25/09/2026
๐ ๐๐๐๐๐ฆ ๐ฃ๐๐ก๐จ๐ง๐จ๐ฃ๐๐ก (๐ด) ๐๐จ๐ฅ๐ฆ๐จ๐ฆ ๐ฆ๐๐ฅ๐๐ก๐ง๐๐ ๐ฆ๐๐๐๐ฅ๐ ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐จ๐๐ ๐๐๐ก ๐๐๐๐๐ ๐ง๐๐๐๐๐ก
Dewan Ketua Polis Negara, Maktab PDRM KL (Jumaat, 25 September 2026) โ Majlis Penutupan (8) Kursus Serentak Secara Bersemuka dan Dalam Talian telah dirasmikan oleh YDH SAC Ahmad Adnan bin Basri, Ketua Pusat Pengajian Ketenteraman Awam/Trafik dan Pencegahan Jenayah mewakili Komandan Maktab PDRM Kuala Lumpur.
Intipati ucapan, pelaksanaan kursus secara bersemuka dan dalam talian mencerminkan adaptasi terhadap landskap perkhidmatan dengan memberi penekanan kepada perkongsian pengetahuan, pengalaman lapangan serta penerapan pembelajaran dalam pelaksanaan tugas.
Kaedah pembelajaran secara bersemuka memberi nilai tambah melalui interaksi, pertukaran pandangan dan perkongsian pengalaman bagi meningkatkan pemahaman terhadap penugasan. Manakala kaedah pembelajaran secara dalam talian memberi fleksibiliti melalui akses ilmu dan perkongsian pengetahuan tanpa batasan lokasi serta menyokong kelangsungan pembelajaran secara lebih dinamik.
Memetik kata-kata seorang tokoh dunia, ๐๐ฆ๐ญ๐ด๐ฐ๐ฏ ๐๐ข๐ฏ๐ฅ๐ฆ๐ญ๐ข :- โ๐๐๐ช๐๐๐ฉ๐๐ค๐ฃ ๐๐จ ๐๐๐ ๐๐ค๐จ๐ฉ ๐๐ค๐ฌ๐๐ง๐๐ช๐ก ๐๐๐๐ฅ๐ค๐ฃ ๐๐๐๐๐ ๐๐ค๐ช ๐พ๐๐ฃ ๐๐จ๐ ๐๐ค ๐พ๐๐๐ฃ๐๐ ๐๐๐ ๐๐ค๐ง๐ก๐.โ Kata-kata ini memberikan motivasi bahawa pendidikan merupakan kuasa yang mampu membentuk pemikiran, memperkasa ilmu dan mencetuskan perubahan positif dalam diri seseorang seterusnya memberi manfaat kepada organisasi, masyarakat dan negara.
Pemakluman bahawa buat masa ini pihak maktab tidak dapat menampung jumlah kursus secara bersemuka yang banyak berikutan kerja-kerja pengubahsuaian dan penambahbaikan fasiliti yang sedang dijalankan. Walau bagaimanapun, pelaksanaan kursus secara dalam talian tetap diteruskan bagi memastikan peluang pembelajaran dan peningkatan ilmu serta pengetahuan dapat dilaksanakan.
Nasihat turut diberikan berkaitan disiplin agar tidak terlibat dengan salah laku jenayah dan hargai pekerjaan yang diamanahkan serta sentiasa menjaga integriti dan nama baik organisasi. Selain itu, penjagaan diri dari aspek kesihatan mental dan fizikal serta sentiasa menjaga pemakanan, menjalani pemeriksaan kesihatan secara berkala dan memastikan perlindungan insurans yang bersesuaian bagi menjamin kesihatan diri terjaga dan terpelihara.
Beliau turut memberikan galakan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi bagi meningkatkan tahap pendidikan, pengetahuan dan kemahiran. Usaha ini bukan sahaja dapat meningkatkan kelayakan tetapi menyokong perkembangan kerjaya dalam persediaan bagi memenuhi keperluan kenaikan pangkat pada masa akan datang.
Hadir sama, Wakil-wakil Ketua Pusat, Wakil Ajutan, Pegawai Penyelaras Kursus, Penolong Pegawai Penyelaras Kursus serta pegawai kanan berpangkat Insp hingga Supt dari pelbagai kontinjen dan formasi. Majlis berjalan lancar dan baik.
Jurugambar : Cawangan Bantuan Teknik