOHONAN SEBAGAI PETUGAS PILIHAN RAYA UMUM (PRU) KE-16 NEGERI PULAU PINANG BAGI P.043 PARLIMEN BAGANIndividu yang berm...
22/10/2026

PERMOHONAN SEBAGAI PETUGAS PILIHAN RAYA UMUM (PRU) KE-16 NEGERI PULAU PINANG BAGI P.043 PARLIMEN BAGAN

Individu yang berminat untuk memohon sebagai petugas Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-16 Negeri Pulau Pinang bagi P.043 Parlimen Bagan, boleh membuat permohonan sehingga 30 November 2026 (Isnin). Sila imbas kod QR pada poster untuk mengisi borang permohonan.
Sila pastikan tuan/puan telah membuat pendaftaran MYSPR.

Bagi individu yang sedang bekerja, permohonan untuk menjadi petugas pilihan raya hendaklah dibuat setelah mendapatkan kebenaran dan kelulusan daripada Ketua Jabatan/ Majikan masing-masing.

Permohonan ini tidak menjamin pelantikan sebagai petugas pilihan raya. Pemilihan ini adalah tertakluk kepada kekosongan, keperluan penugasan, proses semakan dan tapisan yang telah ditetapkan.

Individu yang memohon boleh membuat semakan samaada BERJAYA atau TIDAK BERJAYA dipilih mulai 1 Disember 2026 (Selasa).

Sekian, terima kasih.

MBSP TERUS GIAT MELAKSANAKAN KERJA-KERJA PEMBERSIHAN POKOK TUMBANG DEMI KESELAMATAN DAN KESEJAHTERAAN WARGA SEBERANG PER...
22/10/2026

MBSP TERUS GIAT MELAKSANAKAN KERJA-KERJA PEMBERSIHAN POKOK TUMBANG DEMI KESELAMATAN DAN KESEJAHTERAAN WARGA SEBERANG PERAI

Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) terus menggerakkan tindakan pembersihan sisa pokok tumbang di beberapa lokasi sekitar Seberang Perai susulan kejadian pokok tumbang, bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya serta kesejahteraan penduduk sentiasa terpelihara.

Berdasarkan kemas kini pada 22 Oktober 2026, jam 12.22 tengah hari, sebanyak 14 lokasi dikenal pasti melibatkan Seberang Perai Selatan, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Utara. Kerja-kerja pembersihan di beberapa lokasi masih diteruskan, manakala tindakan di lokasi lain sedang dilaksanakan dan sebahagiannya telah selesai.

MBSP komited untuk memastikan setiap tindakan di lapangan dilaksanakan dengan sewajarnya demi memulihkan keadaan persekitaran, melancarkan pergerakan pengguna jalan raya serta memberikan ketenangan kepada penduduk yang terjejas.

Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati ketika melalui kawasan yang masih menjalani kerja-kerja pembersihan dan memberikan kerjasama kepada petugas di lapangan.

Keutamaan MBSP adalah keselamatan, keselesaan dan kesejahteraan seluruh warga Seberang Perai.






Jom LIKE, FOLLOW dan SHARE!

Facebook:
https://www.facebook.com/mbsp.pg?mibextid=LQQJ4d

Instagram:
https://www.instagram.com/majlisbandarayaseberangperai

Tiktok:
https://www.tiktok.com/

Telegram:
https://t.me/mbsppg

Laman Web:
https://www.mbsp.gov.my

Aplikasi X:
https://x.com/mbsp_pg

YouTube:
https://youtube.com/?si=TfpO5RXjI22aPDKK

21/10/2026

AMARAN RIBUT PETIR

Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Kedah (Kuala Muda, Pendang, Pokok Sena, S*k, Baling, Kulim dan Bandar Baharu) • Pulau Pinang (Seberang Perai Utara) • Perak (Batang Padang, Muallim, Bagan Datuk, Hilir Perak, Perak Tengah, Manjung, Larut Matang dan Kerian) • Pahang (Raub dan Lipis) • Sarawak: Limbang, Miri (Bario) • Sabah: Sandakan (Telupid dan Labuk & Sugut), Pedalaman (Sipitang) • W.P. Labuan sehingga 11:00 Malam; Rabu, 21 Oktober 2026.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam. Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Dikeluarkan pada 9:00 malam, 21 Oktober 2026




SAMBUTAN HARI BANDARAYA KE-7 & JUBLI EMAS PBT SEBERANG PERAI 2026 | SEDETIK BERSAMA, SERIBU KENANGAN Setiap pertemuan me...
21/10/2026

SAMBUTAN HARI BANDARAYA KE-7 & JUBLI EMAS PBT SEBERANG PERAI 2026 | SEDETIK BERSAMA, SERIBU KENANGAN

Setiap pertemuan mencipta kenangan, setiap kebersamaan meninggalkan kesan. Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada seluruh warga Seberang Perai yang telah bersama-sama menyemarakkan sambutan penuh bermakna ini. Semoga kemeriahan dan semangat kebersamaan yang tercipta terus mekar dalam ingatan. Insya-Allah, kita berjumpa lagi pada tahun hadapan dengan lebih banyak kenangan dan kemeriahan!



Jom LIKE, FOLLOW dan SHARE!

Facebook:
https://www.facebook.com/mbsp.pg?mibextid=LQQJ4d

Instagram:
https://www.instagram.com/majlisbandarayaseberangperai

Tiktok:
https://www.tiktok.com/

Telegram:
https://t.me/mbsppg

Laman Web:
https://www.mbsp.gov.my

Aplikasi X:
https://x.com/mbsp_pg

YouTube:
https://youtube.com/?si=TfpO5RXjI22aPDKK

JELAJAH NIAGA 360: INISIATIF MBSP DEKATI KOMUNITI PENIAGAMajlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) menerusi Jabatan Pelesen...
21/10/2026

JELAJAH NIAGA 360: INISIATIF MBSP DEKATI KOMUNITI PENIAGA

Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) menerusi Jabatan Pelesenan dan Kesihatan Persekitaran akan menganjurkan Program Jelajah Niaga 360 bagi mendekatkan perkhidmatan pihak berkuasa tempatan kepada komuniti peniaga, di samping memperluas akses kepada maklumat serta kemudahan yang disediakan oleh MBSP.

Program ini menyediakan pelbagai perkhidmatan dan maklumat menarik, termasuk Program Outreach Vaksinasi Anti-Tifoid, Help Desk Peniaga, Kaunter SpeedBiz dan Kaunter Bergerak bagi memudahkan urusan peniaga secara lebih dekat, mudah dan efisien.

📅 Tarikh: 22 Oktober 2026 (Khamis)
⏰ Masa: 9.00 pagi hingga 1.00 tengah hari
📍 Lokasi: Pasar Awam Taman Berjaya

Orang ramai, khususnya para peniaga di sekitar kawasan berkenaan, dijemput hadir untuk mendapatkan maklumat dan memanfaatkan kemudahan yang disediakan.

Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan MBSP dalam memperkukuh penyampaian perkhidmatan yang responsif, mesra pelanggan dan berorientasikan keperluan komuniti perniagaan setempat.

MBSP — Perkhidmatan Dekat di Hati, Kemudahan untuk Semua.



Jom LIKE, FOLLOW dan SHARE!

Facebook:
https://www.facebook.com/mbsp.pg?mibextid=LQQJ4d

Instagram:
https://www.instagram.com/majlisbandarayaseberangperai

Tiktok:
https://www.tiktok.com/

Telegram:
https://t.me/mbsppg

Laman Web:
https://www.mbsp.gov.my

Aplikasi X:
https://x.com/mbsp_pg

YouTube:
https://youtube.com/?si=TfpO5RXjI22aPDKK

🚴‍♂️ SEBERANG PERAI CYCLING DAY – PENUTUP TAHUN 2026“Kayuh Untuk Kesihatan, Seberang Perai Hebat!”Ayuh, warga Seberang P...
20/10/2026

🚴‍♂️ SEBERANG PERAI CYCLING DAY – PENUTUP TAHUN 2026

“Kayuh Untuk Kesihatan, Seberang Perai Hebat!”

Ayuh, warga Seberang Perai! Jom meriahkan program Seberang Perai Cycling Day – Penutup Tahun 2026 anjuran Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) yang bakal menghimpunkan komuniti berbasikal dalam suasana penuh semangat, kecergasan dan kebersamaan.

📅 Tarikh: 24 Oktober 2026 (Sabtu)
⏰ Pendaftaran: 7.00 pagi
📍 Lokasi mula/tamat: Menara MBSP, Bandar Perda, Bukit Mertajam
🚴 Jarak kayuhan: 29.858 km

Pelbagai keterujaan menanti para peserta, termasuk hadiah cabutan bertuah yang menarik! Jadikan program ini sebagai wadah untuk membudayakan gaya hidup aktif dan sihat, di samping mengeratkan hubungan silaturahim serta menyemarakkan semangat komuniti dalam kalangan warga Seberang Perai.

Para peserta diingatkan supaya memakai topi keledar, mematuhi peraturan jalan raya, mengutamakan keselamatan serta membawa air dan memastikan tubuh kekal terhidrat sepanjang kayuhan.

Jangan lepaskan peluang untuk turut serta! Ayuh kayuh bersama-sama demi kesihatan, kecergasan dan kesejahteraan komuniti.

Kayuh Bersama, Sihat Bersama! Seberang Perai Hebat! 💙💛







Jom LIKE, FOLLOW dan SHARE!

Facebook:
https://www.facebook.com/mbsp.pg?mibextid=LQQJ4d

Instagram:
https://www.instagram.com/majlisbandarayaseberangperai

Tiktok:
https://www.tiktok.com/

Telegram:
https://t.me/mbsppg

Laman Web:
https://www.mbsp.gov.my

Aplikasi X:
https://x.com/mbsp_pg

YouTube:
https://youtube.com/?si=TfpO5RXjI22aPDKK

🌾🏃‍♂️ BENDANG RUN 2026 | LANGKAH UNTUK GENERASI MADANI 🏃‍♀️🌾JOM KITA MERIAHKAN BENDANG RUN 2026 DI KEPALA BATAS! 💙💛Apa k...
20/10/2026

🌾🏃‍♂️ BENDANG RUN 2026 | LANGKAH UNTUK GENERASI MADANI 🏃‍♀️🌾

JOM KITA MERIAHKAN BENDANG RUN 2026 DI KEPALA BATAS! 💙💛

Apa kata kali ini kita berlari sambil menikmati keindahan panorama sawah padi dan suasana kampung yang mendamaikan di Kepala Batas?

Sempena KARNIVAL GENERASI MADANI @ PARLIMEN KEPALA BATAS, saya ingin mengajak seluruh masyarakat, khususnya warga Kepala Batas dan kawasan sekitarnya, untuk bersama-sama menyertai BENDANG RUN 2026 yang membawa tema “Langkah Untuk Generasi Madani”.

Program ini bukan sekadar acara larian, tetapi juga menjadi platform untuk menggalakkan gaya hidup sihat, mengeratkan hubungan kekeluargaan, memperkukuh semangat perpaduan dan menyemarakkan kebersamaan dalam kalangan masyarakat.

📌 MAKLUMAT PROGRAM

📅 Tarikh: 6 Disember 2026 (Ahad)

📍 Lokasi: MARDI Kepala Batas, Pulau Pinang

⏰ Flag Off: 7.30 pagi

🏃 Jarak Larian: 5KM

💰 Yuran Penyertaan: RM39 sahaja

🗓️ Tarikh Tutup Pendaftaran: 15 November 2026

🎁 APA YANG PESERTA AKAN TERIMA?

🏅 Medal penamat

👕 T-shirt larian eksklusif

🎽 E-sijil penyertaan

🥨 Pek snek

🎉 Kupon cabutan bertuah

Lebih menarik, selepas selesai larian, para peserta boleh terus menikmati kemeriahan Karnival Generasi MADANI yang menyediakan pelbagai aktiviti untuk seisi keluarga termasuk pameran agensi kerajaan dan bukan kerajaan, sukaneka, sukan tradisional, pertandingan mewarna, jualan Rahmah MADANI, jualan Agro MADANI, pemeriksaan kesihatan, cabutan bertuah serta pelbagai lagi aktiviti menarik.

Saya berharap program ini dapat menghimpunkan seramai mungkin masyarakat daripada pelbagai lapisan umur dan latar belakang. Kita mahu menjadikan Bendang Run bukan sekadar acara sukan, tetapi satu pengalaman yang menyeronokkan serta kenangan indah bersama keluarga dan sahabat handai.

Tidak perlu menjadi pelari profesional untuk turut serta. Apa yang penting ialah semangat untuk bergerak aktif, menikmati suasana dan meraikan kebersamaan.

🌾 Berlari di tengah keindahan bendang, melangkah bersama membina generasi MADANI!

🔥 JANGAN TUNGGU SAAT AKHIR! DAFTAR SEGERA SEBELUM 15 NOVEMBER 2026!

Klik pautan di bawah atau imbas kod QR di poster utama untuk pendaftaran..!!

https://howei.com/event_details/bendangrun2026

Ayuh kita meriahkan Kepala Batas pada 6 Disember ini. Jumpa anda di garisan permulaan! 🏃‍♂️🏃‍♀️




Pejabat SUK Pulau Pinang

Jom LIKE, FOLLOW dan SHARE!

Facebook:
https://www.facebook.com/mbsp.pg?mibextid=LQQJ4d

Instagram:
https://www.instagram.com/majlisbandarayaseberangperai

Tiktok:
https://www.tiktok.com/

Telegram:
https://t.me/mbsppg

Laman Web:
https://www.mbsp.gov.my

Aplikasi X:
https://x.com/mbsp_pg

YouTube:
https://youtube.com/?si=TfpO5RXjI22aPDKK

20/10/2026
MBSP TERIMA ANUGERAH SIJIL PEMATUHAN SAGA 2026PUTRAJAYA, 19 Oktober 2026 – Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) sekali...
20/10/2026

MBSP TERIMA ANUGERAH SIJIL PEMATUHAN SAGA 2026

PUTRAJAYA, 19 Oktober 2026 – Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) sekali lagi mencatat pencapaian membanggakan apabila menerima Anugerah Sijil Pematuhan Standard Accounting System for Government Agencies (SAGA) 2026 dalam majlis anjuran Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Majlis penyampaian anugerah tersebut telah disempurnakan oleh Akauntan Negara Malaysia, Yang Berusaha Tuan Haji Nasran bin Omar, sebagai pengiktirafan kepada Badan Berkanun Persekutuan (BBP) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang berjaya memenuhi kriteria pematuhan standard sistem perakaunan kerajaan.

Pengiktirafan ini merupakan pencapaian kali kedua buat MBSP selepas menerima pensijilan kali pertama pada tahun 2017. Penganugerahan kali ini adalah susulan pelaksanaan pertukaran sistem kewangan MBSP yang berjaya memenuhi keperluan dan piawaian ditetapkan. Kejayaan ini sekali gus mencerminkan komitmen berterusan MBSP dalam memperkukuh tadbir urus kewangan yang cekap, telus, sistematik dan berakauntabiliti.

Pada majlis tersebut,Majlis Bandaraya Seberang Perai telah diwakili oleh Yang Berbahagia Dato’ Mohd Ibrahim bin Md Nor, Setiausaha Bandaraya MBSP, turut hadir adalah Yang Berbahagia Datin Lai Yen Yi, Penolong Pengarah Kanan Perbendaharaan; Puan Noor Rafidah binti Md Isa, Pegawai Teknologi Maklumat Kanan; Encik Muhammad Rizal bin Mohd Sabri, Pegawai Teknologi Maklumat; serta Puan Nazirah binti Darus, Ketua Penolong Akauntan.

MBSP merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Jabatan Akauntan Negara Malaysia atas pengiktirafan yang diberikan. Ucapan tahniah dan terima kasih turut ditujukan kepada seluruh warga kerja MBSP, khususnya pegawai dan kakitangan yang terlibat secara langsung dalam memastikan kejayaan pelaksanaan serta pematuhan sistem SAGA.

Pencapaian ini bukan sekadar pengiktirafan terhadap pematuhan standard perakaunan kerajaan, malah menjadi bukti kesungguhan MBSP dalam memperkukuh budaya kerja berintegriti, meningkatkan kecekapan pengurusan kewangan serta memantapkan amalan tadbir urus yang baik.

MBSP akan terus komited memastikan pengurusan kewangan dilaksanakan secara profesional, telus dan berakauntabiliti, seiring dengan usaha berterusan untuk meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan perbandaran demi kesejahteraan dan kepentingan warga Seberang Perai.



Jom LIKE, FOLLOW dan SHARE!

Facebook:
https://www.facebook.com/mbsp.pg?mibextid=LQQJ4d

Instagram:
https://www.instagram.com/majlisbandarayaseberangperai

Tiktok:
https://www.tiktok.com/

Telegram:
https://t.me/mbsppg

Laman Web:
https://www.mbsp.gov.my

Aplikasi X:
https://x.com/mbsp_pg

YouTube:
https://youtube.com/?si=TfpO5RXjI22aPDKK

SESI EXECUTIVE TALK MBSP: DARI PENGALAMAN KE INSPIRASI, MEMPERKASA KEPIMPINAN DAN TRANSFORMASI ORGANISASI19 OKTOBER 2026...
19/10/2026

SESI EXECUTIVE TALK MBSP: DARI PENGALAMAN KE INSPIRASI, MEMPERKASA KEPIMPINAN DAN TRANSFORMASI ORGANISASI

19 OKTOBER 2026 | BUKIT MERTAJAM

Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) telah menganjurkan Sesi Executive Talk bertemakan “Dari Pengalaman ke Inspirasi: Bicara Santai Bersama Tan Sri Syed Zainal Abidin” yang berlangsung di Auditorium, Menara Bandaraya, Bandar Perda, Bukit Mertajam. Program ini dihadiri oleh Yang Berbahagia Dato’ Haji Baderul Amin bin Abdul Hamid, Datuk Bandar Seberang Perai, ahli-ahli Majlis MBSP, ketua-ketua jabatan, pegawai kanan serta warga kerja MBSP sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk memperkukuh kompetensi kepimpinan, meningkatkan keupayaan organisasi dan membudayakan kecemerlangan dalam penyampaian perkhidmatan awam.

Sesi perkongsian ini mengetengahkan kepentingan kepimpinan berwawasan, integriti, komunikasi berkesan dan kesediaan menghadapi perubahan sebagai elemen utama dalam membangunkan organisasi yang dinamik dan berdaya saing. Dalam landskap pentadbiran bandar yang semakin kompleks, kejayaan sesebuah organisasi bukan sahaja bergantung pada struktur dan sistem pengurusan yang mantap, malah turut dipengaruhi oleh keupayaan pemimpin menetapkan hala tuju yang jelas, membuat keputusan secara strategik serta menterjemahkan visi kepada tindakan yang menghasilkan impak nyata.

Antara perkara penting yang diberikan penekanan ialah pembentukan budaya kerja berintegriti dan berorientasikan hasil. Setiap warga organisasi perlu memiliki rasa tanggungjawab terhadap tugasan, mengamalkan ketelusan dalam pelaksanaan tugas serta memastikan setiap tindakan memberikan nilai tambah kepada organisasi dan masyarakat. Prinsip kepimpinan melalui teladan (walk the talk), keberanian membuat keputusan dan akauntabiliti merupakan asas penting dalam membina kepercayaan, meningkatkan produktiviti serta memperkukuh tadbir urus organisasi.

Selain itu, komunikasi yang berkesan, perkongsian maklumat dan kerjasama rentas jabatan turut menjadi faktor penting dalam memastikan kelancaran pelaksanaan dasar dan inisiatif organisasi. Persekitaran kerja yang menggalakkan keterbukaan, menghormati perbezaan pandangan dan menyokong penambahbaikan berterusan mampu melahirkan warga kerja yang lebih proaktif, responsif dan bersedia menghadapi cabaran. Pendekatan kepimpinan yang berteraskan empati, kebijaksanaan dan kepercayaan juga penting bagi membangunkan potensi modal insan serta mewujudkan budaya kerja yang harmoni dan produktif.

Dalam konteks transformasi organisasi, penerimaan teknologi dan inovasi merupakan keperluan strategik bagi meningkatkan kecekapan operasi serta memperkukuh kualiti penyampaian perkhidmatan. Organisasi perlu sentiasa menilai keberkesanan proses kerja sedia ada, mengenal pasti ruang penambahbaikan dan memanfaatkan teknologi secara bersesuaian. Seiring dengan aspirasi pendigitalan perkhidmatan awam, pendekatan ini membuka ruang kepada pengurusan yang lebih sistematik, pembuatan keputusan berasaskan maklumat dan penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap serta berorientasikan keperluan pelanggan.

Penganjuran Sesi Executive Talk ini merupakan salah satu langkah strategik MBSP dalam memperkukuh pembangunan kepimpinan dan kapasiti organisasi melalui perkongsian pengalaman, pemindahan ilmu serta pendedahan kepada perspektif pengurusan yang lebih luas. Inisiatif seumpama ini bukan sekadar platform perkongsian pengetahuan, malah berpotensi menjadi pemangkin kepada perubahan pemikiran, pembentukan budaya kerja berprestasi tinggi dan pengukuhan komitmen warga kerja terhadap matlamat organisasi.

Diharapkan agar ilmu dan pengalaman yang dikongsikan dapat diterjemahkan kepada amalan kerja yang lebih berkesan, inovatif dan berintegriti, seterusnya menyokong usaha MBSP untuk terus meningkatkan prestasi organisasi, memperkukuh tadbir urus serta memberikan perkhidmatan perbandaran yang berkualiti kepada masyarakat. Usaha ini selaras dengan aspirasi menjadikan Seberang Perai sebagai Bandaraya Aspirasi Masa Hadapan yang progresif, mampan dan berdaya saing.



Jom LIKE, FOLLOW dan SHARE!

Facebook:
https://www.facebook.com/mbsp.pg?mibextid=LQQJ4d

Instagram:
https://www.instagram.com/majlisbandarayaseberangperai

Tiktok:
https://www.tiktok.com/

Telegram:
https://t.me/mbsppg

Laman Web:
https://www.mbsp.gov.my

Aplikasi X:
https://x.com/mbsp_pg

YouTube:
https://youtube.com/?si=TfpO5RXjI22aPDKK

Address

Jalan Perda Utama
Bukit Mertajam
14400

Opening Hours

Monday 07:30 - 17:30
Tuesday 07:30 - 17:30
Wednesday 07:30 - 17:30
Thursday 07:30 - 17:30
Friday 07:30 - 17:30

Telephone

+6045497555

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Majlis Bandaraya Seberang Perai posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Majlis Bandaraya Seberang Perai:

Shortcuts

Share