05/10/2026
MAHRAJAN NASYID PERKEP PSP - ANJURAN PERKEP PSP UNIT 6
3 Oktober 2026 - PERKEP PSP Unit 6 Terengganu telah menganjurkan Mahrajan Nasyid yang berlangsung di Kompleks Sukan Unit 6 (PSP) Terengganu. Program ini disertai oleh wakil PERKEP daripada setiap unit PSP dan menampilkan persembahan nasyid yang mengetengahkan semangat kerjasama, kreativiti serta kebersamaan dalam kalangan ahli PERKEP.
Program ini turut menjadi platform untuk mengetengahkan bakat dan kreativiti para peserta, di samping memberi peluang kepada ahli PERKEP daripada unit-unit yang terlibat untuk berinteraksi serta mengeratkan silaturahim.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada PERKEP Unit 4 atas kejayaan meraih Tempat Ketiga serta dinobatkan sebagai Persembahan Terbaik dalam Mahrajan Nasyid tersebut. Pencapaian ini pastinya hasil daripada usaha, komitmen dan kerjasama semua ahli yang terlibat.
Pada hari kedua, para peserta memulakan aktiviti dengan menikmati sarapan pagi di Nasi Dagang Atas Tol sebelum meneruskan lawatan ke kilang pembuatan keropok lekor dan keropok ikan bagi melihat proses penghasilan produk makanan tradisional Terengganu. Aktiviti kemudiannya diteruskan dengan masa santai dan membeli-belah di Pasar Payang, Terengganu.
Semoga program seperti ini dapat terus mengeratkan silaturahim, memupuk semangat kerjasama serta mengukuhkan ukhuwah dalam kalangan ahli PERKEP PSP.