Balai Bomba dan Penyelamat Cyberjaya

Balai Bomba dan Penyelamat Cyberjaya

Share

For online inquiries Contact +603 8318 8944, Fax No +603 8319 6997 or [email protected]

Terletak di satu kawasan yang dahulunya sebahagian daripada ladang getah dengan keluasan 7 Ekar, Balai Bomba Dan Penyelamat Cyberjaya telah mula dibina pada awal tahun 2002 dan siap sepenuhnya pada penghujung tahun 2003. Kini tersergam indah sebuah Balai Bomba dan Penyelamat yang menelan belanja pembinaannya termasuk peralatan lebih kurang RM 30 juta. Terletak di Persiaran Apec iaitu laluan keluar

13/05/2026

Peringatan bersama! waspada terhadap virus HANTA.

10/05/2026

SELAMAT HARI IBU.

Semoga setiap pengorbanan, doa dan kasih sayang seorang ibu dibalas dengan kebahagiaan dunia dan akhirat.

ikhlas dari,

Balai Bomba dan Penyelamat Cyberjaya.

Photos from Balai Bomba dan Penyelamat Cyberjaya's post 07/05/2026

πŸ”₯TAKLIMAT KESELAMATAN KEBAKARANπŸ”₯

Pihak Balai Bomba dan Penyelamat Cyberjaya telah mengadakan sesi taklimat keselamatan kebakaran kepada warga Tadika UNITEN melibatkan seramai 30 orang murid dan guru.

Antara pengisian program:
βœ… Tatacara menyelamatkan diri ketika berlaku kebakaran
βœ… Pengenalan langkah keselamatan kebakaran
βœ… Demonstrasi dan penggunaan alat pemadam api dengan cara yang betul

Program seperti ini bertujuan meningkatkan kesedaran awal tentang aspek keselamatan serta memberi pendedahan kepada murid dan guru mengenai tindakan pantas ketika menghadapi kecemasan kebakaran.

Terima kasih atas kerjasama dan sambutan yang diberikan. Semoga ilmu yang dikongsikan memberi manfaat kepada semua. πŸš’πŸ‘¨β€πŸš’

05/05/2026

KAPSUL PSIKOLOGI Bil 2/2026

Unit Pengurusan Psikologi
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

04/05/2026

Bacaan Doa mohon kesejahteraan sempena Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia.

04/05/2026

SELAMAT HARI ANGGOTA BOMBA SEDUNIA~4 MEI 2026

01/05/2026

SELAMAT HARI PEKERJA 2026

Di balik siren yang memecah sunyi,
ada jiwa yang tidak pernah lelah berdiri.
Di celah bara dan asap yang membumbung tinggi,
terpahat tekad, setia hingga ke hujung nyawa ini.

Buat semua warga kerja, khususnya wira merah
di seluruh pelusuk negeri yang gagah berbakti,
setiap langkahmu adalah pengorbanan,
setiap keringatmu adalah bukti cinta pada negeri.

Bekerja bukan sekadar mencari rezeki,
tetapi menabur jasa, membina pertiwi.
Walau bahaya menjadi teman setia,
semangat tidak pernah goyah, maruah tetap dijaga.

Hari ini kita raikan tangan-tangan yang berbakti,
yang tidak memilih masa, tidak mengenal erti henti.
Kerana kalian, harapan terus menyala,
kerana kalian, keselamatan sentiasa terpelihara.

Terima kasih, wira-wira negara.
Jasamu dikenang, baktimu disanjung.
Selamat Hari Pekerja.

ikhlas :
JBPM Negeri Selangor



17/04/2026

πŸ“’πŸ•ŒπŸ•‹πŸ•‹πŸ•ŒπŸ“’
πŸ‡πŸ‡πŸ‡πŸ‡πŸ‡πŸ‡πŸ‡πŸ‡πŸ‡πŸ‡
SURAU BOMBA CYBERJAYA
----------------------------------------------
Ψ§Ω„Ψ³Ω„Ψ§Ω… ΨΉΩ„ΩŠΩƒΩ… ΩˆΨ±Ψ­Ω…Ψ© Ψ§Ω„Ω„Ω‡ ΩˆΨ¨Ψ±ΩƒΨ§ΨͺΩ‡
Ψ¨Ψ³Ω… Ψ§Ω„Ω„Ω‡ Ψ§Ω„Ψ±Ψ­Ω…Ω† Ψ§Ω„Ψ±Ψ­ΩŠΩ…
KHUTBAH JUMAAT SURAU BOMBA CYBERJAYA
✨ KHATIB: UST LUQMAN ABD MAJID
✨ BILAL: UST ABD HALIM ZULKEFELI
πŸ“– TAJUK KHUTBAH: ISLAM ASAS KESATUAN UMMAH
TAZKIRAH JUMAAT: UST MUHAMMAD HILMI ZAKARIA
TAJUK TAZKIRAH: ADU DOMBA DAN DUSTA BUKAN BUDAYA ISLAM
πŸ“† TARIKH: 17 APRIL 2026 (JUMAAT)
πŸ‘LIKE FBπŸ•Œ Surau Bomba Cyberjaya

FILEM PENDEK RAYA 2026 | RINDU YANG TERTANGGUH 19/03/2026

Tahun ini, giliran Abang Long untuk pulang beraya… menyulam rindu bersama keluarga tercinta.

Namun, sebelum langkahnya melangkah pulang, tanggungjawab tetap di bahu β€” panggilan tugas tidak pernah mengenal waktu. Dengan penuh dedikasi, Abang Long terus berjuang… menyelamatkan nyawa, tanpa pernah berkira.

Di sebalik senyuman, tersimpan seribu pengorbanan.

Di sebalik kepulangan yang dinanti, terselit risiko yang tak terduga.

Kerana dalam dunia ini… malang tidak pernah memberi amaran.

Saksikan… sebuah kisah pengorbanan yang menyentuh jiwa.

RINDU YANG TERTANGGUH

FILEM PENDEK RAYA 2026 | RINDU YANG TERTANGGUH Tahun ini, giliran Abang Long untuk pulang beraya… menyulam rindu bersama keluarga tercinta.Namun, sebelum langkahnya melangkah pulang, tanggungjawab tetap d...

Photos from Balai Bomba dan Penyelamat Cyberjaya's post 21/01/2026

Bacaan Ikrar SKAI ( Sistem Kawalan Akauntabiliti & Intergriti ) dan Pemakaian Tanda Pangkat

Tarikh: 21 Januari 2026
Masa: 0900
Tempat: Engine Bay BBP Cyberjaya

Pemakaian Tanda Pangkat Oleh Timbalan Ketua Zon 5 Selangor
PgB Noor Hasni Khairiah binti Mohamad

11/12/2025

πƒπˆπ‘π†π€π‡π€π˜π” π“π”π€ππŠπ”

Merafak Sembah dan Ucap Selamat Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke-80 Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj.
pada 11 Disember 2025
Bersamaan 20 Jamadilakhir 1447H.

Sembah Takzim Daripada:-
Pengarah dan Seluruh Warga
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
Negeri Selangor




-tinggiKasihTuanku

Want your business to be the top-listed Government Service in Cyberjaya?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Balai Bomba Dan Penyelamat Cyberjaya, Persiaran Apec
Cyberjaya
63000