Terup Wanita PSP

Directions

Terup Wanita PSP page Rasmi Terup Wanita Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), Polis DiRaja Malaysia.

05/09/2026
πŸŒ™ SALAM MAULIDUR RASUL 1448H πŸŒ™β€ŽΨ§ΩŽΩ„Ω„ΩŽΩ‘Ω‡ΩΩ…ΩŽΩ‘ Ψ΅ΩŽΩ„ΩΩ‘ ΨΉΩŽΩ„ΩŽΩ‰ Ψ³ΩŽΩŠΩΩ‘Ψ―ΩΩ†ΩŽΨ§ Ω…ΩΨ­ΩŽΩ…ΩŽΩ‘Ψ―Ω ΩˆΩŽΨΉΩŽΩ„ΩŽΩ‰ ؒلِ Ψ³ΩŽΩŠΩΩ‘Ψ―ΩΩ†ΩŽΨ§ Ω…ΩΨ­ΩŽΩ…ΩŽΩ‘Ψ―ΩBiodata ring...
24/08/2026

πŸŒ™ SALAM MAULIDUR RASUL 1448H πŸŒ™

β€ŽΨ§ΩŽΩ„Ω„ΩŽΩ‘Ω‡ΩΩ…ΩŽΩ‘ Ψ΅ΩŽΩ„ΩΩ‘ ΨΉΩŽΩ„ΩŽΩ‰ Ψ³ΩŽΩŠΩΩ‘Ψ―ΩΩ†ΩŽΨ§ Ω…ΩΨ­ΩŽΩ…ΩŽΩ‘Ψ―Ω ΩˆΩŽΨΉΩŽΩ„ΩŽΩ‰ ؒلِ Ψ³ΩŽΩŠΩΩ‘Ψ―ΩΩ†ΩŽΨ§ Ω…ΩΨ­ΩŽΩ…ΩŽΩ‘Ψ―Ω

Biodata ringkas Rasulullah SAW

✨ Nama: Muhammad bin Abdullah
✨ Tempat lahir: Mekah
✨ Tahun kelahiran: Tahun Gajah
✨ Ibu: Aminah binti Wahab
✨ Ayah: Abdullah bin Abdul Muttalib
✨ Isteri pertama: Saidatina Khadijah binti Khuwailid RA
✨ Gelaran: Al-Amin
✨ Wafat: Madinah, pada usia 63 tahun

Baginda SAW bukan sahaja membawa risalah Islam, bahkan menjadi contoh terbaik dalam akhlak, kepimpinan, kasih sayang dan memuliakan wanita. Baginda mengangkat martabat wanita serta mengajar umat agar menghormati, melindungi dan berlaku adil kepada mereka.

Semoga Maulidur Rasul menjadi ruang untuk kita kembali menghayati sirah dan meneladani akhlak Rasulullah SAW dalam setiap amanah yang dipikul.

Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam PDRM
Pasukan Simpanan Persekutuan

01/07/2026

SELAMAT HARI ULANG TAHUN PENUBUHAN TERUP WANITA
1 JULAI 1974 – 1 JULAI 2026

Hari ini kita memperingati detik bersejarah penubuhan Terup Wanita Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), Polis Diraja Malaysia yang telah ditubuhkan pada 1 Julai 1974.

Bermula dengan kekuatan kecil namun penuh semangat, Terup Wanita FRU telah membuktikan keupayaan dan ketahanan wanita dalam menggalas tanggungjawab besar menjaga ketenteraman awam.

Sepanjang lebih 50 tahun, pasukan ini terus berkembang, memperkukuh peranan serta melakar pelbagai kejayaan dalam setiap penugasan yang diamanahkan.

Penghargaan setinggi-tingginya kepada semua perintis dan anggota Terup Wanita yang telah dan sedang berkhidmat dengan penuh dedikasi, keberanian dan integriti.

Semoga Terup Wanita FRU terus cemerlang, kekal relevan dan menjadi kebanggaan pasukan serta negara.

πŸ₯‹ KEJOHANAN KARATE PIALA KETUA POLIS NEGARA πŸ₯‹Terup Wanita PSP telah mengharumkan nama pasukan dalam Kejohanan Karate Pia...
26/06/2026

πŸ₯‹ KEJOHANAN KARATE PIALA KETUA POLIS NEGARA πŸ₯‹

Terup Wanita PSP telah mengharumkan nama pasukan dalam Kejohanan Karate Piala Ketua Polis Negara 2026 yang berlangsung pada 22 hingga 26 Jun 2026 di Stadium Gong Badak, Terengganu.

Pencapaian membanggakan:

πŸ₯ˆ Kata Individu Wanita Veteran 40 Tahun Ke Atas
➑️ Kpl Norfazilah Binti Kamal

πŸ₯‰ Kata Berpasukan Wanita
➑️ Kpl Norfazilah Binti Kamal
➑️ L/Kpl Nurul Sharmira Binti Omar
➑️ Kons Deanna Dora Linod

πŸ₯‰ Kumite Individu Wanita Bawah 55Kg
➑️ Kons Jennefer Melour A/P Anjang

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua atlet atas semangat, disiplin dan komitmen yang tinggi. Terus gegarkan gelanggang!

SELAMAT HARI GAWAI 2026_Gayu Guru Gerai Nyamai_Ikhlas daripada:TERUP WANITA PASUKAN SIMPANAN PERSEKUTUAN (FRU)Polis Dira...
01/06/2026

SELAMAT HARI GAWAI 2026
_Gayu Guru Gerai Nyamai_

Ikhlas daripada:
TERUP WANITA PASUKAN SIMPANAN PERSEKUTUAN (FRU)
Polis Diraja Malaysia

Semoga sambutan Gawai tahun ini diberkati dengan kesihatan, kemakmuran dan perpaduan. Terima kasih kepada semua anggota yang terus berkorban masa bersama keluarga demi keamanan negara.

Lantang Senang Nguan Menua! πŸ’™

✨ Salam Aidiladha 1447H / 2026M ✨Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada seluruh warga Terup Wanita Pasukan Simpana...
27/05/2026

✨ Salam Aidiladha 1447H / 2026M ✨

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada seluruh warga Terup Wanita Pasukan Simpanan Persekutuan serta umat Islam yang meraikannya.

Semoga semangat pengorbanan, keikhlasan dan ketaatan yang dihayati dalam Aidiladha menjadi inspirasi dalam memperkukuhkan perpaduan, semangat berpasukan serta dedikasi dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab.

Di kesempatan yang penuh keberkatan ini, didoakan agar segala ibadah dan pengorbanan diterima Allah SWT serta Aidiladha disambut dengan penuh kesyukuran, kebahagiaan dan kesejahteraan bersama keluarga serta insan tersayang.

Salam Aidiladha 1447H
β€œIkhlas Berkorban, Teguh Berkhidmat” πŸŒ™βœ¨








MAJLIS PERTUKARAN & PERPISAHAN ANGGOTA TERUP WANITA PASUKAN SIMPANAN PERSEKUTUANDalam suasana kemeriahan Pasca Syawal, t...
25/04/2026

MAJLIS PERTUKARAN & PERPISAHAN ANGGOTA TERUP WANITA PASUKAN SIMPANAN PERSEKUTUAN

Dalam suasana kemeriahan Pasca Syawal, telah berlangsungnya Majlis Pertukaran dan Perpisahan Anggota Terup Wanita Pasukan Simpanan Persekutuan yang diraikan dengan penuh rasa penghargaan dan ukhwah.

Seramai 8 orang anggota telah bertukar, manakala seorang lagi bakal bertukar, meninggalkan kenangan serta jasa yang tidak ternilai sepanjang berkhidmat bersama terup ini.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa, diikuti dengan acara memotong kek dan pulut kuning bagi mereka yang menyambut ulang tahun kelahiran pada bulan April dan Mei. Seterusnya, para tetamu menikmati jamuan makan dengan pelbagai juadah yang disediakan.

Acara diteruskan dengan penyampaian cenderahati sebagai tanda kenang-kenangan daripada Terup Wanita kepada semua anggota yang diraikan, sebagai simbol penghargaan atas khidmat bakti yang telah dicurahkan.

Majlis turut diserikan dengan pemberian duit raya oleh ASP Jessica Jentia anak Bakit dan Insp Roziah binti Che Mustafa menambahkan lagi keceriaan dalam kalangan anggota dan keluarga yang hadir.

Sebagai kemuncak acara, suasana malam dimeriahkan dengan aktiviti bermain bunga api kanak-kanak serta pertunjukan bunga api, mencipta momen indah yang pasti akan dikenang.

Terima kasih juga diucapkan :
PSP Unit 4 Kuala Lumpur
PSP Unit 1 Kuala Lumpur
juga kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan majlis ini.

25/03/2026
π’π„π‹π€πŒπ€π“ π‡π€π‘πˆ ππŽπ‹πˆπ’ πŠπ„ πŸπŸπŸ—Di balik seragam biru ini,tersulam seribu kisah pengorbanan…yang tidak selalu terlihat,namun se...
25/03/2026

π’π„π‹π€πŒπ€π“ π‡π€π‘πˆ ππŽπ‹πˆπ’ πŠπ„ πŸπŸπŸ—

Di balik seragam biru ini,
tersulam seribu kisah pengorbanan…
yang tidak selalu terlihat,
namun sentiasa dirasai.

Langkah kita mungkin tidak selalu dihargai,
namun sumpah setia tetap terpahat di hati β€”
demi agama, bangsa dan tanah air,
kita berdiri… tanpa gentar, tanpa lelah.

Malam yang sunyi kita isi dengan rondaan,
siang yang terang kita curahkan dengan bakti,
demi memastikan masyarakat terus lena dalam aman,
tanpa mengetahui siapa yang berjaga di baliknya.

Kerana hakikatnya,
kita tidak pernah bersendirian dalam perjuangan ini β€”
setiap kepercayaan yang diberi,
setiap sokongan yang dizahirkan,
itulah kekuatan yang mengikat kita bersama.

Kita bukan sekadar satu pasukan,
kita adalah jiwa yang disatukan oleh tanggungjawab,
oleh keberanian,
dan oleh kepercayaan masyarakat yang tidak ternilai.

Selagi nadi ini berdenyut,
selagi itu amanah ini akan kita junjung,
dan selagi itu… kita akan terus berkhidmat,
bersama rakyat, demi negara tercinta.

"π—£π—’π—Ÿπ—œπ—¦ 𝗗𝗔𝗑 𝗠𝗔𝗦𝗬𝗔π—₯π—”π—žπ—”π—§, π—•π—˜π—₯π—£π—œπ—¦π—”π—› π—§π—œπ—”π——π—”"

Ikhlas daripada :
ASP Jessica Jentia anak Bakit,
Pegawai Penjaga Terup Wanita
dan seluruh warga kerja
Terup Wanita Pasukan Simpanan Persekutuan

Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )
Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam PDRM
Pasukan Simpanan Persekutuan

Address

Jalan Balau
Cheras
43200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Terup Wanita PSP posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share