PUSAT Khidmat Dun Semerak

Call Directions Website Contact the organization

PUSAT Khidmat Dun Semerak Selamat Datang ke Laman Rasmi Pusat Khidmat DUN Semerak.

Segala Info, Program dan Lensa Kamera mengenai Aktiviti YB ADUN Semerak dan Hal Ehwal DUN Semerak boleh dilawati disini.

Hari Keputeraan Sultan Kelantan 2026Merafak Sembah Setinggi-tinggi Ucapan Tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia SULTAN MU...
28/09/2026

Hari Keputeraan Sultan Kelantan 2026

Merafak Sembah Setinggi-tinggi Ucapan Tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia SULTAN MUHAMMAD V, sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke 57.





[Sambutan Pesta Flora Negeri Kelantan Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-57]24 September: Semalam, YB Norsham Sulaim...
25/09/2026

[Sambutan Pesta Flora Negeri Kelantan Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-57]
24 September: Semalam, YB Norsham Sulaiman hadir bagi memeriahkan Majlis Perasmian Pesta Flora Negeri Kelantan sempena Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V Yang Ke-57, Tahun 2026, yang berlangsung di Taman Perbandaran Tengku Anis, Tanjung Chat, Kota Bharu.
Majlis dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultanah Kelantan, turut dihadiri Yang Maha Mulia Raja Perempuan Tengku Anis binti Al-Marhum Tengku Abdul Hamid serta YAB Ustaz Dato' Panglima Perang, Menteri Besar Kelantan.
Antara aturcara majlis termasuklah persembahan tarian kebudayaan tradisional, ucapan Menteri Besar, gimik perasmian Pesta Flora, serta penyampaian hadiah kepada para pemenang.
DAULAT TUANKU!

[Ziarah Kebajikan Dun Semerak]إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَاللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهَا وَارْحَمْهَا وَعَافِه...
25/09/2026

[Ziarah Kebajikan Dun Semerak]
إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهَا وَارْحَمْهَا وَعَافِهَا وَاعْفُ عَنْهَا، وَأَكْرِمْ نُزُلَهَا، وَوَسِّعْ مُدْخَلَهَا
23 September: Menziarahi kematian anak mukim di Mukim Kuala Semerak. Sedikit sumbangan dan doa saya titipkan buat seluruh keluarga, moga dapat meringankan serba sedikit bebanan di saat sukar begini.
Marilah sama-sama kita doakan moga roh arwah dicucuri rahmat dan segala urusan keluarga dipermudahkan.
Innalillahiwainnailaihirojiun.
[Al-Fatihah]

18 usahawan IKS Semerak terima bantuan Skim Bina Usahawan KelantanSebanyak 18 usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS...
23/09/2026

18 usahawan IKS Semerak terima bantuan Skim Bina Usahawan Kelantan
Sebanyak 18 usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di DUN Semerak menerima bantuan menerusi Skim Bina Usahawan 2026 melibatkan pemberian alatan dan bantuan modal sebagai usaha kerajaan negeri memperkasa usahawan tempatan agar lebih berdaya saing dan mampan.
Ahli Dewan Negeri (ADN) Semerak YB Norsham Sulaiman berkata, skim berkenaan membantu memperkukuh operasi perniagaan usahawan dan menjadi pemangkin untuk meningkatkan hasil jualan serta mengembangkan perusahaan masing-masing.
Menurutnya, bantuan yang disalurkan kerajaan negeri mencerminkan komitmen berterusan dalam memperkasa sektor keusahawanan sebagai antara pemacu pembangunan ekonomi rakyat di peringkat akar umbi.
Beliau berkata demikian dalam media rasminya selepas menyampaikan bantuan Skim Bina Usahawan Kelantan kepada para penerima di perkarangan Pusat Khidmat ADN Semerak, semalam.

20/09/2026

Cakna Rakyat DUN Semerak 2026




Bahagian IV: Cari Wajah Anda! Detik Candid Karnival SemerakDi sebalik acara utama, karnival ini turut meninggalkan banya...
20/09/2026

Bahagian IV: Cari Wajah Anda! Detik Candid Karnival Semerak
Di sebalik acara utama, karnival ini turut meninggalkan banyak detik indah yang sukar dilupakan. Gelak tawa, sapa mesra dan aksi santai pengunjung dirakam dalam pelbagai gambar candid. Inilah semangat sebenar Karnival Cakna Rakyat, yang mengeratkan silaturahim dan perpaduan masyarakat DUN Semerak, dari awal hingga akhir.

Bahagian III: Senyum Lebar Pemenang, Tuah Berpihak Kepada Siapa?Setelah semua acara selesai, tibalah saat yang dinanti-n...
20/09/2026

Bahagian III: Senyum Lebar Pemenang, Tuah Berpihak Kepada Siapa?
Setelah semua acara selesai, tibalah saat yang dinanti-nantikan, iaitu majlis penyampaian hadiah dan Cabutan Bertuah. Wajah ceria para pemenang jelas terpancar ketika menerima hadiah masing-masing. Tahniah kepada semua pemenang, dan terima kasih kepada semua peserta yang telah bersaing dengan penuh semangat kesukanan sepanjang karnival berlangsung.

Bahagian II: Ketawa Tak Henti! Permainan Rakyat Ini Curi PerhatianAntara tarikan utama pengunjung turut sama-sama menyer...
20/09/2026

Bahagian II: Ketawa Tak Henti! Permainan Rakyat Ini Curi Perhatian
Antara tarikan utama pengunjung turut sama-sama menyertai pelbagai sukan dan permainan rakyat yang cukup meriah. Antaranya Sepok Likung, Sepak Tuju, Chopstick Challenge, Igak Itik, Tarik Tali, Tarik Upih dan bawa bola pingpong. Sorakan penyokong zon masing-masing menambah semarak, menjadikan setiap perlawanan penuh semangat dan kegembiraan.

Bahagian I: Smuta Sedondon, Khemah Berhias: Semerak Meriah Sakan!Karnival Cakna Rakyat DUN Semerak  'belarok' bersama pe...
20/09/2026

Bahagian I: Smuta Sedondon, Khemah Berhias: Semerak Meriah Sakan!
Karnival Cakna Rakyat DUN Semerak 'belarok' bersama perasmi dan tetamu kehormat, iaitu YB Dato' Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail, YB Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi Haji Salleh, dan YB Norsham Sulaiman. Turut hadir Penggawa Daerah, para Penghulu, wakil zon dan AJK MTD Semerak. Semua mengenakan smuta dan pakaian sedondon mengikut zon, sambil pertandingan khemah berhias turut memeriahkan suasana.

⏰ PENDAFTARAN CABUTAN BERTUAH TAMAT JAM 10.00 PAGI — JANGAN TERLEPAS!Karnival Cakna Rakyat Semerak 2026 berlangsung 19 S...
18/09/2026

⏰ PENDAFTARAN CABUTAN BERTUAH TAMAT JAM 10.00 PAGI — JANGAN TERLEPAS!

Karnival Cakna Rakyat Semerak 2026 berlangsung 19 September 2026, jam 7.30 pagi di Rhu Rehlah, Pantai Bisikan Bayu, Semerak. Basikal elektrik, mesin basuh, kipas, seterika dan pelbagai hadiah lain menanti pemenang bertuah — tambah lagi baucar diskaun RM100 di Restoran Bunyi Ombak!

Tapi ingat, slot pendaftaran TERHAD dan akan ditutup TEPAT jam 10.00 pagi. Lewat sesaat pun, peluang anda hilang!

Datang awal, daftar segera, rebut hadiah sebelum kehabisan!

Address

No 13 & 14 Bangunan MDPP Cherang Ruku
Cherang Ruku
16700

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

+60199762406

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PUSAT Khidmat Dun Semerak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to PUSAT Khidmat Dun Semerak:

Shortcuts

Share