02/09/2026
PERLU FAHAM SUMBER PERUNTUKAN PROJEK PEMBANGUNAN
Perlu difahami bahawa projek-projek pembangunan seperti pembinaan dan penyelenggaraan jalan, longkang, pembersihan parit, sistem saliran serta kemudahan asas yang lain tidak semuanya bergantung kepada peruntukan Kerajaan Negeri.
Sebahagian projek tersebut berada di bawah bidang kuasa atau boleh mendapat peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan (Kerajaan MADANI/Kerajaan Perpaduan) melalui pelbagai kementerian, jabatan dan agensi.
Antaranya:
1. Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) – yang berada di bawah Menteri yang juga Timbalan Perdana Menteri dan Presiden UMNO – bagi program tertentu berkaitan pembangunan serta infrastruktur luar bandar;
2. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) – bagi kemudahan dan infrastruktur tertentu yang berkaitan dengan pihak berkuasa tempatan;
3. Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) – bagi projek tertentu berkaitan pertanian, pengairan, saliran dan kemudahan pertanian;
4. Kementerian Kerja Raya (KKR) dan agensinya – khususnya melibatkan Jalan Persekutuan serta projek infrastruktur di bawah tanggungjawab Kerajaan Persekutuan;
5. Pejabat/Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) serta agensi-agensi Persekutuan yang berkaitan, mengikut jenis projek dan sumber peruntukannya.
Sebab itu, apabila berlaku masalah jalan rosak, longkang tersumbat, parit tidak dibersihkan atau kemudahan awam yang perlu dinaik taraf, jangan terus membuat kesimp**an bahawa semuanya merupakan tanggungjawab Kerajaan Negeri.
Kena tanya dahulu: jalan siapa? Projek siapa? Di bawah agensi mana? Siapa yang mempunyai bidang kuasa? Dan peruntukan sepatutnya datang daripada Kerajaan Negeri atau Kerajaan Persekutuan?
Malah, perkara ini juga boleh ditanyakan kepada JPKK/JPKKP di kawasan masing-masing: adakah permohonan telah dibuat, kepada agensi mana permohonan dikemukakan dan apakah status permohonan tersebut?
Hakikatnya, pembangunan memerlukan kerjasama semua peringkat kerajaan. Kerajaan Negeri ada tanggungjawabnya dan Kerajaan Persekutuan juga mempunyai tanggungjawab serta peruntukan pembangunan yang besar untuk rakyat di negeri-negeri.
Tambahan p**a, kemampuan kewangan Kerajaan Negeri Terengganu turut berkait dengan isu penyaluran hasil petroleum kepada negeri yang masih menjadi pertikaian antara Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Persekutuan.
Oleh itu, berlaku adillah apabila menilai sesuatu masalah.
Jangan semua jalan rosak dikatakan salah Kerajaan Negeri.
Jangan semua longkang dan parit dikatakan tanggungjawab Kerajaan Negeri.
Jangan semua projek yang lambat terus dituding kepada Kerajaan Negeri.
Semak dahulu bidang kuasa.
Semak agensi yang bertanggungjawab.
Semak dari mana datangnya peruntukan.
Dan tanyakan juga apakah tindakan yang telah dibuat oleh pihak yang berkenaan.
Barulah kita dapat menilai sesuatu isu dengan fakta dan secara adil.