Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam - SWCorp

Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam - SWCorp

Share

MALAYSIA YANG BERSIH, INDAH DAN SEJAHTERA.

• Mengesyorkan dasar, perancangan dan strategi perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam kepada Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara.

• Melaksana, menggalakkan penyertaan dan mempertingkatkan kesedaran orang awam mengenai program kesedaran dan perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam.

• Menerapkan amalan kitar semula dan pengasingan sisa disumber secara sist

Photos from Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam - SWCorp's post 14/05/2026

Turun Padang Ketua Pegawai Eksekutif SWCorp
📍 Bukit Bintang, Segambut dan Sri Petaling, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur | 13 Mei 2026

YBrs. Tuan Khalid bin Mohamed, Ketua Pegawai Eksekutif SWCorp telah mengadakan pemantauan lapangan di sekitar Bukit Bintang, Segambut dan Sri Petaling bagi melihat sendiri tahap kebersihan awam serta pelaksanaan operasi pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam di lokasi tumpuan sekitar Kuala Lumpur.

Pemantauan ini memberi fokus kepada tahap keberkesanan penyampaian perkhidmatan oleh pihak konsesi termasuk aspek kutipan sisa pepejal, penyelenggaraan kawasan persekitaran, kebersihan lokasi awam serta kesiapsiagaan pasukan operasi di lapangan.

Selain memastikan kawasan tumpuan masyarakat dan pelancongan sentiasa berada dalam keadaan bersih, teratur dan selesa, lawatan ini turut menjadi medium penilaian terhadap kecekapan operasi serta tindakan penambahbaikan yang boleh dilaksanakan dari semasa ke semasa.

Dalam masa yang sama, pendekatan “Shanghai Street” turut dijadikan antara rujukan dalam memperkukuh standard kebersihan bandar dan memperindah imej kawasan pelancongan secara lebih progresif, mampan dan berdaya saing.

Usaha berterusan ini selari dengan komitmen SWCorp dalam mempertingkat kualiti perkhidmatan kebersihan awam demi merealisasikan persekitaran yang lebih bersih, indah dan sejahtera berteraskan aspirasi SWCorp Growth.

Photos from Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam - SWCorp's post 14/05/2026

Kebajikan Anggota Terus Diutamakan | KPE SWCorp Ziarah PPK Cedera Semasa Bertugas
📍 Pahang | 13 Mei 2026

YBrs. Tuan Khalid bin Mohamed, Ketua Pegawai Eksekutif SWCorp telah mengadakan lawatan ziarah ke atas anggota Pembantu Penguat Kuasa (PPK) SWCorp Cawangan Bera yang mengalami kecederaan patah tangan semasa menjalankan tugas operasi.

Lawatan ini mencerminkan keprihatinan Pengurusan Tertinggi SWCorp terhadap kebajikan, keselamatan dan kesejahteraan warga kerja, khususnya anggota barisan hadapan yang komited melaksanakan amanah di lapangan.

SWCorp sentiasa menghargai pengorbanan dan dedikasi setiap warga kerja serta akan terus memperkukuh budaya kerja yang prihatin, cakna dan saling menyokong demi merealisasikan Malaysia yang bersih, indah dan sejahtera selaras aspiras SWCorp Growth.

14/05/2026
14/05/2026

“Saya percaya usaha menjadikan Malaysia lebih bersih, indah dan sejahtera memerlukan kerjasama berterusan semua pihak termasuk kerajaan negeri, Pihak Berkuasa Tempatan, pemain industri, syarikat konsesi dan masyarakat. Program seperti Jelajah Bandar Bersih di Jelebu turut memperkukuh kesedaran komuniti terhadap kepentingan kebersihan dan kelestarian alam sekitar.

Sepanjang lawatan dan mesyuarat di Negeri Melaka, pelbagai perkara telah diberi penekanan termasuk pengukuhan pengurusan sisa pepejal, pelaksanaan operasi No Dust dan Deep Cleaning, penguatkuasaan PKM serta penggunaan teknologi pintar seperti DRVM berasaskan AI dan IoT dalam memperkasa amalan kitar semula negara.

Saya juga mahu aspek penyampaian perkhidmatan kebersihan awam terus dipertingkatkan agar kawasan tumpuan masyarakat dan pelancong sentiasa berada dalam keadaan bersih, selesa dan kondusif.

Usaha ini bukan sahaja bertujuan meningkatkan tahap kebersihan awam, malah membentuk budaya masyarakat yang lebih bertanggungjawab terhadap kelestarian alam sekitar demi kesejahteraan generasi akan datang.

Insya-Allah, SWCorp akan terus komited memperkukuh agenda SWCorp Growth dalam memastikan sistem pengurusan sisa pepejal negara bergerak lebih efisien, moden dan berdaya tahan ke arah merealisasikan Malaysia yang bersih, indah dan sejahtera.”

— Khalid bin Mohamed
Ketua Pegawai Eksekutif SWCorp

Photos from Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam - SWCorp's post 14/05/2026

Pelaksanaan hukuman Perintah Khidmat Masyarakat (PKM) kali ini membawa kita ke negeri Perlis.

Tiga pesalah yang menjalani hukuman PKM selama 4 jam ini didapati melakukan kesalahan membuang puntung rokok.

Ekoran kesalahan tersebut, mereka telah diarahkan menjalankan aktiviti pembersihan termasuk menyapu jalan dan membersihkan longkang di bawah pemantauan pegawai penguat kuasa SWCorp.

Mulai tahun 2026, penguatkuasaan yang lebih tegas terhadap pesalah yang membuang sampah merata-rata telah dilaksanakan melalui pindaan Akta 672 di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Kedah, Perlis serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Jika didapati bersalah membuang sampah merata-rata, pesalah boleh dikenakan denda tidak melebihi RM2,000 dan dijatuhi hukuman Perintah Khidmat Masyarakat sehingga 12 jam.

Tak nak didenda dan dikenakan hukuman PKM? Jaga kebersihan di tempat awam.

14/05/2026

Nak menang RM50 dalam bentuk kredit TouchN'Go?

Ikuti 3 langkah ni:

1️⃣ Follow akaun rasmi SWCorp Malaysia di TikTok
2️⃣ Hantar jawapan di bahagian komen Facebook (jika anda datang dari Instagram dan TikTok, sila hantar jawapan di Facebook kami)
3️⃣ Tag 3 rakan anda

Mudah bukan? Seorang peserta dengan penyertaan terbanyak akan dipilih sebagai pemenang!

Pemenang akan dimaklumkan di bahagian komen selepas tarikh tutup dan akan dihubungi melalui Messenger.

Peraduan akan ditutup pada jam 11.59 malam, 31 Mei 2026. Selamat berjaya!

Photos from Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam - SWCorp's post 13/05/2026

Lawatan Kerja Ketua Pegawai Eksekutif SWCorp Ke Dataran Keris dan Pulau Sebang Sentral
📍 Alor Gajah, Melaka | 12 Mei 2026

YBrs. Tuan Khalid bin Mohamed, Ketua Pegawai Eksekutif SWCorp telah mengadakan lawatan kerja ke Dataran Keris dan Pulau Sebang Sentral bagi meninjau tahap kebersihan awam serta keberkesanan pelaksanaan operasi pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam di lapangan.

Lawatan ini bertujuan memastikan standard penyampaian perkhidmatan oleh pihak konsesi sentiasa berada pada tahap optimum khususnya di kawasan awam dan lokasi tumpuan pelancong sekitar Alor Gajah. Tumpuan turut diberikan terhadap aspek kebersihan kawasan servis, penyelenggaraan persekitaran serta tahap kesiapsiagaan operasi bagi memastikan kawasan sentiasa berada dalam keadaan bersih, teratur dan kondusif demi kesejahteraan masyarakat serta pengunjung.

Dalam masa yang sama, aspek pencucian jalan dan kawalan habuk turut diberi perhatian bagi memastikan permukaan jalan bebas daripada debu dan kesan minyak dalam usaha mewujudkan persekitaran yang lebih bersih, selesa dan berkualiti. Pendekatan “Shanghai Street” turut dijadikan penanda aras dalam memperkukuh standard kebersihan serta mempertingkat imej kawasan pelancongan secara lebih menyeluruh.

Usaha berterusan ini mencerminkan komitmen SWCorp dalam memperkasakan mutu penyampaian perkhidmatan kebersihan awam selaras dengan aspirasi SWCorp Growth ke arah merealisasikan Malaysia yang bersih, indah dan sejahtera.

Photos from Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam - SWCorp's post 13/05/2026

Lawatan Ke Penta Recycling (M) Sdn. Bhd. Perkukuh Inisiatif Kitar Semula Berteknologi Pintar
📍 Melaka | 12 Mei 2026

Lawatan ke Penta Recycling (M) Sdn. Bhd. telah diadakan bagi meninjau pelaksanaan kemudahan kitar semula terkini iaitu Dump Reverse Vending Machine (DRVM) yang mengaplikasikan teknologi Internet of Things (IoT) dan Kecerdasan Buatan (AI) dalam memperkukuh sistem pengurusan sisa secara lebih moden, pintar dan inovatif.

Inisiatif ini berpotensi meningkatkan kecekapan kemudahan Drop-Off Recycling Centre sedia ada agar lebih sistematik, efisien dan mesra pengguna selaras dengan aspirasi SWCorp dalam memperkasa pengurusan sisa pepejal yang mampan dan berteraskan teknologi.

Menerusi kolaborasi strategik bersama pemain industri sektor kitar semula, pemasangan DRVM berteknologi AI akan dilaksanakan di Pavilion Kuala Lumpur dan Lembah Pantai melalui Program Angkat MADANI kendalian SWCorp bermula Jun 2026 sebelum diperluaskan ke Negeri Melaka pada Julai 2026 bagi memperluas akses kemudahan kitar semula pintar kepada masyarakat secara lebih efektif dan menyeluruh.

Pelaksanaan inisiatif ini bukan sahaja mampu membudayakan amalan kitar semula dalam komuniti setempat, malah membuka peluang kepada masyarakat menjana pendapatan tambahan melalui aktiviti pengumpulan dan penyaluran bahan kitar semula secara lebih tersusun, mudah dan sistematik.

Pendekatan ini selari dengan usaha memperluas penggunaan teknologi hijau dan inovasi digital dalam meningkatkan kadar kitar semula serta memperkukuh agenda kelestarian alam sekitar secara lebih berimpak tinggi.

Komitmen berterusan ini mencerminkan aspirasi SWCorp Growth dalam memacu transformasi pengurusan sisa pepejal negara ke arah persekitaran yang lebih bersih, indah dan sejahtera.

Photos from Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam - SWCorp's post 13/05/2026

Mesyuarat Bersama Pengarah Negeri dan Pengurus Cawangan SWCorp Negeri Melaka
📍 Melaka | 12 Mei 2026

YBrs. Tuan Khalid bin Mohamed, Ketua Pegawai Eksekutif SWCorp telah mempengerusikan Mesyuarat bersama Pengarah Negeri dan Pengurus Cawangan SWCorp Negeri Melaka bagi membincangkan strategi memperkukuh pelaksanaan zon bebas littering menerusi pendekatan zon dan spot Tier 1 serta Tier 2 di samping memperhebat pelaksanaan Gempur Konsesi di peringkat negeri.

Perjumpaan strategik ini turut memberi penekanan terhadap pemerkasaan integriti, disiplin dan profesionalisme anggota penguat kuasa sebagai asas kepada kecemerlangan penyampaian perkhidmatan. Selain itu, pelaksanaan operasi penguatkuasaan sampah kecil serta Perintah Khidmat Masyarakat (PKM) terus diperkukuh sebagai pendekatan mendidik masyarakat agar lebih bertanggungjawab dalam memelihara kebersihan awam.

Dalam usaha menjadikan Negeri Melaka lebih bersih, indah dan sejahtera, pelaksanaan Task Force Deep Cleaning serta inisiatif No Dust turut dipergiat secara agresif di kawasan tumpuan awam bagi memastikan persekitaran sentiasa bersih, selesa dan kondusif demi manfaat rakyat serta pelancong.

Usaha berterusan ini mencerminkan komitmen SWCorp dalam memperkukuh budaya kebersihan, disiplin dan kelestarian selaras dengan aspirasi SWCorp Growth ke arah membentuk persekitaran yang lebih mampan demi kesejahteraan rakyat dan masa depan negara.

Photos from Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam - SWCorp's post 13/05/2026

Mesyuarat Tuntutan Sumbangan Kumpulan Wang Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam Negeri Melaka Bil. 4 Tahun 2026
📍 Melaka | 12 Mei 2026

Mesyuarat Tuntutan Sumbangan Kumpulan Wang Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam Negeri Melaka Bil. 4 Tahun 2026 telah diadakan bagi membincangkan isu tunggakan sumbangan serta memperkukuh penyelarasan berkaitan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam di Negeri Melaka secara lebih strategik dan berkesan.

Isu tunggakan sumbangan ini turut mendapat perhatian apabila dibahaskan di Parlimen pada Februari 2025 susulan penemuan pengauditan penyata kewangan SWCorp tahun 2023 yang dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara Bilangan 1 Tahun 2025.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh YBrs. Tuan Khalid bin Mohamed, Ketua Pegawai Eksekutif SWCorp ini turut melibatkan penyertaan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) serta Unit Kerajaan Tempatan Negeri Melaka sebagai platform penyelarasan dalam memastikan aspek tadbir urus, kutipan sumbangan dan penyampaian perkhidmatan dapat diperkukuh secara lebih menyeluruh dan sistematik.

Perbincangan turut memberi penekanan terhadap keperluan memperkukuh komitmen semua pihak dalam memastikan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam dilaksanakan secara lebih cekap, mampan dan berimpak tinggi demi kesejahteraan rakyat serta kelestarian alam sekitar.

Komitmen ini selaras dengan aspirasi SWCorp dalam memperkukuh sistem pengurusan sisa pepejal negara yang lebih efisien, responsif dan berdaya tahan ke arah merealisasikan Malaysia yang bersih, indah dan sejahtera.

Photos from Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam - SWCorp's post 13/05/2026

Perintah Khidmat Masyarakat (PKM) kini menjadi antara pendekatan penting dalam memperkukuh penguatkuasaan terhadap kesalahan pembuangan sampah kecil di tempat awam.

Walaupun pelbagai tindakan telah dilaksanakan, masih terdapat segelintir individu yang memandang ringan aspek kebersihan sehingga menjejaskan imej dan kesejahteraan persekitaran negara.

Bagi memperkasakan usaha ini, SWCorp terus memperkukuh keupayaan penguatkuasaan menerusi penambahan pegawai baharu serta pelaksanaan tindakan lebih tegas di negeri-negeri yang terlibat di bawah pindaan Akta 672.

Pendekatan ini bukan sekadar memberi hukuman, malah bertujuan mendidik masyarakat supaya lebih bertanggungjawab terhadap kebersihan awam demi merealisasikan aspirasi Malaysia yang bersih, indah dan sejahtera.

Want your business to be the top-listed Government Service in Cyberjaya?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Blok J, Bangunan MKN Embassy Techzone, Jalan Teknokrat 2
Cyberjaya
63000