PSP Unit 4 Kuala Lumpur

Directions

PSP Unit 4 Kuala Lumpur Laman Rasmi Unit 4 Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) Kuala Lumpur. Perkongsian aktiviti dan fakta-fakta menarik berkaitan dengan Ketenteraman Awam.

06/10/2026
01/10/2026

LAWATAN KEBAJIKAN PEGAWAI RENDAH POLIS (PRP) UNIT 1 PSP KUALA LUMPUR

KUALA TERENGGANU, 1 OKTOBER 2026 โ€“ Satu lawatan kebajikan telah diadakan terhadap L/KPL 207503 Amir Fikri bin Omar, Pegawai Rendah Polis (PRP) daripada Terup 1A, Unit 1 Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) Kuala Lumpur yang sedang menerima rawatan di Wad 7C, Hospital Sultanah Nur Zahirah, Terengganu.

Lawatan tersebut telah dilaksanakan pada jam 1400 Hrs dan dihadiri oleh ASP G/16470 Irwan Hidayat bin Mintar, ASP G/171785 Shaizul Farid bin Mohamed Said, INSP G/23115 Mohamad Asrihanisham bin Daud serta P/SM 135518 Azmadi bin Aziz.

Lawatan kebajikan ini diadakan bagi mewakili YDH Pegawai Pemerintah Unit 6 PSP dengan tujuan untuk menziarahi anggota, mendapatkan perkembangan terkini berhubung keadaan kesihatan beliau serta menyampaikan sumbangan daripada Kelab Unit 6 PSP.

Dalam kesempatan tersebut, rombongan turut menyampaikan sokongan moral kepada anggota dan keluarga, selain mengambil perhatian terhadap kebajikan serta keperluan anggota sepanjang tempoh menjalani rawatan.

Pihak hospital memaklumkan bahawa anggota berkenaan telah dibenarkan keluar wad pada petang tersebut dan seterusnya akan menjalani rawatan susulan di Hospital Putrajaya.

Pihak PSP sentiasa mengambil berat aspek kebajikan dan kesejahteraan warga pasukan, selaras dengan komitmen untuk memastikan setiap anggota serta keluarga mereka sentiasa mendapat perhatian dan sokongan sewajarnya.

Semoga L/KPL 207503 Amir Fikri bin Omar diberikan kesembuhan segera, dipermudahkan segala urusan rawatan dan kembali sihat seperti sediakala.






๐‘ณ๐‘จ๐‘ป๐‘ฐ๐‘ฏ๐‘จ๐‘ต ๐‘ซ๐‘จ๐‘ณ๐‘จ๐‘ด ๐‘ท๐‘ฌ๐‘น๐‘ฒ๐‘ฏ๐‘ฐ๐‘ซ๐‘ด๐‘จ๐‘ป๐‘จ๐‘ต (๐‘ณ๐‘ซ๐‘ท) ๐‘ป๐‘ฌ๐‘น๐‘ผ๐‘ท ๐Ÿ’๐‘ฉUnit 4, Pasukan Simpanan Persekutuan Kuala Lumpur telah melaksanakan Program La...
01/10/2026

๐‘ณ๐‘จ๐‘ป๐‘ฐ๐‘ฏ๐‘จ๐‘ต ๐‘ซ๐‘จ๐‘ณ๐‘จ๐‘ด ๐‘ท๐‘ฌ๐‘น๐‘ฒ๐‘ฏ๐‘ฐ๐‘ซ๐‘ด๐‘จ๐‘ป๐‘จ๐‘ต (๐‘ณ๐‘ซ๐‘ท) ๐‘ป๐‘ฌ๐‘น๐‘ผ๐‘ท ๐Ÿ’๐‘ฉ

Unit 4, Pasukan Simpanan Persekutuan Kuala Lumpur telah melaksanakan Program Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) bermula pada 28 September 2026, melibatkan pegawai dan anggota Terup 4B.

Program tersebut telah disempurnakan oleh YDH Supt. Mohd Fakir Bin Fauzi, Pegawai Pemerintah Unit 4, Pasukan Simpanan Persekutuan Kuala Lumpur.

Pelaksanaan latihan ini merupakan salah satu usaha berterusan dalam memperkukuh tahap kesiapsiagaan dan keupayaan pegawai serta anggota melalui penguasaan aspek taktikal, disiplin dan tindakan berpasukan.

Sepanjang latihan berlangsung, pegawai dan anggota Terup 4B telah menunjukkan tahap komitmen, disiplin serta semangat kerja berpasukan yang tinggi dalam memastikan setiap latihan dapat dilaksanakan dengan teratur dan berkesan.

Latihan seperti ini penting bagi memastikan setiap warga Unit 4 PSP Kuala Lumpur sentiasa berada pada tahap kesiapsiagaan yang optimum serta berupaya melaksanakan tugas dengan pantas, tepat, berdisiplin dan profesional apabila diperlukan.

15/09/2026

TAHNIAH DAN SYABAS
diucapkan kepada

YDH DIG DATOโ€™ SRI ABDUL AZIZ BIN ABDUL MAJID

atas pelantikan sebagai
TIMBALAN KETUA POLIS NEGARA

Semoga pelantikan ini menjadi pemangkin kepada kecemerlangan kepimpinan serta terus memperkukuh integriti, profesionalisme dan kecemerlangan pasukan dalam mendepani cabaran demi keamanan dan kesejahteraan negara.

Setinggi-tinggi tahniah daripada
SAC ROSLI BIN MD YUSOF,
KOMANDER PASUKAN SIMPANAN PERSEKUTUAN
serta seluruh warga Pasukan Simpanan Persekutuan

๐‘ณ๐‘จ๐‘พ๐‘จ๐‘ป๐‘จ๐‘ต ๐‘บ๐‘จ๐‘ด๐‘ฉ๐‘ฐ๐‘ณ ๐‘ฉ๐‘ฌ๐‘ณ๐‘จ๐‘ฑ๐‘จ๐‘น ๐‘ถ๐‘ณ๐‘ฌ๐‘ฏ ๐‘ฒ๐‘ถ๐‘ณ๐‘ฌ๐‘ฑ ๐‘จ๐‘ต๐‘ป๐‘จ๐‘น๐‘จ๐‘ฉ๐‘จ๐‘ต๐‘ฎ๐‘บ๐‘จ ๐‘ต๐‘ฌ๐‘พ๐‘ป๐‘ถ๐‘ต ๐‘ฒ๐‘ฌ ๐‘ด๐‘จ๐‘น๐‘ฒ๐‘จ๐‘บ ๐‘ท๐‘บ๐‘ท ๐‘ช๐‘ฏ๐‘ฌ๐‘น๐‘จ๐‘บKolej Antarabangsa Newton telah mengadakan law...
14/09/2026

๐‘ณ๐‘จ๐‘พ๐‘จ๐‘ป๐‘จ๐‘ต ๐‘บ๐‘จ๐‘ด๐‘ฉ๐‘ฐ๐‘ณ ๐‘ฉ๐‘ฌ๐‘ณ๐‘จ๐‘ฑ๐‘จ๐‘น ๐‘ถ๐‘ณ๐‘ฌ๐‘ฏ ๐‘ฒ๐‘ถ๐‘ณ๐‘ฌ๐‘ฑ ๐‘จ๐‘ต๐‘ป๐‘จ๐‘น๐‘จ๐‘ฉ๐‘จ๐‘ต๐‘ฎ๐‘บ๐‘จ ๐‘ต๐‘ฌ๐‘พ๐‘ป๐‘ถ๐‘ต ๐‘ฒ๐‘ฌ ๐‘ด๐‘จ๐‘น๐‘ฒ๐‘จ๐‘บ ๐‘ท๐‘บ๐‘ท ๐‘ช๐‘ฏ๐‘ฌ๐‘น๐‘จ๐‘บ

Kolej Antarabangsa Newton telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Markas PSP Cheras bagi memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai tugas, peranan dan tanggungjawab pihak polis serta meningkatkan pengetahuan dan kesedaran mereka terhadap aspek keselamatan.

10/09/2026
๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ† ๐‘ฒ๐‘ฌ๐‘ฑ๐‘ถ๐‘ฏ๐‘จ๐‘ต๐‘จ๐‘ต ๐‘ด๐‘ฌ๐‘ณ๐‘จ๐‘ฒ๐‘จ ๐‘ฐ๐‘ต๐‘ป๐‘ฌ๐‘น๐‘ต๐‘จ๐‘ป๐‘ฐ๐‘ถ๐‘ต๐‘จ๐‘ณ ๐‘บ๐‘ท๐‘ถ๐‘น๐‘ป ๐‘ญ๐‘ฌ๐‘บ๐‘ป๐‘ฐ๐‘ฝ๐‘จ๐‘ณ ๐‘ป๐‘น๐‘ฐ๐‘จ๐‘ป๐‘ฏ๐‘ณ๐‘ถ๐‘ต ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐Ÿ†๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พTAHNIAH DAN SYABAS ATLET UNIT 4 PSP KUALA LUMPUR! ๐Ÿ‘๐Ÿ”ฅ...
10/09/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ† ๐‘ฒ๐‘ฌ๐‘ฑ๐‘ถ๐‘ฏ๐‘จ๐‘ต๐‘จ๐‘ต ๐‘ด๐‘ฌ๐‘ณ๐‘จ๐‘ฒ๐‘จ ๐‘ฐ๐‘ต๐‘ป๐‘ฌ๐‘น๐‘ต๐‘จ๐‘ป๐‘ฐ๐‘ถ๐‘ต๐‘จ๐‘ณ ๐‘บ๐‘ท๐‘ถ๐‘น๐‘ป ๐‘ญ๐‘ฌ๐‘บ๐‘ป๐‘ฐ๐‘ฝ๐‘จ๐‘ณ ๐‘ป๐‘น๐‘ฐ๐‘จ๐‘ป๐‘ฏ๐‘ณ๐‘ถ๐‘ต ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐Ÿ†๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

TAHNIAH DAN SYABAS ATLET UNIT 4 PSP KUALA LUMPUR! ๐Ÿ‘๐Ÿ”ฅ

Pasukan Sukan Air PDRM (Triathlon) telah menyertai Kejohanan Melaka International Sport Festival Triathlon 2026 yang telah berlangsung pada 29 hingga 30 Ogos 2026, bertempat di Encore, Melaka.

Dalam kejohanan tersebut, Pasukan Sukan Air PDRM telah menghantar seramai 17 orang atlet, terdiri daripada 4 Pegawai Kanan dan 13 Anggota Pangkat Rendah (APR) bagi menyertai beberapa kategori pertandingan yang dipertandingkan.

Lebih membanggakan, dua orang atlet daripada Unit 4 Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) Kuala Lumpur telah berjaya mengharumkan nama PDRM melalui pencapaian cemerlang dalam kategori masing-masing.

๐Ÿฅ‡ TEMPAT PERTAMA โ€“ TRIATHLON SPRINT
Kategori Lelaki 30โ€“39 Tahun
โ€ข L/Kpl Muhammad Afzal Farhan bin Moh Nor (PSP)

๐Ÿฅ‡ TEMPAT PERTAMA โ€“ AQUATHLON SPRINT
Kategori Lelaki 30โ€“39 Tahun
โ€ข L/Kpl Wan Atiqur Rahman bin Wan Mohd Kaswadinata (PSP)

Secara keseluruhannya, penyertaan Pasukan Sukan Air PDRM (Triathlon) dalam kejohanan ini telah membuahkan hasil yang amat membanggakan apabila berjaya membawa pulang sebanyak 4 pingat emas, 4 pingat perak dan 4 pingat gangsa, selain mencatatkan beberapa kedudukan terbaik dalam kategori yang disertai.

Kejohanan ini turut disertai oleh atlet dari dalam dan luar negara, antaranya Jepun, Singapura, Indonesia, Thailand, Kanada, Perancis dan India, selain penyertaan daripada Pasukan Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), KYSM serta pelbagai pasukan dan kelab triathlon.

Pencapaian yang diraih ini membuktikan bahawa atlet Sukan Air PDRM mempunyai keupayaan untuk bersaing di peringkat yang lebih tinggi, di samping memperlihatkan ketahanan fizikal, disiplin, semangat juang, daya saing serta profesionalisme yang tinggi dalam menghadapi setiap cabaran pertandingan.

Kejayaan ini juga secara tidak langsung mengangkat nama PDRM dan Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) dalam arena sukan triathlon serta menjadi inspirasi kepada warga pasukan untuk terus membudayakan gaya hidup sihat dan kecemerlangan dalam bidang sukan.

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh atlet Pasukan Sukan Air PDRM (Triathlon), khususnya L/Kpl Muhammad Afzal Farhan bin Moh Nor dan L/Kpl Wan Atiqur Rahman bin Wan Mohd Kaswadinata atas kejayaan meraih pingat emas dalam kategori masing-masing.

Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus melakar lebih banyak kecemerlangan dan mengharumkan nama PDRM di persada sukan negara dan antarabangsa.

๐Ÿ’ช๐ŸŠโ€โ™‚๏ธ๐Ÿšดโ€โ™‚๏ธ๐Ÿƒโ€โ™‚๏ธ TERUSKAN KECEMERLANGAN!

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ† โ€œSukan Untuk Kecemerlangan PDRMโ€ ๐Ÿ†๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Syabas dan tahniah kepada semua atlet! ๐Ÿ‘๐Ÿ”ฅ







Address

Cheras
43200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PSP Unit 4 Kuala Lumpur posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share