Kelab Sukan Dan Kebajikan Kakitangan PERDA

Call Directions Website Contact the organization

Kelab Sukan Dan Kebajikan Kakitangan PERDA Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Kelab Sukan Dan Kebajikan Kakitangan PERDA, Government Organization, No. 1 , Lorong Kampung Gajah 2, Jalan Kampung Gajah, Butterworth.

06/10/2026

Selamat Hari Lahir diucapkan kepada semua warga kerja yang meraikan ulang tahun pada bulan ini.
Semoga sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, dipermudahkan urusan serta terus cemerlang dalam perkhidmatan.
Terima kasih atas segala dedikasi dan sumbangan berterusan anda ๐Ÿ’๐Ÿ’

lMAJLIS BACAAN YASIN & SESI POTLUCK : "SEHAMPAR JUADAH, SEMANGAT MUHIBAH"Tarikh : 25 September 2026 (Jumaat)Tempat : Dew...
25/09/2026

lMAJLIS BACAAN YASIN & SESI POTLUCK : "SEHAMPAR JUADAH, SEMANGAT MUHIBAH"

Tarikh : 25 September 2026 (Jumaat)
Tempat : Dewan Mutiara Perdana, Tingkat G, Ibu Pejabat PERDA

Anjuran:
Kelab Sukan dan Kebajikan Kakitangan PERDA (KSKKP)

Warga PERDA hari ini bersama-sama menyemarakkan suasana penuh kesyukuran dan kemesraan menerusi Majlis Bacaan Yasin & Sesi Potluck โ€œSehampar Juadah, Semangat Muhibahโ€, yang dipimpin oleh YBhg. Datoโ€™ Haji Mohd Asri Baharum @ Harun, Pengurus Besar PERDA.

Majlis dimulakan dengan bacaan Yasin dan doa, diikuti sesi potluck yang menghimpunkan warga PERDA dalam suasana santai, mesra dan penuh ukhuwah.

Program ini bukan sekadar berkongsi juadah, malah menjadi ruang untuk mengeratkan silaturahim, memupuk semangat kebersamaan serta memperkukuhkan hubungan kekeluargaan dalam kalangan warga PERDA.

Sehampar juadah menyatukan hati, semangat muhibah mengeratkan ukhuwah.



Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang

11/09/2026

Selamat Hari Lahir buat warga kerja PERDA bagi bulan September ๐ŸŽ‰๐ŸŽŠ๐ŸŽ‰๐ŸŽŠ๐ŸŽ‚๐ŸŽ‚
Semoga kalian diberikan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan...
Aamiin... ๐Ÿคฒ๐Ÿป๐Ÿคฒ๐Ÿป

Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang

24/08/2026

Program Tautan Kasih Bersama Anak-Anak Kediaman Abu Nur Pengkalan Hulu : Kembara Mengukir Senyuman di Pulau Pinang

21 - 23 Ogos 2026

Program ini adalah initiatif YBhg. Datoโ€™ Haji Mohamad Asri Bin Baharum, Pengurus Besar PERDA untuk memberi kegembiraan kepada Anak-anak Abu Nur datang bercuti di Pulau Pinang.

Kelab Sukan dan Kebajikan Kakitangan PERDA melalui Biro Keluarga dan Komuniti Sosial telah diberi tanggungjawab untuk melaksanakan program ini.

Seramai 38 orang anak-anak Rumah Kediaman Abu Nur Pengkalan Hulu telah terlibat dalam program ini.

Anak-anak Abu Nur ini telah dibawa melawat tempat-tempat menarik di sekitar Pulau Pinang dan merasai makanan yang terkenal di sini.

Saya mengucapkan jutaan terima kasih tidak terhingga kepada pihak Hotel Bahang Bay yang sudi menaja penginapan selama 2 malam bagi program ini.

Terima kasih juga saya ucapkan kepada semua penaja-penaja yang memberi sumbangan dalam pelbagai bentuk bagi membantu kami menjayakan program ini. Semoga Allah membalas jasa baik anda semua.โ€™ ujar Encik Normuslim bin Saad, Yang DiPertua Kelab Sukan dan Kebajikan Kakitangan PERDA.



Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang
Perda Ventures Incorporated Sdn Bhd
Institut Kemahiran Tinggi Perda (PERDA-TECH)
Bahang Bay Hotel

Program Tautan Kasih Bersama Anak-Anak Kediaman Abu Nur Pengkalan Hulu : Kembara Mengukir Senyuman di Pulau Pinang21 - 2...
24/08/2026

Program Tautan Kasih Bersama Anak-Anak Kediaman Abu Nur Pengkalan Hulu : Kembara Mengukir Senyuman di Pulau Pinang

21 - 23 Ogos 2026

Program ini adalah initiatif YBhg. Datoโ€™ Haji Mohamad Asri Bin Baharum, Pengurus Besar PERDA untuk memberi kegembiraan kepada Anak-anak Abu Nur datang bercuti di Pulau Pinang.

Kelab Sukan dan Kebajikan Kakitangan PERDA melalui Biro Keluarga dan Komuniti Sosial telah diberi tanggungjawab untuk melaksanakan program ini.

Seramai 38 orang anak-anak Rumah Kediaman Abu Nur Pengkalan Hulu telah terlibat dalam program ini.

Anak-anak Abu Nur ini telah dibawa melawat tempat-tempat menarik di sekitar Pulau Pinang dan merasai makanan yang terkenal di sini.

Saya mengucapkan jutaan terima kasih tidak terhingga kepada pihak Hotel Bahang Bay yang sudi menaja penginapan selama 2 malam bagi program ini.

Terima kasih juga saya ucapkan kepada semua penaja-penaja yang memberi sumbangan dalam pelbagai bentuk bagi membantu kami menjayakan program ini. Semoga Allah membalas jasa baik anda semua.โ€™ ujar Encik Normuslim bin Saad, Yang DiPertua Kelab Sukan dan Kebajikan Kakitangan PERDA.



Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang

*Larian Santai KSKKP 5KM* Hari ini telah berlangsung aktiviti riadah Larian Santai 5KM anjuran Kelab Sukan dan Kebajikan...
15/08/2026

*Larian Santai KSKKP 5KM*

Hari ini telah berlangsung aktiviti riadah Larian Santai 5KM anjuran Kelab Sukan dan Kebajikan Kakitangan PERDA (KSKKP) yang bertempat di Setia Fontainer, Kepala Batas.

Program ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan dengan penyertaan sekurang-kurangnya 40 orang ahli kelab, bersama pasangan serta ahli keluarga masing-masing. Turut hadir memeriahkan program ialah YBhg. Datoโ€™ Haji Mohd Asri bin Baharum, Pengurus Besar PERDA, bersama pasangan.

Penganjuran larian santai ini bukan sahaja mengeratkan silaturahim dalam kalangan warga KSKKP, malah menjadi platform untuk menggalakkan amalan gaya hidup sihat, aktif dan cergas dalam suasana yang santai dan menyeronokkan.

Insya-Allah, KSKKP akan terus mempergiatkan inisiatif seperti ini pada masa akan datang demi memastikan kesejahteraan, kesihatan dan semangat kekitaan dalam kalangan ahli kelab sentiasa terpelihara.

Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang

JEMPUTAN MENYERTAI LARIAN SANTAI 5KMBiro Sukan dan Rekreasi dengan sukacitanya menjemput semua Ahli Jawatankuasa Induk K...
11/08/2026

JEMPUTAN MENYERTAI LARIAN SANTAI 5KM

Biro Sukan dan Rekreasi dengan sukacitanya menjemput semua Ahli Jawatankuasa Induk Kelab Sukan dan Kebajikan Kakitangan PERDA (KSKKP) yang berkelapangan untuk menyertai Larian Santai 5KM.

Program ini dianjurkan sebagai salah satu inisiatif untuk menggalakkan gaya hidup sihat, meningkatkan kecergasan fizikal serta memperkukuh hubungan dan semangat kebersamaan dalam kalangan warga KSKKP.

Tarikh: 15 Ogos 2026 (Sabtu)
Masa: 7.30 pagi
Lokasi: Setia Fontaines Heritage Park

Semua peserta digalakkan hadir dengan pakaian sukan yang bersesuaian dan bersedia untuk menikmati aktiviti riadah dalam suasana yang santai dan positif.

Kerjasama serta penyertaan Tuan/Puan amat dihargai. Semoga program ini dapat menjadi platform untuk kita bersama-sama membudayakan gaya hidup aktif, sihat dan seimbang.

06/08/2026

Selamat Hari Lahir buat warga PERDA bagi bulan Ogos ๐ŸŽ‰๐ŸŽŠ๐ŸŽ‰๐ŸŽŠ
Semoga diberikan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan...

Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang

๐ŸŒฟ MAJLIS BACAAN YASIN ๐ŸŒฟDalam kesibukan mengejar tanggungjawab harian, marilah kita luangkan sedikit masa untuk mendekatk...
24/07/2026

๐ŸŒฟ MAJLIS BACAAN YASIN ๐ŸŒฟ

Dalam kesibukan mengejar tanggungjawab harian, marilah kita luangkan sedikit masa untuk mendekatkan hati kepada Allah SWT. Semoga setiap ayat yang dibacakan menjadi asbab ketenangan jiwa, keberkatan rezeki, dipermudahkan segala urusan, serta dikurniakan kesihatan dan perlindungan buat kita, keluarga dan seluruh warga PERDA.

๐Ÿ“– Majlis Bacaan Yasin
๐Ÿ—“๏ธ 24 Julai 2026 (Jumaat)
๐Ÿ•ฃ 8.30 pagi
๐Ÿ“ Surau Tingkat 4, Ibu Pejabat PERDA

โ€œDan apabila dibacakan al-Quran, maka dengarkanlah baik-baik dan diamlah, agar kamu mendapat rahmat.โ€
(Surah Al-Aโ€™raf: 204)

Semoga setiap langkah menuju majlis ini dihitung sebagai amal kebajikan dan setiap doa yang dipanjatkan diangkat serta dimakbulkan oleh Allah SWT.

MISI TAJAAN ANAK-ANAK YATIM KEDIAMAN ABU NURโ€œSatu Tajaan, Seribu Senyuman.โ€ Setiap senyuman yang terukir di wajah anak-a...
22/07/2026

MISI TAJAAN ANAK-ANAK YATIM KEDIAMAN ABU NUR

โ€œSatu Tajaan, Seribu Senyuman.โ€

Setiap senyuman yang terukir di wajah anak-anak yatim bermula dengan keprihatinan insan yang sudi menghulurkan bantuan. Marilah kita bersama-sama menjayakan Program Tautan Kasih Komuniti PERDA dengan menaja lawatan seramai 40 orang anak-anak yatim Kediaman Abu Nur mengelilingi Pulau Pinang.

Tarikh Program:
21 hingga 23 Ogos 2026

Sumbangan anda akan digunakan bagi menampung:
โœ… Penginapan
โœ… Makan & minum
โœ… Pengangkutan dan tiket ke The TOP Komtar serta Bukit Bendera
โœ… Aktiviti lawatan dan pembelajaran sepanjang 3 hari 2 malam

๐ŸŽฏ Sasaran Kutipan: RM10,000
๐Ÿ’› Minimum sumbangan: RM20

Tiada sumbangan yang terlalu kecil apabila ia mampu menghadirkan kegembiraan kepada mereka yang memerlukan. Semoga setiap ringgit yang disumbangkan menjadi saham akhirat dan membawa kebahagiaan kepada anak-anak ini.

Imbas Kod QR atau salurkan sumbangan ke akaun yang tertera pada poster.

Ayuh, bersama kita mencipta kenangan indah dan senyuman yang tidak ternilai buat mereka.

โ€œDan mereka bertanyakan kepadamu (wahai Muhammad) terhadap anak-anak yatim. Katakanlah bahawa berbuat islah (kebaikan) kepada mereka itu adalah merupakan suatu kebaikan.โ€

โ€” Surah Al-Baqarah: 220

Address

No. 1 , Lorong Kampung Gajah 2, Jalan Kampung Gajah
Butterworth

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:30
Tuesday 08:00 - 17:30
Wednesday 08:00 - 17:30
Thursday 08:00 - 17:30
Friday 08:00 - 17:30

Telephone

+6043141100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kelab Sukan Dan Kebajikan Kakitangan PERDA posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Kelab Sukan Dan Kebajikan Kakitangan PERDA:

Shortcuts

Share