PIBG Sekolah Kebangsaan Taman Midah 2 ,Kuala Lumpur

PIBG Sekolah Kebangsaan Taman Midah 2 ,Kuala Lumpur

Share

Laman Rasmi ini ditubuhkan bertujuan menyampaikan informasi dan maklumat yang dijalankan oleh PIBG SKTM2.

20/02/2025

Seorang kanak-kanak di Pulau Pinang kini kritikal selepas tercekik gula-gula gummy eyeball. Gula-gula ini mungkin nampak menarik dan menyeronokkan, tetapi ia boleh menjadi perangkap maut kerana ia adalah penyendal saluran pernafasan kanak kanak yang sempurna

Kenapa gummy eyeball sangat berbahaya?

⚠ Tekstur licin & kenyal – Mudah tergelincir terus ke dalam tekak sebelum sempat dikunyah.

⚠ Bentuk bulat & besar – Jika tidak dikunyah sempurna, ia boleh tersangkut di saluran pernafasan.

⚠ Sukar dikeluarkan jika tersedak – Berbeza dengan makanan keras yang boleh dihentak keluar, gula-gula ini melekit dan boleh menyumbat saluran udara sepenuhnya.

⚠ Risiko lebih tinggi pada kanak-kanak kecil – Mereka belum pandai mengunyah dengan betul dan lebih mudah panik jika tercekik.

Kanak-kanak bukan tahu bahaya—mereka hanya tahu makanan itu manis dan seronok dimakan.
Jika nampak gula-gula ini dijual di sekolah atau kedai berhampiran, laporkan dan suarakan kebimbangan anda.

Kita harap ada keajaiban untuk anak kecil ini. Jangan biarkan tragedi ini berulang.

12/02/2025

{13 FEBRUARI 2025 | KHAMIS}
Hari Pendaftaran Prasekolah dan Orientasi Murid Tahun 1 (Perdana & PPKI)
Sesi Akademik 2025/2026
SK Taman Midah 2, Kuala Lumpur







09/12/2024

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sudilah kiranya Tuan/Puan/Dato/Datin menyumbang seikhlas hati untuk dana PIBG sekolah. Dana ini dikumpul untuk membiayai keperluan ‘Smart TV’ 25 buah kelas aliran perdana.

Sumbangan ini boleh disalurkan melalui :

Akaun PIBG :
514132316155
MAYBANK
PIBG SK TAMAN MIDAH 2

**Rujukan : Digitalthon

atau tunai melalui kad digitalthon ibu bapa / penjaga atau guru SK Taman Midah 2.

Tarikh tutup : 12/12/2024

Kerjasama dan keprihatinan didahului dengan ucapan berbanyak terima kasih.

Photos from SK Taman Midah 2 Official's post 09/12/2024
Want your business to be the top-listed Government Service in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Website

Address


Jalan Midah 12, Taman Midah, Cheras , Kuala Lumpur, Malaysia.
Kuala Lumpur
56000