17/09/2026
๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐: ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐
Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) ingin mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati dengan sebarang iklan jawatan kosong yang menggunakan nama atau logo MPK bagi tujuan penipuan.
Orang ramai dinasihatkan agar tidak mudah terpedaya dengan mana-mana pihak yang meminta bayaran, maklumat peribadi atau dokumen penting atas alasan urusan permohonan jawatan.
Sebarang hebahan berkaitan kekosongan jawatan di MPK hendaklah dirujuk melalui saluran rasmi Majlis Perbandaran Kemaman bagi memastikan kesahihan maklumat. Portal rasmi MPK turut menyediakan pautan ke Sistem e-Kerjaya.