SWCorp Cameron Highlands

Call Directions Website Contact the organization

SWCorp Cameron Highlands SWCorp Memacu Budaya Kebersihan

17/10/2026
09/10/2026
8 Oktober 2026 | PKM Siri Ke-66 telah dilaksanakan pada jam 9.00 pagi di Terminal Bus Tanah Rata Cameron Highalnds melib...
08/10/2026

8 Oktober 2026 | PKM Siri Ke-66 telah dilaksanakan pada jam 9.00 pagi di Terminal Bus Tanah Rata Cameron Highalnds melibatkan 2 pesalah yang diperintahkan oleh Mahkamah menjalani Hukuman Khidmat Masyarakat.

Pesalah ini melibatkan seorang warganegara dan seorang warga asing . Kedua - dua pesalah perlu menjalani hukuman selama 6 jam dalam tempoh yang ditetapkan.

Sepanjang pelaksanaan PKM, pesalah melaksanakan pelbagai aktiviti pembersihan dalam skop kerja konsesi mengikut keperluan lokasi, termasuk pembersihan kawasan awam, laluan pejalan kaki, longkang, tandas awam dan kemudahan awam lain.

Pelaksanaan PKM Siri Ke-66 ini berjalan lancar dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan tatacara yang telah ditetapkan tanpa sebarang cabaran yang menjejaskan perjalanan program. Berdasarkan rekod penguatkuasaan, pembuangan puntung rokok terus menjadi kesalahan yang paling kerap dilakukan dan memerlukan perhatian semua pihak.

Sumber Majlis Daerah Cameron Highlands
27/09/2026

Sumber Majlis Daerah Cameron Highlands

LAWATAN SAMBIL BELAJAR SMK ROMPIN, PAHANG DAN MALAYSIAN ENERGY CHEMICAL & SERVICES SDN. BHD. KE LOJI INSINERATOR CAMERON...
25/09/2026

LAWATAN SAMBIL BELAJAR SMK ROMPIN, PAHANG DAN MALAYSIAN ENERGY CHEMICAL & SERVICES SDN. BHD. KE LOJI INSINERATOR CAMERON HIGHLANDS DAN PUSAT KOMPOS BLUE VALLEY

25 September 2026 - SWCorp Cameron Highlands telah menerima lawatan sambil belajar seramai 4 orang guru pengiring dan 44 orang pelajar dari SMK Rompin, Pahang dan 15 orang dari Malaysian Energy Chemical & Services Sdn. Bhd. Taklimat mengenai pengurusan sisa pepejal dan peranan SWCorp telah diberikan oleh Encik Muhamed Redzuan bin Mat Yusoof, Pengurus Cawangan SWCorp Cameron Highlands.

Seterusnya, Taklimat mengenai pengoperasian dan penyelenggaraan loji insinerator telah disampaikan oleh Encik Muhammad Zahin Bin Khairul Anur, Pengurus Loji Insinerator Cameron Highlands. Lawatan ini diteruskan dengan lawatan ke Bilik Kawalan Operasi bagi penerangan cara pengendalian dan pemantauan operasi.

Delegasi ini juga didedahkan cara pemprosesan baja kompos daripada sisa sayur dan sisa makanan. Pendekatan ini sekali gus mengurangkan jumlah sisa yang dihantar ke tapak pelupusan serta menyokong pelaksanaan konsep ekonomi kitaran dan pembangunan lestari.

SWCorp Cameron Highlands merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada SMK Rompin, Pahang dan Malaysian Energy Chemical & Services Sdn. Bhd. diatas kesudian mengadakan lawatan ini. Diharapkan lawatan ini dapat memberikan manfaat melalui perkongsian pengetahuan dan amalan terbaik dalam pengurusan sisa pepejal, sekali gus memperkukuhkan kerjasama strategik serta merealisasikan pengurusan sisa yang lebih cekap dan lestari.




SAMBUTAN HARI CUCI MALAYSIA 2026 Sempena World Cleanup Day 2026Program Pembersihan Mega Seluruh Negara πŸ‡²πŸ‡ΎJom kita bersam...
23/09/2026

SAMBUTAN HARI CUCI MALAYSIA 2026

Sempena World Cleanup Day 2026
Program Pembersihan Mega Seluruh Negara πŸ‡²πŸ‡Ύ

Jom kita bersama-sama menceriakan dan menjaga kebersihan kawasan Kampung Sungai Ruil, Golden Hills, Cameron Highlands!

🎁 GOODIES PERCUMA!
Terhad kepada peserta yang DATANG AWAL β€” FIRST COME, FIRST SERVE! Jangan lepaskan peluang mendapatkan goodies istimewa semasa pendaftaran. πŸ”₯

πŸŽ‰ CABUTAN BERTUAH!
Daftar, sertai aktiviti dan berpeluang membawa pulang hadiah menarik melalui sesi cabutan bertuah! 🎁✨

♻️ TRASH TO CASH
Jangan terus buang barangan yang boleh dikitar semula! Bawa bahan kitar semula anda dan sertai aktiviti Trash to Cash. πŸ’°β™»οΈ

🌎 AKTIVITI 3R
Ayuh amalkan konsep Reduce, Reuse & Recycle demi persekitaran yang lebih bersih, hijau dan lestari. 🌱

πŸ“… 26 SEPTEMBER 2026 (SABTU)
⏰ 7.30 PAGI HINGGA SELESAI
πŸ“ Kampung Sg Ruil, Golden Hills, Cameron Highlands

🧀 Antara pengisian program:
βœ… Pendaftaran peserta
βœ… Aktiviti pembersihan kawasan
βœ… Trash to Cash
βœ… Aktiviti 3R & kitar semula
βœ… Cabutan bertuah
βœ… Goodies untuk peserta terawal
βœ… Jamuan makan tengah hari & bersurai

πŸ‘¨β€πŸ‘©β€πŸ‘§β€πŸ‘¦ Jom bawa keluarga, rakan-rakan dan komuniti bersama!
Satu tindakan kecil hari ini mampu mencipta persekitaran yang lebih bersih untuk generasi akan datang. πŸŒπŸ’š

BERSIH PERSEKITARAN β€’ SIHAT KOMUNITI β€’ INDAH NEGARA β€’ LESTARI MASA DEPAN

πŸ”₯ JANGAN LUPA!
🎁 Goodies β€” FIRST COME, FIRST SERVE!
πŸŽ‰ Cabutan Bertuah β€” Menanti Anda!
♻️ Trash to Cash & 3R β€” Jom Kitar Semula!

SEMUA DIJEMPUT HADIR! πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ’š

𝐇𝐄𝐁𝐀𝐇𝐀𝐍 ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ 𝐓𝐑𝐀𝐒𝐇 π“πŽ 𝐂𝐀𝐒𝐇 π’π„πŒππ„ππ€ π‡π€π‘πˆ π‚π”π‚πˆ πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ πŸπŸŽπŸπŸ”Sukacita dimaklumkan bahawa PROGRAM TRASH TO CASH SEMPENA H...
23/09/2026

𝐇𝐄𝐁𝐀𝐇𝐀𝐍 ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ 𝐓𝐑𝐀𝐒𝐇 π“πŽ 𝐂𝐀𝐒𝐇 π’π„πŒππ„ππ€ π‡π€π‘πˆ π‚π”π‚πˆ πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ πŸπŸŽπŸπŸ”

Sukacita dimaklumkan bahawa PROGRAM TRASH TO CASH SEMPENA HARI CUCI MALAYSIA 2026 akan diadakan pada ketetapan berikut:

πŸ“… Tarikh: 26 September 2026 (Sabtu)
πŸ•’Masa: 7.30 pagi
πŸ“Tempat: Kampung Sg. Ruil, Golden Hills

KUMPULKAN BARANGAN KITAR SEMULA ANDA DAN HADIR KE TEMPAT PROGRAM UNTUK TRASH TO CASH!πŸ’°

Tukar barangan kitar semula kepada wang tunai!Jom bersama-sama menyokong amalan kitar semula serta menjaga kebersihan dan kelestarian alam sekitar.

Bersama kita jayakan Hari Cuci Malaysia 2026 demi persekitaran yang lebih bersih, sihat dan lestari. ♻️♻️♻️♻️♻️♻️♻️♻️♻️♻️

sumber Majlis Daerah Cameron Highlands
21/09/2026

sumber Majlis Daerah Cameron Highlands

JOM BERSAMA-SAMA MERIAHKAN HARI CUCI MALAYSIA!

Sempena World Cleanup Day 2026, ayuh kita bersama-sama menyertai Program Pembersihan Mega Seluruh Negara bagi mewujudkan persekitaran yang lebih bersih, hijau dan lestari. 🌱✨

πŸ“… 26 September 2026 (Sabtu)
⏰ 7.30 pagi
πŸ“ Kampung Sungai Ruil, Golden Hill

Program ini turut mencatatkan sasaran untuk The Malaysia Book of Records! πŸ†πŸ‡²πŸ‡Ύ

πŸ’ͺ Ayuh warga Cameron Highlands!
Bersama-sama kita berganding bahu, menjaga kebersihan dan membina komuniti yang lebih prihatin terhadap alam sekitar.

Satu langkah kecil kita, memberi impak besar kepada Malaysia! πŸŒΏπŸ‡²πŸ‡Ύ















sumber Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands
21/09/2026

sumber Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands

sumber Copthorne Cameron Highlands
18/09/2026

sumber Copthorne Cameron Highlands

Address

No. 9, Jalan Angsana 2
Cameron Highlands
39100

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6054914535

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SWCorp Cameron Highlands posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to SWCorp Cameron Highlands:

Shortcuts

Share