Polis Daerah Cameron Highlands

Call Directions Contact the organization

Polis Daerah Cameron Highlands Laman ini merupakan laman media sosial Rasmi Polis Daerah Cameron Highlands.

ππ„π‘π‡πˆπŒππ”ππ€π 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍𝐀𝐍 ππ€π†πˆ 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍 π’π„ππ“π„πŒππ„π‘ πŸπŸŽπŸπŸ” ππ„π‘πˆππ†πŠπ€π“ πˆππƒ π‚π€πŒπ„π‘πŽπ π‡πˆπ†π‡π‹π€ππƒπ’.Cameron Highlands, 18 September 2026 (JUMA...
18/09/2026

ππ„π‘π‡πˆπŒππ”ππ€π 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍𝐀𝐍 ππ€π†πˆ 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍 π’π„ππ“π„πŒππ„π‘ πŸπŸŽπŸπŸ” ππ„π‘πˆππ†πŠπ€π“ πˆππƒ π‚π€πŒπ„π‘πŽπ π‡πˆπ†π‡π‹π€ππƒπ’.

Cameron Highlands, 18 September 2026 (JUMAAT) - Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Daerah Cameron Highlands bagi Bulan September 2026 telah diadakan di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Cameron Highlands pada pagi tadi.

Majlis dimulakan dengan ketibaan YDH SUPT Azri bin Ramli ( Ketua Polis Daerah) diiringi DSP Aziz bin Abdullah (Timbalan Ketua Polis Daerah) serta disambut dengan kehadiran Ketua - Ketua Bahagian, Pegawai - Pegawai Kanan Polis, Ketua - Ketua Polis Balai, Pegawai - Pegawai Rendah Polis dan Pegawai - Pegawai Awam Polis.

Insp. Norazmeer bin Azmi (BSJD) selaku pegawai baris telah melaporkan kehadiran seramai (15) pegawai kanan polis, (87) pegawai rendah polis, (11) pegawai awam polis dan (5) orang awam dengan jumlah keseluruhan seramai (118) orang.

Acara dimulakan dengan nyanyian beramai - ramai lagu β€˜Negaraku’ dan β€˜Allah Rahmatkan Raja Kami'. Kemudian acara diteruskan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Ustaz Mohamad Hayazi bin Tajuddin dari Cawangan BAKA IPD Cameron Highlands.

Acara diteruskan lagi dengan bacaan Lafaz Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Taat Setia Polis Diraja Malaysia yang diketuai oleh Insp. Nor Azmi bin Salleh (BSJND).

Kemudian acara diteruskan dengan penyampaian Ucapan Perutusan Pemangku Ketua Polis Pahang oleh YDH SUPT Azri bin Ramli ( Ketua Polis Daerah).

Nyayian Lagu β€˜Sang Saka Biru' dan β€˜Polis Sedia Berkhidmat '. Pegawai Baris Insp. Norazmeer bin Azmi (BSJD) lapor mohon izin jalankan lain-lain tugas.

Majlis diteruskan dengan sesi taklimat yang disampaikan oleh pihak i-City University yang diwakili oleh Encik Muhamad Nabil Luqman bin Nasrudin, Assistant Manager, Business Development & Corporate Affairs.

Turut disediakan kaunter pertanyaan Bank Rakyat di hadapan Bilik VIP bagi memberikan kemudahan kepada warga IPD Cameron Highlands untuk mendapatkan maklumat dan khidmat pertanyaan berkaitan perkhidmatan yang ditawarkan.

Secara keseluruhannya, majlis telah berlangsung dengan lancar, teratur dan dalam suasana yang baik, serta tiada sebarang perkara yang tidak diingini berlaku sepanjang program berlangsung.










π’πŽπ‹π€π“ ππ„π‘π‰π„πŒπ€π€π‡ 𝐒𝐄𝐑𝐓𝐀 πŒπ€π‰π‹πˆπ’ 𝐁𝐀𝐂𝐀𝐀𝐍 π˜π€π’πˆπ 𝐃𝐀𝐍 π“π€π‡π‹πˆπ‹ ππ„π‘πˆππ†πŠπ€π“ πˆππƒ π‚π€πŒπ„π‘πŽπ π‡πˆπ†π‡π‹π€ππƒπ’Brinchang, 17 September 2026 Khamis,...
17/09/2026

π’πŽπ‹π€π“ ππ„π‘π‰π„πŒπ€π€π‡ 𝐒𝐄𝐑𝐓𝐀 πŒπ€π‰π‹πˆπ’ 𝐁𝐀𝐂𝐀𝐀𝐍 π˜π€π’πˆπ 𝐃𝐀𝐍 π“π€π‡π‹πˆπ‹ ππ„π‘πˆππ†πŠπ€π“ πˆππƒ π‚π€πŒπ„π‘πŽπ π‡πˆπ†π‡π‹π€ππƒπ’

Brinchang, 17 September 2026 Khamis, (1900 hrs - 2130 hrs) - Solat berjemaah serta Majlis bacaan Yasin dan Tahlil mingguan telah berlangsung di Surau Polis Al Amin, IPD Cameron Highlands.

Seramai 36 orang terdiri daripada pegawai kanan,pegawai rendah polis, pegawai awam, ahli PERKEP dan kanak-kanak yang hadir bagi mengimarahkan majlis.

Majlis ini merupakan program mingguan yang dilaksanakan di Surau Polis Al Amin, IPD Cameron Highlands.

Majlis dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah dan seterusnya bacaan Yasin untuk memohon kesembuhan kepada keluarga PDRM yang sakit serta keselamatan dan kesejahteraan warga dan ahli keluarga PDRM IPD Cameron Highlands.

Majlis diteruskan lagi dengan bacaan tahlil kepada ahli keluarga PDRM IPD Cameron Highlands yang telah kembali ke Rahmatullah. Doa dibaca memohon semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang - orang yang beriman dan para Solihin.

Kemudian majlis bersambung dengan solat Isyak secara berjemaah dan disudahi dengan jamuan ringan yang disediakan secara mengikut giliran oleh cawangan tertentu yang telah ditetapkan setiap minggu.

Program ini berjalan lancar dan berakhir dengan jayanya serta mendapat sambutan yang baik dari warga dan ahli keluarga PDRM IPD Cameron Highlands.

πŸ“ΈBAKA










17/09/2026
16/09/2026

LIVE: SAMBUTAN HARI MALAYSIA 2026

Kini sedang berlangsungnya Sambutan Hari Malaysia 2026 Peringkat Kebangsaan yang disempurnakan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), Sarawak.

Turut hadir Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato' Sri Abdul Aziz Abdul Majid bersama pucuk pimpinan tertinggi Polis Diraja Malaysia.

Sumber: Jabatan Perdana Menteri






#16092026

π’π„π‹π€πŒπ€π“ π‡π€π‘πˆ πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ πŸπŸŽπŸπŸ” πŸ‡²πŸ‡ΎSempena sambutan Hari Malaysia 2026, marilah kita bersama-sama menghayati erti perpaduan, k...
15/09/2026

π’π„π‹π€πŒπ€π“ π‡π€π‘πˆ πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ πŸπŸŽπŸπŸ” πŸ‡²πŸ‡Ύ

Sempena sambutan Hari Malaysia 2026, marilah kita bersama-sama menghayati erti perpaduan, keharmonian dan semangat patriotisme demi memperkukuh keamanan serta kesejahteraan negara.

Semoga semangat kebersamaan dan kecintaan terhadap Malaysia terus subur dalam sanubari setiap rakyat, selaras dengan aspirasi untuk membina sebuah negara yang aman, makmur dan bersatu padu.

Ikhlas daripada,

YDH SUPT AZRI BIN RAMLI
Ketua Polis Daerah Cameron Highlands
serta seluruh warga IPD Cameron Highlands

15/09/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 2026 πŸ‡²πŸ‡Ύ

Semoga semangat perpaduan, keharmonian dan kecintaan kepada tanah air terus mekar dalam sanubari seluruh rakyat Malaysia.

β€œMalaysia Madani, Kesejahteraan Dinikmati”

Ikhlas daripada:
DCP Dato’ Azry Akmar bin Dato’ Hj Ayob
Pemangku Ketua Polis Pahang
serta Seluruh Warga PDRM Kontinjen Pahang

πŸ‡²πŸ‡Ύ Malaysia Kita, Tanggungjawab Kita.

π’π„π“πˆππ†π†πˆ-π“πˆππ†π†πˆ π“π€π‡ππˆπ€π‡πƒπˆπ† πƒπ€π“πŽβ€™ π’π‘πˆ 𝐀𝐁𝐃𝐔𝐋 π€π™πˆπ™ 𝐁𝐈𝐍 𝐀𝐁𝐃𝐔𝐋 πŒπ€π‰πˆπƒπ€π“π€π’ ππ„π‹π€ππ“πˆπŠπ€π π’π„ππ€π†π€πˆπ“πˆπŒππ€π‹π€π πŠπ„π“π”π€ ππŽπ‹πˆπ’ 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 πŠπ„-πŸ‘πŸŽK...
14/09/2026

π’π„π“πˆππ†π†πˆ-π“πˆππ†π†πˆ π“π€π‡ππˆπ€π‡

πƒπˆπ† πƒπ€π“πŽβ€™ π’π‘πˆ 𝐀𝐁𝐃𝐔𝐋 π€π™πˆπ™ 𝐁𝐈𝐍 𝐀𝐁𝐃𝐔𝐋 πŒπ€π‰πˆπƒ

𝐀𝐓𝐀𝐒 ππ„π‹π€ππ“πˆπŠπ€π π’π„ππ€π†π€πˆ
π“πˆπŒππ€π‹π€π πŠπ„π“π”π€ ππŽπ‹πˆπ’ 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 πŠπ„-πŸ‘πŸŽ

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, SUPT Azri bin Ramli, serta seluruh warga kerja IPD Cameron Highlands merakamkan setinggi-tinggi syabas dan tahniah atas pelantikan tersebut.

Semoga amanah dan tanggungjawab yang diberikan dapat dilaksanakan dengan penuh integriti, dedikasi dan kecemerlangan, serta terus memperkukuhkan kepimpinan dan kegemilangan Polis Diraja Malaysia.

Selamat menjalankan amanah dan tanggungjawab.

Ikhlas daripada
SUPT AZRI BIN RAMLI
KETUA POLIS DAERAH CAMERON HIGHLANDS
SERTA SELURUH WARGA KERJA IPD CAMERON HIGHLANDS

KENYATAAN MEDIA MENTERI DALAM NEGERIPelantikan DIG Dato' Sri Abdul Aziz Abdul Majid Sebagai Timbalan Ketua Polis Negara....
14/09/2026

KENYATAAN MEDIA MENTERI DALAM NEGERI

Pelantikan DIG Dato' Sri Abdul Aziz Abdul Majid Sebagai Timbalan Ketua Polis Negara.

Sumber: Kementerian Dalam Negeri (KDN)

KENYATAAN MEDIA

PELANTIKAN YBHG. DATO’ SRI ABDUL AZIZ BIN ABDUL MAJID SEBAGAI TIMBALAN KETUA POLIS NEGARA

PUTRAJAYA, 14 September 2026 - Adalah dimaklumkan bahawa seperti yang termaktub di bawah Fasal 4 dan 5 Perkara 140 Perlembagaan Persekutuan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat YAB Perdana Menteri atas perakuan Suruhanjaya Pasukan Polis telah memperkenan pelantikan YBhg. Dato’ Sri Abdul Aziz bin Abdul Majid sebagai Timbalan Ketua Polis Negara berkuat kuasa mulai 9 September 2026.

Address

Brinchang
Cameron Highlands
39100

Telephone

+6054911222

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Polis Daerah Cameron Highlands posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Polis Daerah Cameron Highlands:

Shortcuts

Share