Bahagian Perkhidmatan Mekanikal & Elektrikal JPS Malaysia

Bahagian Perkhidmatan Mekanikal & Elektrikal JPS Malaysia

Share

Facebook Rasmi Bahagian Perkhidmatan Mekanikal dan Elektrikal (BPME), JPS Malaysia

Photos from Bahagian Perkhidmatan Mekanikal & Elektrikal JPS Malaysia's post 14/05/2026

๐—›๐—ฌ๐——๐—ฅ๐—ข๐— ๐—˜๐—–๐—›๐—”๐—ก๐—œ๐—–๐—”๐—Ÿ ๐—ง๐—˜๐—ฆ๐—ง๐—œ๐—ก๐—š ๐—Ÿ๐—”๐—•๐—ข๐—ฅ๐—”๐—ง๐—ข๐—ฅ๐—ฌ (๐—›๐—ง๐—Ÿ๐—”๐—•): ๐— ๐—˜๐—ก๐—”๐—ช๐—”๐—ฅ๐—ž๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—›๐—œ๐——๐— ๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—จ๐—๐—œ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—”๐—  ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—”๐—ฅ๐—”๐—™ ๐—”๐—ก๐—ง๐—”๐—ฅ๐—”๐—•๐—”๐—ก๐—š๐—ฆ๐—”

Bahagian Perkhidmatan Mekanikal dan Elektrikal (BPME), JPS Malaysia mempunyai sebuah Pusat Pengujian Pam yang telah beroperasi melebihi 20 tahun dan kini dikenali sebagai Hydromechanical Testing Laboratory (HTLab).

Pusat ujian ini telah diiktiraf dengan pensijilan MS ISO/IEC 17025:2017 oleh Jabatan Standard Malaysia sejak tahun 2022 sebagai jaminan kepada kualiti dan ketepatan pengujian yang dijalankan.

Bertempat di BPME Ipoh, HTLab menawarkan perkhidmatan pengujian pam yang mematuhi standard antarabangsa BS EN ISO 9906 iaitu ujian prestasi hidraulik untuk mengesahkan keupayaan pam mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

Perkhidmatan pengujian pam yang ditawarkan oleh HTLab tidak terhad kepada JPS sahaja tetapi turut menawarkan perkhidmatan pengujian pam kepada agensi Kerajaan serta sektor swasta yang lain.

Seiring dengan perkembangan teknologi semasa, BPME komited untuk terus meningkatkan tahap kepakaran teknikal serta menyediakan perkhidmatan pengujian yang berkualiti tinggi dan diiktiraf di peringkat nasional dan antarabangsa.

Hubungi kami untuk maklumat lanjut:
Hydromechanical Testing Laboratory (HTLab)
05-3215263 / 05-3215309

Photos from Bahagian Perkhidmatan Mekanikal & Elektrikal JPS Malaysia's post 12/05/2026

๐๐„๐๐†๐‡๐€๐‘๐†๐€๐€๐ ๐ƒ๐€๐ ๐“๐„๐‘๐ˆ๐Œ๐€ ๐Š๐€๐’๐ˆ๐‡ ๐Š๐„๐๐€๐ƒ๐€ ๐’๐„๐Š๐‘๐„๐“๐€๐‘๐ˆ๐€๐“ ๐’๐„๐‘๐“๐€ ๐€๐‡๐‹๐ˆ ๐‰๐€๐–๐€๐“๐€๐๐Š๐”๐€๐’๐€ (๐€๐‰๐Š) ๐Š๐„๐‚๐ˆ๐‹ ๐Œ๐„๐–๐’

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada seluruh Sekretariat serta Ahli Jawatankuasa (AJK) yang telah memberikan komitmen, kerjasama dan dedikasi yang amat baik sepanjang pelaksanaan Mechanical and Electrical Water Symposium (MEWS) pada 28 April 2026 bertempat di The Everly Putrajaya.

Segala usaha, pengorbanan masa, tenaga serta kerjasama yang diberikan dalam memastikan setiap urusan perancangan, persiapan dan pelaksanaan program berjalan dengan lancar amatlah dihargai. Kejayaan penganjuran program ini mencerminkan semangat kerja berpasukan, profesionalisme dan komitmen tinggi daripada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak langsung.

Semoga segala jasa dan sumbangan yang dicurahkan menjadi pengalaman yang bermakna serta terus menyemarakkan semangat kerjasama dalam menjayakan program-program pada masa akan datang. Tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Mechanical and Electrical Water Symposium (MEWS) 2026.





08/05/2026

Pemasangan Pam Kecemasan Mudah Alih Negeri Pulau Pinang :

Pemasangan pam kecemasan mudah alih telah dipasang di SRP Parit 5 Juru, Seberang Perai Tengah untuk membantu pemindahan air sepanjang tempoh kerja pembaikan screw pump sedia ada dilaksanakan.

kemaskini : 8 Mei 2026

โฃ
โฃ

03/05/2026

๐’๐€๐‹๐€๐Œ ๐“๐€๐Š๐™๐ˆ๐€๐‡

Dengan penuh rasa dukacita, kami warga Bahagian Perkhidmatan Mekanikal dan Elektrikal (BPME), Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Mohd Fairuzsham bin Mohd Yusuf, Penolong Jurutera (Mekanikal) JA6, Bahagian Projek Khas, atas pemergian beliau pada 3 Mei 2026.

Sesungguhnya pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar buat kami semua. Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa-dosanya, melimpahkan rahmat ke atas rohnya, melapangkan kuburnya serta menempatkan beliau dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Kami juga mendoakan agar seluruh ahli keluarga diberikan ketabahan, kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi ujian ini.

๐€๐‹-๐…๐€๐“๐ˆ๐‡๐€๐‡

Photos from Bahagian Perkhidmatan Mekanikal & Elektrikal JPS Malaysia's post 01/05/2026

๐๐€๐Œ๐„๐‘๐€๐ ๐“๐„๐Š๐๐Ž๐‹๐Ž๐†๐ˆ ๐€๐ˆ๐‘ ๐Œ๐„๐๐‰๐€๐ƒ๐ˆ ๐๐‹๐€๐“๐…๐Ž๐‘๐Œ ๐Š๐Ž๐‹๐€๐๐Ž๐‘๐€๐’๐ˆ ๐ˆ๐๐ƒ๐”๐’๐“๐‘๐ˆ ๐ƒ๐ˆ ๐Œ๐„๐–๐’ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”โฃ
โฃ
PUTRAJAYA, 28 April 2026 โ€“ Pameran sempena Mechanical & Electrical Water Symposium (MEWS) 2026 telah mencatat penyertaan memberangsangkan yang melibatkan 27 syarikat dan agensi industri sektor air, sekali gus mengukuhkan peranan MEWS sebagai platform strategik kolaborasi antara pihak Kerajaan dan industri.โฃ
โฃ
Melalui penyertaan booth pameran, pempamer berpeluang memperkenalkan teknologi, solusi dan inovasi terkini dalam bidang mekanikal, elektrikal serta pengurusan air, di samping memupuk perkongsian kepakaran, pertukaran idea dan pembinaan jaringan strategik bersama pemegang taruh sektor air.โฃ
โฃ
Penyertaan aktif pempamer ini mencerminkan komitmen industri dalam menyokong agenda digital, inovasi dan kelestarian sektor air negara, sekali gus menjadikan MEWS 2026 sebagai pemangkin kepada pembangunan ekosistem industri air yang progresif dan berdaya saing.โฃ
โฃ
โฃ
โฃ
โฃ
โฃ
โฃ

Photos from Bahagian Perkhidmatan Mekanikal & Elektrikal JPS Malaysia's post 01/05/2026

๐— ๐—˜๐—ช๐—ฆ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐—›๐—œ๐— ๐—ฃ๐—จ๐—ก๐—ž๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ฃ๐—œ๐— ๐—ฃ๐—œ๐—ก๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—”๐—ž๐—”๐—ฅ ๐—ง๐—˜๐—ž๐—ก๐—œ๐—ž๐—”๐—Ÿ ๐—ฆ๐—˜๐—ž๐—ง๐—ข๐—ฅ ๐—”๐—œ๐—ฅ

PUTRAJAYA, 28 April 2026 โ€“ Mechanical & Electrical Water Symposium (MEWS) 2026 telah berjaya dianjurkan sebagai platform perkongsian ilmu, dasar dan teknologi dengan menghimpunkan kepimpinan tertinggi sektor air serta pakar teknikal daripada agensi kerajaan dan industri. Simposium ini menampilkan 2 ucaptama strategik dan 12 kertas pembentangan teknikal yang memberi tumpuan kepada pemerkasaan infrastruktur mekanikal dan elektrikal, inovasi teknologi pintar serta kelestarian pengurusan air negara.

Dua ucaptama strategik yang disampaikan iaitu:

๐—ฃ๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐—ป๐˜๐—ฎ๐—ฝ๐—ฎ๐—ป ๐—œ๐—ป๐—ณ๐—ฟ๐—ฎ๐˜€๐˜๐—ฟ๐˜‚๐—ธ๐˜๐˜‚๐—ฟ ๐—›๐—ถ๐—ฑ๐—ฟ๐—ผ๐—บ๐—ฒ๐—ธ๐—ฎ๐—ป๐—ถ๐—ธ๐—ฎ๐—น ๐—ž๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—ป ๐—•๐—ฎ๐—ป๐—ท๐—ถ๐—ฟ ๐— ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—น๐˜‚๐—ถ ๐—˜๐—ธ๐—ผ๐˜€๐—ถ๐˜€๐˜๐—ฒ๐—บ ๐—ฆ๐—ฎ๐—น๐—ถ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ถ๐—ป๐˜๐—ฎ๐—ฟ ๐—•๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ๐—ป๐˜€๐—ฝ๐—ถ๐—ฟ๐—ฎ๐˜€๐—ถ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—”๐—น๐—ฎ๐—บ
YBhg. Dato' Mohd Norhisham bin Musa, Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan), Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA)

๐— ๐—ฒ๐—บ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐—ธ๐—ฎ๐˜€๐—ฎ ๐—œ๐—ป๐—ณ๐—ฟ๐—ฎ๐˜€๐˜๐—ฟ๐˜‚๐—ธ๐˜๐˜‚๐—ฟ ๐—ž๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—ป ๐—•๐—ฎ๐—ป๐—ท๐—ถ๐—ฟ: ๐—ž๐—ผ๐—บ๐—ถ๐˜๐—บ๐—ฒ๐—ป ๐—๐—ฃ๐—ฆ ๐——๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—บ ๐— ๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐˜€๐˜๐—ถ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐—ฒ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐—ธ๐—ฒ๐˜€๐—ฎ๐—ป๐—ฎ๐—ป ๐—”๐—ฑ๐—ฎ๐—ฝ๐˜๐—ฎ๐˜€๐—ถ ๐—ง๐—ฒ๐—ธ๐—ป๐—ผ๐—น๐—ผ๐—ด๐—ถ ๐—ฃ๐—ถ๐—ป๐˜๐—ฎ๐—ฟ
YBhg. Datuk Ir. Mohamad Radzi bin Abdul Talib, Ketua Pengarah, Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia

Simposium ini turut menampilkan 12 kertas pembentangan teknikal merangkumi tiga tema utama, iaitu daya tahan air & pengepaman pintar, penyelesaian air lestari dan kecerdasan air digital. Kesemua pembentangan ini mencerminkan kepelbagaian pendekatan inovatif dalam memperkukuh infrastruktur mekanikal dan elektrikal, meningkatkan kecekapan operasi serta menyokong agenda digital dan kelestarian sektor air negara.

Program ini diakhiri dengan ucapan penutup oleh Ir. Ts. Hajah Hapida binti Haji Ghazali, Pengarah Bahagian Perkhidmatan Mekanikal dan Elektrikal (BPME), JPS Malaysia, yang merumuskan pencapaian simposium serta menegaskan kepentingan kolaborasi dan inovasi berterusan dalam sektor air negara.

MEWS 2026 diharapkan terus menjadi pemangkin kepada kolaborasi strategik antara agensi kerajaan, industri dan pakar teknikal dalam memacu transformasi pengurusan air Malaysia.





29/04/2026
Photos from Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air's post 29/04/2026
Want your business to be the top-listed Government Service in Cyberjaya?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


Bahagian Perkhidmatan Mekanikal Dan Elektrikal, Wisma JPS, Blok B, Persiaran Rimba Permai
Cyberjaya
63000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00