11/09/2026
πΏπ KEMBARA ILMU KE CAMERON HIGHLANDS! ππΏ
Hari ini, Perpustakaan Awam Daerah Cameron Highlands menerima kunjungan istimewa daripada Jawatankuasa Penasihat Perpustakaan Maran sempena Mesyuarat Jawatankuasa Penasihat Perpustakaan Maran Bil. 2/2026 dan Kembara Ilmu. β¨
Kunjungan ini telah diketuai oleh Encik Muhamad Anuarudin bin Yusoff @ Ahmat, SMP, Yang Dipertua Majlis Daerah Maran merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Perpustakaan Maran.
ππ€ Selain bermesyuarat, program ini turut menjadi ruang untuk bertukar pandangan, berkongsi pengalaman dan mengeratkan jalinan kerjasama antara warga perpustakaan.
Bukan sekadar datang membawa agenda mesyuarat, tetapi turut membawa semangat ilmu, perkongsian dan inspirasi! π‘π
Suasana sejuk dan nyaman Cameron Highlands pastinya menambahkan lagi kemeriahan Kembara Ilmu kali ini. πΏβοΈ
Terima kasih diucapkan kepada Jawatankuasa Penasihat Perpustakaan Maran atas kunjungan dan kesudian memilih Perpustakaan Awam Daerah Cameron Highlands sebagai salah satu destinasi Kembara Ilmu.
Semoga perkongsian hari ini menjadi ilham untuk terus memperkasa perpustakaan dan menyemarakkan budaya membaca dalam kalangan masyarakat. β€οΈπ
Jauh perjalanan, luas pengalaman, bertambah ilmu! ππΏπ