Humid Tropics Centre Kuala Lumpur

Call Directions Website

Humid Tropics Centre Kuala Lumpur UNESCO Category II Water Centre.

The Regional Humid Tropics Hydrology and Water Resources Centre for South-East Asia and the Pacific (HTCKL) is under the Department of Irrigation and Drainage, Ministry of Environment and Water

SIRI PODCAST EP.5; LET’S TALK WATER: JEREBU & AIRJerebu datang melalui udara, tetapi tahukah anda kesannya boleh menjeja...
23/10/2026

SIRI PODCAST EP.5; LET’S TALK WATER: JEREBU & AIR

Jerebu datang melalui udara, tetapi tahukah anda kesannya boleh menjejaskan kualiti, kuantiti, dan kelestarian sumber air negara?
Sebagai menyokong prinsip "Air Milik Semua" dan Pengurusan Sumber Air Bersepadu (IWRM) dengan kerjasama MyWP, mari saksikan kupasan mendalam dalam Episod 5: Jerebu dan Impak Terhadap Kesihatan.

Ikuti perbincangan interaktif bersama moderator Ir. Zaidin bin Matsin serta barisan pakar jemputan:
Dr. Sharifah Faridah binti Sahid Mahbar (Jabatan Meteorologi Malaysia)
Dr. Tahiratul Asma binti Zakaria (Kementerian Kesihatan Malaysia)

Sama-sama kita fahami hubungan sains atmosfera, cabaran cuaca ekstrem El Nino, serta langkah perlindungan kesihatan demi kelestarian masa depan kita.

🎬 Tonton video penuh di YouTube sekarang:
👉 https://youtu.be/fwdgqCp_d-8


🌿♻️ RECIRCULATE ♻️🌿🌊 ICEWR-2026 — Calling All Water Technology Innovators, Engineers & Researchers! 💧🗓️ 3–5 November 202...
22/10/2026

🌿♻️ RECIRCULATE ♻️🌿

🌊 ICEWR-2026 — Calling All Water Technology Innovators, Engineers & Researchers! 💧

🗓️ 3–5 November 2026
⏰ Time: 8:30 AM – 5.00PM
📍 The Everly Putrajaya, Malaysia
🎓 BEM CPD Hours: 14 Hours Approved
🏢 HRD Corp Applied

Be part of ICEWR-2026: 1st International Conference on Ecohydrology and Water Resilience, bringing together water professionals, researchers, engineers, technology innovators and industry leaders to explore sustainable water solutions, smart water technologies and digital innovation. 🌍💧

🌟 Why You Should Join ICEWR-2026:

🎤 Distinguished Keynote Speakers
Gain insights from leading experts and representatives from DID Malaysia, UNESCO and more.

🌱 Exclusive UNESCO Ecohydrology Demonstration Site Technical Visit
Join a technical visit to the Putrajaya Wetlands, a UNESCO Ecohydrology Demonstration Site.

🤝 WAYS TO PARTICIPATE

🎟️ Attendee
Expand your knowledge, connect with professionals and earn valuable CPD points.

🏢 Exhibitor / Sponsor
Showcase your products, technologies and solutions to water-sector professionals and industry experts.

🔗 REGISTER NOW:
https://intl-conference.com/icewr2026/

👉 Register today and be part of the conversation shaping the future of ecohydrology and water resilience! 🌱💧

🌿🌱 *PRE-CONFERENCE SHORT COURSE ON ECOHYDROLOGY* 🌱🌿✨ _Enhance Your Knowledge. Embrace Ecohydrology. Build Water Resilien...
19/10/2026

🌿🌱 *PRE-CONFERENCE SHORT COURSE ON ECOHYDROLOGY* 🌱🌿

✨ _Enhance Your Knowledge. Embrace Ecohydrology. Build Water Resilience!

📅 *Date: 2 November 2026 (Monday)*
⏰*Time: 8:30 AM – 4:15 PM*
📍 *Venue: The Everly Hotel, Putrajaya*
🎓 *BEM CPD Hours: 7 Hours Approved*
💰 *Registration Fee: RM400 per participant*

🌱 *What You’ll Gain:*
💧 Understand the principles and applications of ecohydrology
🌳 Explore innovative approaches to watershed management and ecosystem restoration
🐟 Discover strategies for improving water quality and protecting aquatic ecosystems
🌦️ Learn how ecohydrology contributes to climate change adaptation and resilience
🤝 Gain expert insights through practical discussions and knowledge sharing
🌏 Discover how to integrate ecological processes into sustainable water resources planning and management

📌 Register Now & Be Part of the Learning Experience!

🔗 *Find out more*: https://intl-conference.com/icewr2026/shortcourse.html

1st International Conference on Ecohydrology and Water Resilience (ICEWR 2026)

JOM TEROKA PELUANG LATIHAN ANTARABANGSA! 🌏📚Perkongsian inisiatif meneroka peluang latihan yang dikongsikan melalui porta...
16/10/2026

JOM TEROKA PELUANG LATIHAN ANTARABANGSA! 🌏📚

Perkongsian inisiatif meneroka peluang latihan yang dikongsikan melalui portal International Sediment Initiative (ISI) dan International Research and Training Centre on Erosion and Sedimentation (IRTCES).

💧 Memperluas pengetahuan teknikal
Mendapatkan pendedahan kepada ilmu, kaedah dan perkembangan terkini dalam bidang berkaitan pengurusan sungai, hakisan dan pemendapan sedimen, tertakluk pada kandungan kursus yang ditawarkan.

🌏 Meneroka perspektif antarabangsa
Mengetahui pendekatan, pengalaman dan amalan dari negara lain yang berpotensi dijadikan rujukan dalam memperkukuh pelaksanaan tugas di JPS.

📈 Menyokong pembangunan kompetensi
Mengenal pasti latihan yang bersesuaian dengan bidang tugas, minat profesional dan keperluan peningkatan kemahiran masing-masing.

🤝 Memupuk budaya perkongsian ilmu
Berkongsi maklumat peluang latihan, supaya lebih ramai mendapat manfaat daripada peluang yang tersedia.

🔗 Layari portal latihan di sini:
http://isi.irtces.org/isi/ISIInformationSystem/INFODEVELOPMENT/trainingcourses/webinfo/2026/09/1792027335180673.htm

National Webinar on River Health Index (RHI) 2026: Importance and Implementation of River Health Index (RHI) for River M...
13/10/2026

National Webinar on River Health Index (RHI) 2026: Importance and Implementation of River Health Index (RHI) for River Management in Malaysia | 9 Oktober 2026 (Jumaat).

Program ilmu yang amat signifikan ini telah dianjurkan melalui kerjasama Humid Tropics Centre Kuala Lumpur (HTC KL), Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia dan Global Environment Centre (GEC) serta Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perak. Penganjuran ini turut mendapat sokongan pembiayaan sepenuhnya daripada Yayasan Hasanah dan Kementerian Kewangan Malaysia bersempena dengan Sambutan Hari Sungai Sedunia 2026.

Webinar ini telah membuka ruang perbincangan interaktif yang memfokuskan kepada:

✅ Rangka Kerja Holistik: Mempromosikan RHI yang mengambil kira aspek fizikal, kimia, biologi dan sosiologi (penyertaan komuniti) dalam menilai keadaan kesihatan sungai.
✅ Standardisasi RHI: Memperkukuh standardisasi rangka kerja RHI sebagai satu living document untuk rujukan pemantauan sungai-sungai di Malaysia.
✅ Pelaksanaan di Lapangan: Perkongsian metodologi dan pendekatan praktikal di lapangan yang selari dengan fungsi JPS.

Sesi Webinar telah dirasmikan oleh YBhg. Dato' Ir. Ratna Rajah Sivapiragasam, Pengarah HTC KL, disusuli pembentangan komprehensif daripada pakar-pakar dari pihak Kerajaan dan pertubuhan bukan Kerajaan iaitu Ir. Lily Azzayati binti Johar (HTC KL), Ir. Zaliffah binti Ayob, Bahagian Pengurusan Lembangan Sungai,JPS Malaysia, Dr. Kalithasan Khailasam (GEC) serta dikendalikan secara dinamik oleh moderator En. Sathis Venkitasamy (GEC). Sejumlah 245 orang peserta merangkumi wakil agensi Kerajaan, penyelidik, ahli akademik, wakil komuniti, NGO, pihak swasta, serta rakan strategik yang telah meluangkan masa hadir secara maya. Program diakhiri dengan sesi soal jawab serta kuiz interaktif bagi menilai kefahaman para peserta.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program kali ini. Komitmen semua pihak amat dihargai dalam memperkukuh kerjasama pelbagai pihak demi kelestarian Sungai.









Pembentangan Pengurusan Sedimen Lembangan Secara Bersepadu (Integrated Watershed Sediment Management)Pada 24 September 2...
07/10/2026

Pembentangan Pengurusan Sedimen Lembangan Secara Bersepadu (Integrated Watershed Sediment Management)

Pada 24 September 2026, YBhg. Dato’ Ratna Rajah Sivapiragasam, Pengarah Humid Tropics Centre Kuala Lumpur telah mewakili Malaysia dengan membentangkan pendekatan Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia dalam Pengurusan Sedimen Lembangan Secara Bersepadu (Integrated Watershed Sediment Management) di China–UNESCO International Seminar on Watershed Water & Sediment Management in a Changing Environment for High-Level Professionals.

Perkongsian tersebut mengetengahkan peralihan daripada pendekatan kawalan yang berasaskan lokasi atau tapak kepada pendekatan di peringkat lembangan yang bersepadu, berasaskan data serta berteraskan penyelesaian berasaskan alam semula jadi (nature-based solutions). Pendekatan ini menghubungkan aspek tadahan air, sungai, infrastruktur, ekosistem dan komuniti secara menyeluruh bagi membentuk lembangan yang lebih berdaya tahan serta menyokong kelestarian sumber air untuk generasi akan datang.

Penyertaan ini mencerminkan peranan HTC KL sebagai UNESCO Category 2 Centre dalam membawa kepakaran dan pengalaman Malaysia ke platform antarabangsa, di samping memperkukuh perkongsian pengetahuan dan kerjasama teknikal dalam menangani cabaran pengurusan air dan sedimen merentas sempadan.

Seminar ini kemudiannya melabuhkan tirai dengan Majlis Penutupan, yang menjadi ruang untuk merumuskan perkongsian ilmu, jaringan kerjasama dan komitmen bersama para peserta dalam memperkukuh pengurusan air dan sedimen secara mampan. HTC KL akan terus menyokong usaha dan kerjasama antarabangsa ke arah sungai yang lebih sihat, komuniti yang lebih berdaya tahan serta masa hadapan sumber air yang lebih bersih, selamat dan mampan.


Government Ministry (PETRA)

The 9th International Conference on Estuaries & Coasts (ICEC)Pada 22 hingga 26 September 2026, YBhg. Dato’ Ratna Rajah S...
07/10/2026

The 9th International Conference on Estuaries & Coasts (ICEC)

Pada 22 hingga 26 September 2026, YBhg. Dato’ Ratna Rajah Sivapiragasam, Pengarah Humid Tropics Centre Kuala Lumpur telah menghadiri The 9th International Conference on Estuaries & Coasts (ICEC) yang berlangsung di Qinzhou, China. Beliau turut mengambil bahagian dalam Majlis Pelancaran Qinzhou Global Initiative on Sustainable Development of the Estuaries and Coasts pada 23 September 2026, yang menjadi salah satu platform penting dalam memperkukuh agenda pembangunan mampan estuari dan kawasan pesisir di peringkat antarabangsa.

Inisiatif Qinzhou menggariskan kepentingan kerjasama antarabangsa dan penerapan kecerdasan buatan (AI) dalam pengurusan zon pesisir, pemantauan sedimen dan peramalan banjir, di samping memperkukuh usaha pemulihan ekologi di sepanjang koridor kritikal sungai-laut serta menangani risiko pesisir yang semakin meningkat akibat perubahan iklim dan urbanisasi pesat.

Persidangan ini menghimpunkan kira-kira 300 pakar, ahli akademik dan saintis dari 22 negara merentasi lima benua, sekali gus menyediakan platform strategik untuk perkongsian ilmu, pengalaman dan amalan terbaik dalam bidang estuari, persekitaran pesisir, pengurusan air dan sedimen serta pembangunan mampan. Penyertaan HTC KL dalam platform ini mencerminkan komitmen berterusan untuk memperkasa jaringan kepakaran, memperluas kerjasama antarabangsa dan mengangkat peranan Malaysia dalam wacana global berkaitan pengurusan sumber air dan alam sekitar.

Sebagai sebuah UNESCO Category 2 Centre, HTC KL akan terus menyokong usaha memperkukuh kerjasama rentas sempadan, perkongsian pengetahuan dan inovasi teknologi ke arah membina sistem pengurusan air dan kawasan pesisir yang lebih berdaya tahan, mampan dan responsif terhadap cabaran masa hadapan.


China–UNESCO International Seminar on Watershed Water and Sediment Management in a Changing Environment for High-level P...
06/10/2026

China–UNESCO International Seminar on Watershed Water and Sediment Management in a Changing Environment for High-level Professionals

Pada 12 hingga 25 September 2026, YBhg. Dato’ Ratna Rajah Sivapiragasam, Pengarah Humid Tropics Centre Kuala Lumpur telah menghadiri China–UNESCO International Seminar on Watershed Water and Sediment Management in a Changing Environment for High-level Professionals yang berlangsung di Beijing, Henan dan Guangxi, China.

Program yang menghimpunkan 30 peserta antarabangsa dari 10 negara ini menjadi platform strategik dalam memperkukuh perkongsian ilmu, pertukaran pengalaman serta jaringan profesional dalam bidang pengurusan air dan sedimen. Pengarah HTC KL turut diberi penghormatan menyampaikan ucapan mewakili para peserta pada Majlis Pembukaan, 14 September 2026.

Penyertaan ini mencerminkan komitmen HTC KL dalam memperluas jaringan kerjasama antarabangsa serta mengantarabangsakan kepakaran dan pengalaman Malaysia dalam bidang pengurusan sumber air dan alam sekitar. Pada masa yang sama, penglibatan ini turut membuka ruang kepada pengukuhan hubungan dan kerjasama teknikal antara Malaysia dan China, khususnya dalam perkongsian pengetahuan, teknologi dan amalan terbaik bagi pengurusan air dan sedimen yang mampan.

HTC KL akan terus memainkan peranan dalam memperkasa pembangunan kapasiti, memperluas kerjasama strategik dan mengangkat kepakaran Malaysia ke peringkat antarabangsa, selaras dengan aspirasi untuk menyumbang kepada pengurusan sumber air yang berdaya tahan dan mampan dalam menghadapi cabaran perubahan persekitaran.

Join us for an engaging session on “Importance and Implementation of River Health Index (RHI) for River Management in Ma...
06/10/2026

Join us for an engaging session on “Importance and Implementation of River Health Index (RHI) for River Management in Malaysia”, organised by Global Environment Centre (GEC) in collaboration with HTC Kuala Lumpur, Department of Irrigation and Drainage (JPS) Malaysia and JPS Perak, with support from Yayasan Hasanah and the Ministry of Finance (M*F).

🎉 Don’t miss our Interactive Quiz, with exciting prizes waiting for you! 🎁✨

📜 Certificate of Participation will be provided to participants.

📲 Register now via the link:

👉 https://us02web.zoom.us/webinar/register/WN_JK7GRd0JSiqv922i1l3eSA

Or simply scan the QR code on the poster to register.

💧 Let’s learn, engage, and celebrate river health together! 🌿







06/10/2026

Address

Aras 5 Blok B , Jabatan Pengairan Dan Saliran
Cyberjaya
63000

Opening Hours

Monday 07:30 - 17:30
Tuesday 07:30 - 17:30
Wednesday 07:30 - 17:30
Thursday 07:30 - 17:30
Friday 07:30 - 17:30

Telephone

+60320958700

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Humid Tropics Centre Kuala Lumpur posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share