Perpustakaan Desa RPT Batu Sepuluh, Chemor Perak

Directions Contact the organization

Perpustakaan Desa RPT Batu Sepuluh, Chemor Perak Waktu Operasi

BUKA
9.00 pagi - 5.30 petang
(Isnin - Jumaat)

TUTUP
Sabtu - Ahad dan
Cuti Umum

21/10/2026

π‹π€πŒπ€π 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐒𝐀, π’π€ππ“π€πˆ πŒπ„πŒππ€π‚π€

Ayuh, santai sambil membaca!

Bersempena dengan Bulan Bahasa Kebangsaan 2026, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mengajak seluruh masyarakat untuk bersama-sama memeriahkan program Laman Bahasa, Santai Membaca, sebuah wadah yang menggabungkan keseronokan membaca dengan suasana santai dan ceria bersama-sama keluarga.

Tarikh: 24 Oktober 2026 (Sabtu)
Masa: 8.00 – 11.00 pagi
Tempat: Padang Kota Lama, Georgetown, Pulau Pinang

Jadikan membaca sebagai budaya, bahasa sebagai jiwa dan ilmu sebagai penyuluh kehidupan.

Jumpa anda di sana!




21/10/2026

𝐈𝐬𝐭𝐒π₯𝐚𝐑 π‡πšπ«π’ 𝐈𝐧𝐒

Ikuti perkongsian dua istilah setiap hari, dari Isnin hingga Jumaat melalui media sosial DBP.



21/10/2026

KEPELBAGAIAN KEKUATAN KITA, NEGARA BANGSA ASPIRASI KITA πŸ‡²πŸ‡Ύ

Perpaduan dalam kepelbagaian merupakan kekuatan utama yang menyatukan rakyat Malaysia. Dengan semangat saling menghormati, memahami dan menerima perbezaan, kita bersama-sama membina sebuah negara bangsa yang harmoni, inklusif dan sejahtera. 🀝

πŸ“» Ayuh ikuti perkongsian bersama YBrs. Encik Musa bin Kamis, Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Perlis, menerusi siaran Perlis FM.

πŸ“… Tarikh: 21 Oktober 2026 (Rabu)
⏰ Masa: 11.15 pagi
πŸ“» Saluran: Perlis FM

Marilah kita terus memperkukuh semangat perpaduan dan menyemarakkan aspirasi membina negara bangsa yang bersatu padu demi masa depan Malaysia yang lebih gemilang. πŸ‡²πŸ‡Ύ

Bersama Membina Negara Bangsa.

Aaron Ago Dagang
Yuneswaran Ramaraj
Haslina Abdul Hamid
Sobri Daud
PERLISfm




20/10/2026

Tahukah anda maksud perkataan seyogianya?

Mari kenali makna dan penggunaannya.

𝐊𝐚𝐭𝐚 π‡πšπ«π’ 𝐈𝐧𝐒

β€˜seyogianya’

Sila layari https://kamus.dbp.gov.my/ untuk capaian ke Portal Kamus DBP


20/10/2026

𝑷𝒂𝒏𝒕𝒖𝒏 π‘―π’‚π’“π’Š π‘°π’π’Š


20/10/2026

πŸ“Ί ππ„π‘π“π€ππƒπˆππ†π€π ππ„ππ˜π€πŒππ€πˆ ππ„π‘πˆπ“π€ ππˆπ‰π€πŠ πŒπ€πŠπ‹π”πŒπ€π“

πŸŽ™οΈ Ada gaya penyampai berita? Ada suara yang yakin? Berani tampil di hadapan kamera?

Inilah peluang anda untuk menyerlah!

Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) menjemput murid Tingkatan 3 hingga Tingkatan 5 untuk menyertai Pertandingan Penyampai Berita Bijak Maklumat sempena Minggu Literasi Media dan Maklumat 2026.

Dan jangan risau kalau terfikir, β€œNak baca berita apa?”

πŸ“„ Kami sediakan skrip, ANDA baca sahaja!

Tak perlu pening fikir kandungan berita. Datang, baca skrip yang disediakan dan tunjukkan kebolehan anda melalui sebutan yang jelas, intonasi yang menarik, penyampaian yang lancar dan penuh keyakinan.

πŸ”₯ Jangan sekadar tengok berita β€” kali ini, ANDA p**a yang sampaikan berita!
πŸ† Tampilkan keyakinan, serlahkan bakat dan rebut hadiah menarik!

πŸ“… 24 Oktober 2026 (Sabtu)
πŸ•™ 10.00 pagi – 1.00 tengah hari
πŸ“ Pawagam Mini, Aras 4, Anjung Bestari, Perpustakaan Negara Malaysia
βœ… Penyertaan adalah PERCUMA
πŸŽ“ Terbuka kepada murid Tingkatan 3 hingga Tingkatan 5
πŸ“„ Skrip berita disediakan

πŸ”— Daftar sekarang dan semak syarat penyertaan:
https://forms.gle/QwX9otVgJvAAhu8o7

Pertandingan ini merupakan antara pengisian Minggu Literasi Media dan Maklumat 2026 yang berlangsung pada 24 hingga 25 Oktober 2026 di Perpustakaan Negara Malaysia.

πŸ”— Lihat keseluruhan program dan aktiviti MLMM 2026:
https://drive.google.com/drive/folders/1zqOl56Ujx4Uw--Ozkw8wyh3LgAZ4JLkt?usp=sharing

Selaras dengan tema β€œKita Semua Ada Peranan – Literasi Media dan Maklumat untuk Rakyat”, MLMM 2026 menghimpunkan pelbagai program dan aktiviti yang memberi peluang kepada masyarakat untuk belajar, meneroka, mencipta dan membina kemahiran dalam persekitaran maklumat yang semakin berkembang.

✨ Skrip kami sediakan. Suara dan gaya daripada anda. Pentas menanti!

20/10/2026

TRANSLITERASI MADANI: SEMARAK JAWI, MEKAR WARISAN

Bersama-sama kita menghidupkan kembali warisan bangsa melalui Transliterasi Madani untuk siri yang ke 2. Kami terus mencari anda yang sudi menyumbang kepakaran untuk mentransliterasikan arkib awam, agar khazanah silam terus dibaca, difahami dan diwarisi generasi mendatang.

πŸ“© Hantarkan hasil transliterasi anda ke: [email protected]
πŸ“ž Sebarang pertanyaan: 03-6209 0658
πŸ‡²πŸ‡Ύ Transliterasi Madani β€” Semarakkan Warisan, Abadikan Sejarah!





20/10/2026

β€œSaya rasa tak selesa bekerja dengan rakan sekerja yang mempunyai bau badan. Tapi tak sampai hati nak tegur.”

Ini antara mesej yang PHM terima daripada followers.

Isu bau badan di tempat kerja nampak kecil, tetapi boleh menjejaskan keselesaan orang sekeliling, terutama apabila bekerja dalam ruang tertutup, berkongsi meja atau berada dalam bilik berhawa dingin.

Bau badan bukan semestinya bermaksud seseorang itu pengotor.

Peluh sebenarnya hampir tidak berbau. Bau yang kurang menyenangkan biasanya terhasil apabila bakteria pada kulit menguraikan komponen peluh.

Antara faktor yang boleh menyumbang ialah peluh berlebihan, pakaian yang lembap, perubahan hormon, pemakanan tertentu dan sesetengah masalah kesihatan.

Apa yang boleh kita lakukan?

1. Mandi secara berkala, terutama selepas banyak berpeluh.
2. Berikan perhatian kepada kawasan ketiak, celah paha dan kaki.
3. Tukar pakaian dalam dan stoking setiap hari.
4. Pastikan pakaian dibasuh dan dikeringkan sepenuhnya. Baju yang nampak bersih belum tentu bebas bau.
5. Gunakan antiperspirant untuk mengurangkan peluh atau deodorant untuk membantu mengawal bau.
6. Jangan sekadar menyembur minyak wangi untuk menutup bau badan.

Jika masalah bau badan berterusan walaupun penjagaan kebersihan sudah baik, pemeriksaan kesihatan mungkin diperlukan.

Bagaimana p**a kalau rakan sekerja kita yang mempunyai masalah ini?

Tegurlah secara peribadi, dengan penuh hormat dan empati.

Jangan jadikan bau badan seseorang sebagai bahan jenaka, perbualan dalam kump**an WhatsApp atau sindiran di hadapan rakan sekerja lain.

Kadangkala seseorang tidak menyedari bau badannya sendiri kerana deria bau sudah terbiasa dengannya.

Menjaga kebersihan diri ialah sebahagian daripada tanggungjawab sosial.

Kita berkongsi ruang kerja, udara dan keselesaan dengan orang lain.

Pada masa yang sama, menegur seseorang tentang kebersihan diri juga memerlukan adab.

Pernah tak anda berdepan situasi begini? Bagaimana cara paling berhemah untuk menegur rakan sekerja yang mempunyai masalah bau badan?

Public Health Malaysia

Address

Perpustakaan Rpt Batu 10 Chemor
Chemor
31200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perpustakaan Desa RPT Batu Sepuluh, Chemor Perak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Perpustakaan Desa RPT Batu Sepuluh, Chemor Perak:

Shortcuts

Share