Majlis Daerah Cameron Highlands

Directions Website

Majlis Daerah Cameron Highlands Ikuti Facebook rasmi Majlis Daerah Cameron Highlands untuk maklumat dan pengumuman terkini.

09/10/2026
Sumber KPKT Malaysia
09/10/2026

Sumber KPKT Malaysia

PEMBENTANGAN BELANJAWAN 2027

Jangan terlepas untuk saksikan siaran langsung Pembentangan Belanjawan 2027 oleh Perdana Menteri & Kementerian Kewangan, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim!

🗓️ Tarikh: 9 Oktober 2026 (Jumaat)
🕒 Masa: 3.30 petang
📺 Saluran: Berita RTM, TV1, dan Bernama




MESYUARAT PEMERIKSAAN BAJET BERSAMA PBT NEGERI PAHANG BAGI PROJEK PEMBANGUNAN SKALA KECIL BP.1 TAHUN 2027Sumber berita :...
08/10/2026

MESYUARAT PEMERIKSAAN BAJET BERSAMA PBT NEGERI PAHANG BAGI PROJEK PEMBANGUNAN SKALA KECIL BP.1 TAHUN 2027

Sumber berita : Majlis Daerah Cameron Highlands
Foto oleh : Unit Perhubungan Awam dan Pembangunan Masyarakat, MDCH

CAMERON HIGHLANDS, 8 OKTOBER 2026 – Mesyuarat Pemeriksaan Bajet Bersama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi Projek Pembangunan Skala Kecil BP.1 Tahun 2027 telah diadakan hari ini dengan penglibatan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) serta delegasi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Pahang.

Mesyuarat berkenaan telah dipengerusikan oleh Dato’ Sri Mohd Fadzli bin Mohd Kenali, Ketua Pengarah Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT). Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Sesi pemeriksaan bajet ini merupakan antara platform penting bagi meneliti cadangan serta keperluan peruntukan projek pembangunan skala kecil di peringkat PBT bagi tahun 2027. Perbincangan turut memberi tumpuan kepada keperluan pembangunan dan penambahbaikan kemudahan awam yang dapat memberi manfaat secara langsung kepada masyarakat setempat.

Melalui sesi ini, setiap cadangan projek dapat diteliti dengan mengambil kira keperluan semasa, keutamaan pembangunan, justifikasi pelaksanaan serta kesesuaian peruntukan yang dicadangkan. Pendekatan ini penting bagi memastikan peruntukan pembangunan dapat dirancang dan disalurkan secara lebih berkesan, berimpak serta memenuhi keperluan komuniti.

Penglibatan delegasi PBT Negeri Pahang dalam mesyuarat ini turut mencerminkan komitmen berterusan pihak kerajaan dalam memperkukuh kerjasama antara kementerian, jabatan dan PBT bagi memastikan agenda pembangunan di peringkat tempatan dapat dilaksanakan secara tersusun dan berkesan.

Bagi Majlis Daerah Cameron Highlands (MDCH), pelaksanaan projek pembangunan berskala kecil yang dirancang secara strategik amat penting dalam menyokong usaha mempertingkatkan kualiti perkhidmatan perbandaran, kemudahan awam serta kesejahteraan masyarakat di kawasan Cameron Highlands.

Cameron Highlands yang mempunyai keunikan dari aspek geografi, pelancongan, pertanian dan alam sekitar memerlukan perancangan pembangunan yang mengambil kira keperluan penduduk serta kelestarian kawasan tanah tinggi.

Mesyuarat ini sekali gus menjadi ruang untuk memperkukuh penyelarasan antara semua pihak berkepentingan dalam memastikan setiap cadangan pembangunan yang dikemukakan dapat dipertimbangkan berdasarkan keperluan dan keutamaan sebenar di peringkat tempatan.

Majlis Daerah Cameron Highlands merakamkan penghargaan kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) serta delegasi PBT Negeri Pahang atas komitmen dan kerjasama yang diberikan dalam menjayakan sesi pemeriksaan bajet ini.

Diharapkan hasil daripada sesi ini dapat menyokong perancangan pembangunan PBT yang lebih sistematik, berimpak dan memberi manfaat kepada rakyat, selaras dengan aspirasi kerajaan untuk memperkukuh penyampaian perkhidmatan serta meningkatkan kesejahteraan komuniti setempat.









Sumber Jabatan Penerangan Malaysia
08/10/2026

Sumber Jabatan Penerangan Malaysia

Saksikan Pembentangan Belanjawan 2027 oleh Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim pada Jumaat, 9 Oktober 2026, pukul 3.30 petang menerusi RTM, BERNAMA dan Facebook Jabatan Penerangan Malaysia.





Sumber Jabatan Perkhidmatan Awam
08/10/2026

Sumber Jabatan Perkhidmatan Awam

08/10/2026
Sumber MyDigital ID
08/10/2026

Sumber MyDigital ID

Satu MyDigital ID, pelbagai urusan Kerajaan.

Login je MyGOV dengan MyDigital ID untuk akses pelbagai perkhidmatan Kerajaan — daripada lesen memandu dan cukai jalan hingga pasport, STR, WTD dan banyak lagi.

Satu kunci untuk semua.

Sumber SWCorp Cameron Highlands
08/10/2026

Sumber SWCorp Cameron Highlands

Sumber Pahang Media
07/10/2026

Sumber Pahang Media

Kanak-kanak adalah antara golongan yang rentan dan mudah terjejas akibat keadaan cuaca jerebu. Ibu bapa dinasihatkan untuk memantau tahap kesihatan anak-anak dari semasa ke semasa dan mengambil langkah pencegahan yang proaktif.

Amalkan tindakan berikut untuk melindungi keluarga anda daripada kesan buruk jerebu:

- Kekal di dalam bangunan: Pastikan anak-anak tidak melakukan aktiviti di luar rumah.
- Jaga kebersihan diri: Kerap membasuh muka dan tangan selepas terdedah kepada udara luar.
- Pakai pelitup muka: Gunakan penutup hidung dan mulut yang sesuai sekiranya terpaksa berada di luar bangunan.
- Banyakkan minum air: Tingkatkan pengambilan air kosong bagi mengelakkan dehidrasi.
- Sediakan ubat-ubatan: Pastikan bekalan ubat anak-anak sentiasa mencukupi, terutamanya jika mereka mempunyai sejarah penyakit asma atau alahan.

Persekitaran yang berjerebu boleh memburukkan kesihatan pernafasan. Segera bawa anak anda ke klinik atau hospital berhampiran jika mereka menunjukkan sebarang gejala batuk berterusan, selesema, atau kesukaran bernafas.

Sumber KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Address

Peti Surat 66
Cameron Highlands
39007

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Majlis Daerah Cameron Highlands posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share