20/10/2026
Pengerusi SPAN, Datuk Ir. Abdul Kadir bin Mohd Din, FASc telah menyantuni jemputan dan hadir menyampaikan ucapan aluan sempena penganjuran Water Loss Asia (WLA) 2026 edisi ke-10 yang berlangsung pada 20 hingga 22 Oktober 2026 di World Trade Centre (WTC), Kuala Lumpur.
Bertemakan โSecuring Asiaโs Water Future: Innovating for Reduced Water Loss and Non-Revenue Waterโ, program ini menghimpunkan pakar, operator perkhidmatan air serta penyedia teknologi tempatan dan antarabangsa bagi membincangkan cabaran dan pendekatan dalam usaha meminimumkan Air Tidak Terhasil (Non-Revenue Water).
Antara tumpuan program ialah penggunaan teknologi digital dan kecerdasan buatan, pengesanan kebocoran, pemeteran pintar serta pengurusan aset dan tekanan dalam rangkaian bekalan air. Perkongsian kajian kes dan bengkel praktikal turut diadakan bagi memberi pendedahan kepada pengalaman pelaksanaan serta penyelesaian yang boleh digunakan oleh pengamal industri dalam meningkatkan keberkesanan pengurusan NRW.
โ๐ซ๐๐ ๐ซ๐๐๐๐
๐ด๐๐๐๐๐ ๐ป๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐จ๐๐ ๐ต๐๐๐๐๐โ