Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan - NOSS

Call Directions Website Contact the organization

Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan - NOSS Bahagian NOSS bertanggungjawab bagi penyeliaan dan pembangunan OF, NOSS, BPdP dan SOALAN bagi pelaksanaan Latihan Kemahiran di Malaysia.

25/10/2026

𝗥𝗨𝗠𝗨𝗦𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗞𝗨𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗦𝗬𝗨𝗔𝗥𝗔𝗧 𝗝𝗔𝗪𝗔𝗧𝗔𝗡𝗞𝗨𝗔𝗦𝗔 𝗧𝗘𝗞𝗡𝗜𝗞𝗔𝗟 𝗦𝗧𝗔𝗡𝗗𝗔𝗥𝗗 (𝗝𝗧𝗦) 𝗕𝗔𝗚𝗜 𝗦𝗧𝗔𝗡𝗗𝗔𝗥𝗗 𝗞𝗘𝗠𝗔𝗛𝗜𝗥𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗞𝗘𝗥𝗝𝗔𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗕𝗔𝗡𝗚𝗦𝗔𝗔𝗡 (𝗡𝗢𝗦𝗦) 𝗗𝗔𝗡 𝗦𝗧𝗔𝗡𝗗𝗔𝗥𝗗 𝗞𝗢𝗠𝗣𝗘𝗧𝗘𝗡𝗦𝗜 𝗞𝗘𝗕𝗔𝗡𝗚𝗦𝗔𝗔𝗡 (𝗡𝗖𝗦) 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗧𝗘𝗟𝗔𝗛 𝗗𝗜𝗕𝗔𝗡𝗚𝗨𝗡𝗞𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟲

📌𝗞𝗮𝘁𝗲𝗴𝗼𝗿𝗶: 𝗦𝘁𝗮𝗻𝗱𝗮𝗿𝗱 𝗞𝗼𝗻𝘃𝗲𝗻𝘀𝗶𝗼𝗻𝗮𝗹 (35 dokumen)

📚𝗡𝗢𝗦𝗦 𝗕𝗮𝗵𝗮𝗿𝘂 (8 dokumen)

1. N743-###-3:2026 Malaysian Sign Language (BIM/MSL) Instruction Tahap 3 Baharu

2. R871-###-3:2026 Palliative Caregiving Support Services Tahap 3 Baharu

3. N750-###-2:2026 Veterinary Support Services (Companion Animal) Tahap 2 Baharu

4. N750-###-3:2026 Veterinary Support Services (Companion Animal) Tahap 3 Baharu

5. N750-###-4:2026 Companion Animal Veterinary Nursing Supervision Tahap 4 Baharu

6. N750-###-5:2026 Companion Animal Veterinary Nursing Management Tahap 5 Baharu

7. N743-###-3:2026 Malaysian Sign Language (BIM/MSL) Instruction Tahap 3 Baharu

8. O801-###-5:2026 Pengurusan Risikan Jenayah dan Keselamatan Negara Tahap 5

📚𝗡𝗖𝗦 𝗕𝗮𝗵𝗮𝗿𝘂 (1 dokumen)

9. NCS-0XX:2026 Environmental, Social, and Governance (ESG) Framework

📚𝗡𝗢𝗦𝗦 𝗞𝗮𝗷𝗶 𝗦𝗲𝗺𝘂𝗹𝗮 (26 dokumen)

10. K622-###-3:2026 IT Support Administration Tahap 3

11. K622-###-4:2026 IT System Administration Tahap 4

12. N712-###-2:2026 Welding Inspection Tahap 2

13. N712-###-3:2026 Welding Inspection Coordination Tahap 3

14. C259-###-4:2026 Welding Technology Management Tahap 4

15. C259-###-5:2026 Welding Quality Management Tahap 5

16. R873-###-3:2026 Senior Citizen Care Services Tahap 3

17. R873-###-4:2026 Senior Citizen Care Coordination Tahap 4

18. R873-###-5:2026 Senior Citizen Care Management Tahap 5

19. S951-###-3:2026 Cellular Phone Repair Tahap 3

20. J591-###-4:2026 Digital Motion And Video Content Concept Design Tahap 4

21. J591-###-5:2026 Digital Motion And Video Content Concept Management Tahap 5

22. C261-###-4-2026 Semiconductor Wafer Fabrication Technical Operation Tahap 4

23. C261-###-5-2026 Semiconductor Wafer Fabrication Technical Engineering Assistance Tahap 5

24. N721-###-4:2026 Sub-Block Integrated Circuit (IC) Layout Design Implementation Tahap 4

25. N721-###-5:2026 Sub-Block Integrated Circuit (IC) Layout Design Development Tahap 5

26. N692-###-3:2026 Internal Audit and Compliance Support Services Tahap 3

27 C331-###-3:2026 Aircraft Operation Maintenance Tahap 3

28. C331-###-4:2026 Aircraft Operation and Systems Maintenance Tahap 4

29. C331-###-5:2026 Aircraft Operation and Systems Maintenance Management Tahap 5

30. F432-###-2:2026 Solar Photovoltaic (PV) System Installation & Maintenance Tahap 2

31. F432-###-3:2026 Solar Photovoltaic (PV) System Operation & Maintenance Tahap 3

32. O801-###-3:2026 Risikan Jenayah dan Keselamatan Negara Tahap 3

33. O801-###-4:2026 Penyeliaan Risikan Jenayah dan Keselamatan Negara Tahap 4

34. A031-###-4:2026 Fishing Vessel Management Tahap 4

35. A031-###-5:2026 Fishing Fleet Management Tahap 5

📌 𝗞𝗮𝘁𝗲𝗴𝗼𝗿𝗶: 𝗦𝘁𝗮𝗻𝗱𝗮𝗿𝗱 𝗦𝗶𝗻𝗲𝗿𝗴𝗶 (3 dokumen)

1. I559-###S-3:2026 Tenant Management Operations Tahap 3

2. I559-###S-4:2026 Tenant Management Operations Control Tahap 4

3. I559-###S-5:2026 Tenant Operations Management Tahap 5

📌 𝗞𝗮𝘁𝗲𝗴𝗼𝗿𝗶: 𝗦𝘁𝗮𝗻𝗱𝗮𝗿𝗱 𝗔𝗱𝗮𝗽𝘁𝗮𝘀𝗶 𝗜𝗻𝗱𝘂𝘀𝘁𝗿𝗶 (10 dokumen)

1. H511-###A-4:2026 Commercial Aircraft Piloting (Aeroplane) Tahap 4 CAAM / MAG

2. H511-###A-5:2026 Airline Transport Flight Operation (Aeroplace) Tahap 5 CAAM / MAG

3. NCS-###A:2026 Artificial Intelligence Cyber Security (AICS) NCS CSM / NACSA

4. NCS-###A:2026 Artificial Intelligence Governance and Ethics (AIGE) NCS CSM / NACSA

5. NCS-###A:2026 Data Protection Operation (DPO) NCS CSM / NACSA

6. K622-###A-4:2026 Data Forensics Analysis (DFA) Tahap 4 CSM / NACSA

7. K622-###A-5:2026 Data Forensics Advanced Analysis (DFAA) Tahap 5 CSM / NACSA

8. NCS-029A:2026 Work Ethics And Values For Construction Skill Workers NCS CIDB

9. NCS-030A:2026 Construction Entrepreneur 1 NCS CIDB

10. NCS-031A:2026 Construction Entrepreneur 2 NCS CIDB

Mesyuarat Mengesyorkan pelaksanaan persijilan menggunakan Standard Adaptasi Industri melalui kaedah Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) bagi peringkat awal sebelum diperluaskan dengan kaedah-kaedah lain. Justeru, agensi-agensi rakan strategik dipersilakan mendaftar sebagai Pusat Penilaian Amali - Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPA-PPT).

📘 𝐎𝐅 𝐛𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐤𝐚𝐝𝐚𝐫 𝐬𝐞𝐧𝐚𝐫𝐚𝐢 𝐩𝐞𝐤𝐞𝐫𝐣𝐚𝐚𝐧!Tahukah anda, melalui kajian 𝗞𝗲𝗿𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮 𝗣𝗲𝗸𝗲𝗿𝗷𝗮𝗮𝗻 (𝙊𝙘𝙘𝙪𝙥𝙖𝙩𝙞𝙤𝙣𝙖𝙡 𝙁𝙧𝙖𝙢𝙚𝙬𝙤𝙧𝙠, 𝙊𝙁), kita ...
22/10/2026

📘 𝐎𝐅 𝐛𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐤𝐚𝐝𝐚𝐫 𝐬𝐞𝐧𝐚𝐫𝐚𝐢 𝐩𝐞𝐤𝐞𝐫𝐣𝐚𝐚𝐧!
Tahukah anda, melalui kajian 𝗞𝗲𝗿𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮 𝗣𝗲𝗸𝗲𝗿𝗷𝗮𝗮𝗻 (𝙊𝙘𝙘𝙪𝙥𝙖𝙩𝙞𝙤𝙣𝙖𝙡 𝙁𝙧𝙖𝙢𝙚𝙬𝙤𝙧𝙠, 𝙊𝙁), kita boleh melihat dengan lebih jelas bagaimana sesuatu sektor pekerjaan disusun dan apakah keperluan sebenar industri.

Antara 𝟓 𝐨𝐮𝐭𝐩𝐮𝐭 𝐮𝐭𝐚𝐦𝐚 𝐤𝐚𝐣𝐢𝐚𝐧 𝐎𝐅 ialah:

🔹 𝐒𝐭𝐫𝐮𝐤𝐭𝐮𝐫 𝐏𝐞𝐤𝐞𝐫𝐣𝐚𝐚𝐧 (𝐎𝐒) – bagaimana bidang dan tajuk pekerjaan disusun mengikut tahap kompetensi.
🔹 𝐓𝐚𝐧𝐠𝐠𝐮𝐧𝐠𝐣𝐚𝐰𝐚𝐛 𝐏𝐞𝐤𝐞𝐫𝐣𝐚𝐚𝐧 (𝐎𝐑) – apakah aktiviti kerja utama bagi sesuatu pekerjaan.
🔹 𝐃𝐞𝐬𝐤𝐫𝐢𝐩𝐬𝐢 𝐏𝐞𝐤𝐞𝐫𝐣𝐚𝐚𝐧 (𝐎𝐃) – gambaran lebih terperinci mengenai tugas, pengetahuan, kemahiran, sikap dan tahap autonomi.
🔹 𝐊𝐨𝐦𝐩𝐞𝐭𝐞𝐧𝐬𝐢 𝐏𝐞𝐫𝐦𝐢𝐧𝐭𝐚𝐚𝐧 𝐓𝐢𝐧𝐠𝐠𝐢 (𝐂𝐢𝐃) – kompetensi yang semakin diperlukan oleh industri.
🔹 𝐏𝐞𝐫𝐣𝐚𝐰𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐊𝐫𝐢𝐭𝐢𝐤𝐚𝐥 (𝐂𝐉) – pekerjaan yang sukar diisi, sangat diperlukan atau memberi impak besar kepada operasi industri.

Ringkasnya, OF membantu kita 𝗺𝗲𝗺𝗮𝗵𝗮𝗺𝗶 𝗹𝗮𝗻𝗱𝘀𝗸𝗮𝗽 𝗽𝗲𝗸𝗲𝗿𝗷𝗮𝗮𝗻 𝗵𝗮𝗿𝗶 𝗶𝗻𝗶 𝗱𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗿𝗮𝗻𝗰𝗮𝗻𝗴 𝗸𝗲𝗽𝗲𝗿𝗹𝘂𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗺𝗮𝗵𝗶𝗿𝗮𝗻 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗺𝗮𝘀𝗮 𝗵𝗮𝗱𝗮𝗽𝗮𝗻.
🔍📈

Jom kenali OF dengan lebih dekat melalui infografik ini!

MESYUARAT KERJA PEMBANGUNAN STANDARD ADAPTASI INDUSTRI BAGI BIDANG KESELAMATAN SIBER, PEMBINAAN DAN PENERBANGAN📍 Dorsett...
21/10/2026

MESYUARAT KERJA PEMBANGUNAN STANDARD ADAPTASI INDUSTRI BAGI BIDANG KESELAMATAN SIBER, PEMBINAAN DAN PENERBANGAN

📍 Dorsett Putrajaya | 20–21 Oktober 2026

Mesyuarat Kerja Pembangunan Standard Adaptasi Industri bagi Bidang Keselamatan Siber, Pembinaan dan Penerbangan telah berlangsung dengan penglibatan wakil-wakil agensi kerajaan, badan berkanun dan industri yang mempunyai kepakaran serta pengalaman dalam bidang masing-masing.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua wakil agensi yang terlibat khususnya Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA), Jabatan Perdana Menteri, CyberSecurity Malaysia (CSM), Civil Aviation Authority of Malaysia (CAAM), Malaysia Aviation Group (MAG) serta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) atas sumbangan kepakaran, perkongsian pandangan dan kerjasama yang diberikan sepanjang pelaksanaan mesyuarat ini.

Penglibatan pelbagai pihak berkepentingan ini mencerminkan kepentingan sinergi antara kerajaan, badan kawal selia, pakar teknikal dan pemain industri dalam memastikan pembangunan standard kemahiran mengambil kira keperluan sebenar pekerjaan, perkembangan teknologi serta perubahan landskap industri.

Turut mencerminkan komitmen dan sokongan pengurusan tertinggi Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) ialah penglibatan YBrs. Ir. Ts. Dr. Azmi bin Ahmad, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan), JPK serta Puan Siti Hasmah binti Mustapha, Pengarah Bahagian Pembangunan Standard Pekerjaan dan Kurikulum (BSPKTVET), JPK dalam menjayakan inisiatif pembangunan Standard Adaptasi Industri ini.

JPK komited untuk terus memperkukuh kerjasama strategik bersama pihak industri dan semua pemegang taruh bagi membangunkan standard kemahiran yang relevan, tersusun dan selari dengan realiti pekerjaan. Usaha ini diharap dapat menyokong pembangunan tenaga kerja yang kompeten, berkemahiran tinggi dan berdaya saing sekali gus memenuhi keperluan industri serta menyumbang kepada kemajuan negara.

Bersama memperkasa standard, memperkukuh kompetensi dan membina masa depan kemahiran negara.






📣 𝐎𝐅 𝐧𝐢 𝐬𝐞𝐛𝐞𝐧𝐚𝐫𝐧𝐲𝐚 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐚𝐩𝐚?Ramai mungkin pernah dengar tentang Kerangka Pekerjaan (𝘖𝘤𝘤𝘶𝘱𝘢𝘵𝘪𝘰𝘯𝘢𝘭 𝘍𝘳𝘢𝘮𝘦𝘸𝘰𝘳𝘬, 𝘖𝘍), tapi m...
20/10/2026

📣 𝐎𝐅 𝐧𝐢 𝐬𝐞𝐛𝐞𝐧𝐚𝐫𝐧𝐲𝐚 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐚𝐩𝐚?

Ramai mungkin pernah dengar tentang Kerangka Pekerjaan (𝘖𝘤𝘤𝘶𝘱𝘢𝘵𝘪𝘰𝘯𝘢𝘭 𝘍𝘳𝘢𝘮𝘦𝘸𝘰𝘳𝘬, 𝘖𝘍), tapi masih tertanya-tanya apa fungsi sebenar OF dan bagaimana ia digunakan.

OF bukan sekadar senarai nama pekerjaan. Ia membantu memberi gambaran tentang struktur pekerjaan, fungsi kerja, laluan kerjaya dan keperluan kompetensi dalam sesuatu sektor.

Daripada OF, kita juga boleh mengenal pasti Critical Jobs (CJ), melihat trend pekerjaan dan seterusnya menyokong pembangunan NOSS, latihan serta pembangunan bakat yang lebih tepat dengan keperluan industri.

Jadi… mitos atau fakta? 👀
Jom kenali OF dengan lebih mudah melalui poster ini.

Faham OF, lebih jelas hala tuju pembangunan kemahiran negara.






MESYUARAT JAWATANKUASA TEKNIKAL STANDARD BIL. 3/2026 (HARI TERAKHIR)SEPANG, 16 OKTOBER – Sejumlah tiga draf akhir Standa...
16/10/2026

MESYUARAT JAWATANKUASA TEKNIKAL STANDARD BIL. 3/2026 (HARI TERAKHIR)

SEPANG, 16 OKTOBER – Sejumlah tiga draf akhir Standard merangkumi sepuluh (10) Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) Sinergi dan tiga (3) pelaporan Pembangunan Standard Adaptasi Industri dipertimbangkan untuk perakuan pada hari terakhir Mesyuarat JTS Bil. 3/2026 hari ini.

Draf akhir NOSS Sinergi yang dibentangkan adalah seperti berikut:

Tenant Management Operations Tahap 3
Tenant Management Operations Control Tahap 4
Tenant Operations Management Tahap 5

Pelaporan Pembangunan Standard Adaptasi Industri Adalah seperti berikut:

Pembangunan Standard Adaptasi Industri bidang Pembinaan dengan kerjasama Lembaga Kemajuan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB);
Pembangunan Standard Adaptasi Industri bidang Operasi Penerbangan dengan Kerjasama Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM); dan
Pembangunan Standard Adaptasi Industri bidang Keselamatan Siber dengan Kerjasama CyberSecurity Malaysia (CSM).

Mesyuarat dipengerusikan oleh En Azli bin Norali (Council Member - Federation of Malaysia Manufacturing FMM) yang juga merupakan ahli Majlis Pembangunan Kemahiran Kebangsaan (MPKK).

Ahli Mesyuarat yang hadir ialah:

Ts. Dr. Hamidi bin Saidin - Jabatan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (JKKP) (Stakeholder : Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan)
Dr. Wan Md Syukri bin Wan Mohamad Ali - Crystal Centrix Sdn. Bhd. (Stakeholder : Kemajuan Teknologi Industri)
Tn. Hj. Ismail bin Abdullah – Internasional Green Trends Cockpit (IGTC) Sdn. Bhd. (Stakeholder: Pembangunan Mampan);
Ts. Yusnita Azira binti Abdul Rahim - Bahagian Kemahiran dan Teknikal, Majlis Amanah Rakyat (MARA)( Stakeholder : Latihan Kemahiran);
Kol (B) Ir. Ts. Yeo Cheng Kwan – CPD Holistics Sdn Bhd (Stakeholder : Pengurusan dan Strategik);
Pn. Nor Sakinah binti Ishak – Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) (Pemerhati)

Wakil Bidang Industri yang hadir ialah:

En. Tarmizi bin Ab Rahman - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Pn. Siti Rahayu binti Yaakub - Lembaga Kemajuan Industri Binaan Malaysia (CIDB)
En. Muhammad Nor bin Idris - Lembaga Kemajuan Industri Binaan Malaysia (CIDB)
Kapten Chew Lik Han - Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM)
Ts. Lee Hwee Hsiung - CyberSecurity Malaysia
Ts. Zafreida binti Zahrullayali - CyberSecurity Malaysia

Kesemua tiga (3) draf NOSS Sinergi yang dibentang menerima perakuan bersyarat dengan pindaan untuk dimajukan bagi kelulusan akhir dalam Mesyuarat Majlis Pembangunan Kemahiran Kebangsaan (MPKK) siri berikutnya kelak. Mesyuarat juga pada mempersetujui tiga (3) pelaporan Pembangunan Standard Adaptasi Industri dengan syarat format dan struktur Standard Adaptasi dipatuhi dengan konsisten dan kandungan sebenar standard asal agensi rakan strategik diintegrasikan dengan tepat dalam Standard Adaptasi Industri.

MESYUARAT JAWATANKUASA TEKNIKAL STANDARD BIL. 3/2026 (HARI KETIGA)SEPANG, 15 OKTOBER – Sejumlah sebelas (11) draf akhir ...
16/10/2026

MESYUARAT JAWATANKUASA TEKNIKAL STANDARD BIL. 3/2026 (HARI KETIGA)

SEPANG, 15 OKTOBER – Sejumlah sebelas (11) draf akhir Standard merangkumi sepuluh (10) Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) dan satu (1) Standard Kompetensi Kebangsaan (NCS) dipertimbangkan untuk perakuan pada hari ketiga Mesyuarat JTS Bil. 3/2026 hari ini.

Draf akhir Standard yang dibentangkan adalah seperti berikut, yang kesemuanya merupakan Standard kaji semula kecuali dinyatakan sebaliknya:

1. Aircraft Maintenance Operation Tahap 3
2. Aircraft Operation and Systems Maintenance Tahap 4
3. Aircraft Operation and Systems Maintenance Management Tahap 5
4. Solar PV System Installation and Maintenance Tahap 2
5. Solar PV System Operation and Maintenance Tahap 3
6. Risikan Jenayah dan Keselamatan Negara Tahap 3
7. Penyeliaan Risikan Jenayah dan Keselamatan Negara Tahap 4
8. Pengurusan Risikan Jenayah dan Keselamatan Negara Tahap 5 (Baharu)
9. Fishing Vessel Management Tahap 4
10. Fishing Fleet Management Tahap 5
11. Environmental, Social, and Governance (ESG) Framework - NCS (Baharu)

Mesyuarat dipengerusikan oleh En Azli bin Norali (Council Member - Federation of Malaysia Manufacturing FMM) yang juga merupakan ahli Majlis Pembangunan Kemahiran Kebangsaan (MPKK).

Ahli Mesyuarat yang hadir ialah:

Ts. Dr. Hamidi bin Saidin - Jabatan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (JKKP) (Stakeholder : Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan)
Dr. Wan Md Syukri bin Wan Mohamad Ali - Crystal Centrix Sdn. Bhd. (Stakeholder : Kemajuan Teknologi Industri)
Ir. Shahrizal bin Samat – Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) (Stakeholder: Pembangunan Mampan);
Ts. Yusnita Azira binti Abdul Rahim - Bahagian Kemahiran dan Teknikal, Majlis Amanah Rakyat (MARA)( Stakeholder : Latihan Kemahiran);
Kol (B) Ir. Ts. Yeo Cheng Kwan – CPD Holistics Sdn Bhd (Stakeholder : Pengurusan dan Strategik);
Pn. Nor Sakinah binti Ishak – Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) (Pemerhati)

Wakil Bidang Industri yang hadir ialah:

En. Ahmad Ferdouce Pasha bin Ahmad Anwar - Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM)
ACP G/16752 Nor Hafizah Binti Nor Hamid - Maktab PDRM Kuala Lumpur
Pn. Shireen Hing Chen Huey - Jabatan Perikanan Malaysia
Pn. Siti Hasshura binti Hashim - Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Ts. Zurlinda Asma binti Aziz - Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Malaysia

Kesemua sepuluh (10) draf NOSS yang dibentang menerima perakuan bersyarat dengan pindaan manakala NCS ESG Framework menerima perakuan penuh daripada Mesyuarat JTS Bil. 3/2026 untuk dimajukan bagi kelulusan akhir dalam Mesyuarat Majlis Pembangunan Kemahiran Kebangsaan (MPKK) siri berikutnya kelak.

MESYUARAT JAWATANKUASA TEKNIKAL STANDARD BIL. 3/2026 (HARI KEDUA)SEPANG, 14 OKTOBER – Sejumlah dua belas (12) draf akhir...
16/10/2026

MESYUARAT JAWATANKUASA TEKNIKAL STANDARD BIL. 3/2026 (HARI KEDUA)

SEPANG, 14 OKTOBER – Sejumlah dua belas (12) draf akhir Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) dipertimbangkan untuk perakuan pada hari kedua Mesyuarat JTS Bil. 3/2026 hari ini.

Draf akhir Standard yang dibentangkan adalah seperti berikut dan kesemuanya merupakan Standard kaji semula:

1. Cellular Phone Repair Tahap 3
2. Semiconductor Wafer Fabrication Technical Operation Tahap 4
3. Semiconductor Wafer Fabrication Technical Engineering Assistance Tahap 5
4. Digital Motion and Video Content Concept Design Tahap 4
5. Digital Motion and Video Content Concept Management Tahap 5
6. Internal Audit and Compliance Support Services Tahap 3
7. Sub-Block Integrated Circuit (IC) Layout Design Implementation Tahap 4
8. Sub-Block Integrated Circuit (IC) Layout Design Development Tahap 5
9. Welding Inspection Tahap 2
10. Welding Inspection Coordination Tahap 3
11. Welding Technology Management Tahap 4
12. Welding Quality Management Tahap 5

Mesyuarat dipengerusikan oleh En Azli bin Norali (Council Member - Federation of Malaysia Manufacturing FMM) yang juga merupakan ahli Majlis Pembangunan Kemahiran Kebangsaan (MPKK).

Ahli Mesyuarat yang hadir ialah:

Ts. Dr. Hamidi bin Saidin - Jabatan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (JKKP) (Stakeholder : Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan)
Ts. Dr. Zulhasni bin Abdul Rahim - Malaysia-Japan International Institute of Technology (MJIIT), UTM (Stakeholder : Kemajuan Teknologi Industri)
Tn. Hj. Ismail bin Abdullah – International Green Trends Cockpit (IGTC) Sdn. Bhd. (Stakeholder: Pembangunan Mampan); dan
Kol (B) Ir. Ts. Yeo Cheng Kwan – CPD Holistics Sdn Bhd (Stakeholder : Pengurusan dan Strategik)
Pn. Nor Sakinah binti Ishak – Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) (Pemerhati)

Wakil Bidang Industri yang hadir ialah:

En. Fazli bin Shamsuddin - Telekom Malaysia Bhd.
En. Sufian Harris bin Ab Hadi - Telekom Malaysia Bhd.
En. Jamaludin bin Bakar - Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS)
En. Anas bin Fadzilan - Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS)
Dr. Ab Razak bin Hamzah - Malaysia Society for Non-Destructive Testing (MSNT)

Kesemua dua belas (12) draf Standard yang dibentang menerima perakuan (bersyarat dengan pindaan) daripada Mesyuarat JTS Bil. 3/2026 untuk dimajukan bagi kelulusan akhir dalam Mesyuarat Majlis Pembangunan Kemahiran Kebangsaan (MPKK) siri berikutnya kelak.

MESYUARAT JAWATANKUASA TEKNIKAL STANDARD BIL. 3/2026 (HARI PERTAMA)SEPANG, 13 OKTOBER – Sejumlah tiga (3) draf akhir Sta...
16/10/2026

MESYUARAT JAWATANKUASA TEKNIKAL STANDARD BIL. 3/2026 (HARI PERTAMA)

SEPANG, 13 OKTOBER – Sejumlah tiga (3) draf akhir Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) dipertimbangkan untuk perakuan pada hari pertama Mesyuarat JTS Bil. 3/2026 hari ini.

Draf akhir Standard yang dibentangkan adalah seperti berikut:

Senior Citizen Care Services Tahap 3
Senior Citizen Care Coordination Tahap 4
Senior Citizen Care Management Tahap 5

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh En Azli bin Norali (Council Member - Federation of Malaysia Manufacturing FMM) yang juga merupakan ahli Majlis Pembangunan Kemahiran Kebangsaan (MPKK).

Ahli JTS yang hadir ialah:
1. Ts. Dr. Hamidi bin Saidin - Jabatan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (JKKP) (Stakeholder : Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan)
2. Ts. Dr. Zulhasni bin Abdul Rahim - Malaysia-Japan International Institute of Technology (MJIIT), UTM (Stakeholder : Kemajuan Teknologi Industri)
3. Tn. Hj. Ismail bin Abdullah – International Green Trends Cockpit (IGTC) Sdn. Bhd. (Stakeholder: Pembangunan Mampan); dan
4. Ts. Yusnita Azira binti Abdul Rahim - Bahagian Kemahiran dan Teknikal, Majlis Amanah Rakyat (MARA)( Stakeholder : Latihan Kemahiran);
5. Kol (B) Ir. Ts. Yeo Cheng Kwan – CPD Holistics Sdn Bhd (Stakeholder : Pengurusan dan Strategik)

Kesemua tiga (3) draf Standard yang dibentang menerima perakuan (bersyarat dengan pindaan) daripada Mesyuarat JTS Bil. 3/2026 untuk dimajukan bagi kelulusan akhir dalam Mesyuarat Majlis Pembangunan Kemahiran Kebangsaan (MPKK) siri berikutnya kelak.

MESYUARAT PENYELARASAN PERMOHONAN PEMBANGUNAN STANDARD BIL. 3/2026SEPANG, 13 OKTOBER - Sebanyak tiga (3) permohonan pemb...
14/10/2026

MESYUARAT PENYELARASAN PERMOHONAN PEMBANGUNAN STANDARD BIL. 3/2026

SEPANG, 13 OKTOBER - Sebanyak tiga (3) permohonan pembangunan Standard baharu atau kaji semula telah dibentangkan di hadapan ahli Jawatankuasa Teknikal Standard (JTS) hari ini.

Permohonan-permohonan yang dibentangkan melibatkan cadangan seperti berikut:

1. Permohonan NOSS bidang Horizontal Directional Drilling (Baharu) Tahap 2-3 daripada Omtera (M) Sdn Bhd;
2. Permohonan NOSS bidang Senior Citizen Care Coordination and Management Tahap 4-5 (kaji semula) daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM); dan
3. Permohonan NOSS bidang Penjaga Profesional (baru) daripada Pertubuhan Kebajikan dan Usahawan Sejahtera Selangor (SWEP).

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh En Azli bin Norali (Council Member - Federation of Malaysia Manufacturing FMM) yang juga ahli Majlis Pembangunan Kemahiran Kebangsaan (MPKK).

Ahli JTS yang hadir ialah:

1. Ts. Dr. Hamidi bin Saidin - Jabatan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (JKKP) (Stakeholder : Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan)
2. Ts. Dr. Zulhasni bin Abdul Rahim - Malaysia-Japan International Institute of Technology (MJIIT), UTM (Stakeholder : Kemajuan Teknologi Industri)
3. Tn. Hj. Ismail bin Abdullah – International Green Trends Cockpit (IGTC) Sdn. Bhd. (Stakeholder : Pembangunan Mampan); dan
4. Ts. Yusnita Azira binti Abdul Rahim - Bahagian Kemahiran dan Teknikal, Majlis Amanah Rakyat (MARA) (Stakeholder : Latihan Kemahiran);

Panel industri yang dijemput hadir:

1. En. Muhammad Noor bin Idris – Lembaga Kemajuan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB)
2. Pn. Fatimah Zuraidah binti Salleh – Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga, dan Masyarakat (KPWKM).

Di penghujung mesyuarat, Puan Pengarah BSPKTVET selaku setiausaha mesyuarat telah memaklumkan pertimbangan penjumudan atau kaji semula Standard (NOSS/NCS) berformat lama yang telah melebihi 15 tahun sejak diterbitkan; melibatkan 53 standard format lama yang telah diputuskan untuk dijumudkan dan 19 standard format lama menerima syor untuk dikaji semula. Mesyuarat turut mengambil maklum pembangunan sejumlah 19 standard bidang Orang Kompeten (Competent Persons) kendalian Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) merangkumi 13 standard yang telah dibangunkan pada tahun 2024 dan tambahan 6 standard lagi akan dibangunkan pada tahun 2027.

𝗠𝗘𝗦𝗬𝗨𝗔𝗥𝗔𝗧 𝗝𝗔𝗪𝗔𝗧𝗔𝗡𝗞𝗨𝗔𝗦𝗔 𝗧𝗘𝗞𝗡𝗜𝗞𝗔𝗟 𝗗𝗔𝗟𝗔𝗠𝗔𝗡 (𝗝𝗧𝗗) 𝗞𝗘𝗥𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔 𝗣𝗘𝗞𝗘𝗥𝗝𝗔𝗔𝗡 (𝗢𝗙)12 Oktober 2026 - Mesyuarat JTDOF Bil 2/2026 yang d...
14/10/2026

𝗠𝗘𝗦𝗬𝗨𝗔𝗥𝗔𝗧 𝗝𝗔𝗪𝗔𝗧𝗔𝗡𝗞𝗨𝗔𝗦𝗔 𝗧𝗘𝗞𝗡𝗜𝗞𝗔𝗟 𝗗𝗔𝗟𝗔𝗠𝗔𝗡 (𝗝𝗧𝗗) 𝗞𝗘𝗥𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔 𝗣𝗘𝗞𝗘𝗥𝗝𝗔𝗔𝗡 (𝗢𝗙)

12 Oktober 2026 - Mesyuarat JTDOF Bil 2/2026 yang dipengerusikan oleh Pengarah BSPKTVET, Puan Siti Hasmah binti Mustapha, telah diadakan di JPK Cyberjaya bagi menyemak laporan akhir dan draf kajian OF R87 Residential Care Activities yang sedang dibangunkan menggunakan khidmat perunding, UPUM Sdn. Bhd.

Panel-panel yg terlibat terdiri daripada pegawai-pegawai JPK yang telah dilantik oleh Ketua Pengarah JPK, bagi menyemak dan menilai kecukupan dan kerelevanan kandungan OF R87 yang merangkumi pengenalan Kerangka Pekerjaan, prospek industri, metodologi kajian, hasil dapatan dan perbincangan, serta cadangan dan limitasi kajian.

Panel dalaman yg hadir:
1. Dr. Khuzainey binti Ismail (PPA, JPK)
2. Dr. Khairul Azhar bin Abdul Rahim (BI, JPK)

Pasukan penyelidik UPUM Sdn Bhd:
1. En Ihsanulfiri bin Zahedi - Pengurus Projek
2. Prof. Madya Ir. Dr. Mohd Sayuti bin Ab Karim - Penyelidik
3. Prof. Dr. Norlidah binti Alias - Penolong Penyelidik
4. Dr. Mohd Fadzil bin Jamaludin - Pembantu Penyelidik

Mesyuarat bersetuju dengan komen- komen penambahbaikan yang diberi oleh panel dan draf kandungan OF R87 diterima dengan pindaan.




#𝗦𝗸𝗶𝗹𝗹𝘀𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮

Address

Jabatan Pembangunan Kemahiran
Cyberjaya
63000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+60383214700

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan - NOSS posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan - NOSS:

Shortcuts

Share