14/05/2026
Institut Pendidikan Guru KPM -Rasmi
Official Facebook Institute of Teacher Education, Ministry of Education Malaysia Facebook rasmi Institut Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan Malaysia
14/05/2026
14/05/2026
๐ข๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ข
Assalamualaikum & salam sejahtera,
Sukacita dimaklumkan bahawa Seminar Penyelidikan Pendidikan: Persidangan Kebangsaan Pedagogi dan Pendidikan Guru (PeDaTEd) 2026 akan diadakan seperti ketetapan berikut:
๐๏ธ ๐๐๐ซ๐ข๐ค๐ก: ๐๐ โ ๐๐ ๐๐ ๐จ๐ฌ ๐๐๐๐
๐ป ๐๐ฅ๐๐ญ๐๐จ๐ซ๐ฆ: ๐๐๐๐๐ซ๐ ๐๐๐ฅ๐๐ฆ ๐ญ๐๐ฅ๐ข๐๐ง
๐ฏ ๐๐๐ฆ๐: ๐๐ซ๐๐ง๐ฌ๐๐จ๐ซ๐ฆ๐๐ฌ๐ข ๐๐๐ง๐๐ข๐๐ข๐ค๐๐ง ๐๐ฎ๐ซ๐ฎ: ๐๐ง๐ค๐ฅ๐ฎ๐ฌ๐ข๐ฏ๐ข๐ญ๐ข ๐๐ข๐ฉ๐๐ซ๐ค๐๐ฌ๐, ๐๐๐๐ ๐๐ข๐ฉ๐๐๐ฎ
โจ ๐๐ฎ๐๐ญ๐๐ฆ๐ ๐ฆ๐๐ซ๐๐ง๐ ๐ค๐ฎ๐ฆ๐ข:
* Pendidikan Digital Perdana dan Inklusif Berimpak Tinggi
* Pembangunan Karakter dan Nilai dalam Pendidikan Guru
* Profesionalisme Guru Abad ke-21 Berteraskan KBAT
* Jaringan Kolaboratif Komuniti dan Global dalam Pendidikan Perdana dan Inklusif
* Inovasi dan Penyelidikan Pendidikan Berasaskan Amalan Terbaik Abad ke 21
* Pentaksiran Autentik dalam Pendidikan Perdana dan Inklusif
* Pendidikan Bersepadu untuk Pembangunan Holistik Murid
* Pedagogi dan Kurikulum Perdana dan Inklusif Berteraskan KBAT
๐ฅ ๐๐๐ง๐ฒ๐๐ซ๐ญ๐๐๐ง ๐ญ๐๐ซ๐๐ฎ๐ค๐ ๐ค๐๐ฉ๐๐๐:
* Pensyarah IPG KPM
* Warga KPM
* Pensyarah universiti
* Pelajar siswazah
* Pelajar IPG KPM
๐ ๐๐๐ซ๐ข๐ค๐ก ๐ฉ๐๐ง๐ญ๐ข๐ง๐ :
๐ฃ ๐๐ ๐๐ฉ๐ซ๐ข๐ฅ ๐๐๐๐ โ ๐๐๐ง๐ ๐ ๐ข๐ฅ๐๐ง ๐๐ฑ๐ญ๐๐ง๐๐๐ ๐๐๐ฌ๐ญ๐ซ๐๐๐ญ
๐ฅ ๐ ๐๐ฎ๐ง ๐๐๐๐ โ ๐๐๐ซ๐ข๐ค๐ก ๐ญ๐ฎ๐ญ๐ฎ๐ฉ ๐ฉ๐๐ง๐ ๐ก๐๐ง๐ญ๐๐ซ๐๐ง ๐๐ฑ๐ญ๐๐ง๐๐๐ ๐๐๐ฌ๐ญ๐ซ๐๐๐ญ
โ
๐ ๐๐ฎ๐ง ๐๐๐๐ โ ๐๐๐ค๐ฅ๐ฎ๐ฆ๐๐ง ๐ฉ๐๐ง๐๐ซ๐ข๐ฆ๐๐๐ง
๐ ๐๐ ๐๐ฎ๐ง ๐๐๐๐ โ ๐๐๐ซ๐ข๐ค๐ก ๐ญ๐ฎ๐ญ๐ฎ๐ฉ ๐ค๐๐ซ๐ญ๐๐ฌ ๐ฉ๐๐ง๐ฎ๐ก
๐ ๐๐ โ ๐๐ ๐๐ฎ๐ฅ๐๐ข ๐๐๐๐ โ ๐๐ซ๐จ๐ฌ๐๐ฌ ๐ฉ๐๐ฐ๐๐ฌ๐ข๐ญ๐๐ง
๐ฒ ๐๐๐ค๐ฅ๐ฎ๐ฆ๐๐ญ ๐ฅ๐๐ง๐ฃ๐ฎ๐ญ & ๐ฉ๐๐ง๐๐๐๐ญ๐๐ซ๐๐ง:
https://sharley.my.canva.site/pedatech2026
Sebarang pertanyaan boleh hubungi urus setia yang tertera.
๐ Jom sertai dan kongsikan hasil penyelidikan anda!
Terima kasih.
๐จโ๐ซ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐
๐๐๐๐๐!๐จโ๐ซ
โค๏ธ๐ฐ๐ท๐ฎ๐ฒ ๐ฐ๐ท๐ถ๐ฏ - ๐๐ก๐ ๐๐ง๐ฌ๐ฉ๐ข๐ซ๐๐ญ๐ข๐จ๐ง ๐จ๐ ๐๐จ๐ฌ๐ข๐ญ๐ข๐ฏ๐ ๐๐ง๐ ๐๐๐ฃ๐๐๐ญ๐ข๐ฏ๐ ๐๐๐๐ซ๐ญ๐ฌโค๏ธ
#7๐๐ฆ๐ณ๐ข๐ด๐๐๐
#๐๐ข๐ญ๐ข๐บ๐ด๐ช๐ข๐๐ข๐ฅ๐ข๐ฏ๐ช
#๐๐ฆ๐ฏ๐ฅ๐ช๐ฅ๐ช๐ฌ๐ข๐ฏ๐๐ข๐ฏ๐ถ๐ด๐ช๐ข๐ธ๐ช See less
12/05/2026
Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) telah mengadakan sesi kunjung hormat strategik ke atas Yayasan Negeri Sembilan (YNS) sebagai langkah awal memperkukuh sinergi dalam pembangunan pendidikan, kebajikan pelajar dan pemerkasaan bakal guru masa hadapan. Sesi ini turut menjadi platform perbincangan bagi meneroka potensi kolaborasi strategik dalam bidang Pendidikan STEM, pendigitalan pendidikan serta sokongan kepada pelajar rentan IPG.
IPGM berkongsi peranan sebagai institusi latihan guru Kementerian Pendidikan (KPM) yang melaksanakan latihan perguruan praperkhidmatan dan pembangunan profesionalisme pendidikan melalui rangkaian 27 IPG kampus di seluruh negara. Sesi libat urus ini turut menyentuh cabaran semasa yang dihadapi pelajar IPG termasuk isu kos sara hidup, akses kepada peranti digital serta keperluan sokongan kesejahteraan dan psikososial.
Pihak Yayasan Negeri Sembilan turut berkongsi pelbagai prakarsa pendidikan dan pembangunan modal insan yang sedang dilaksanakan di Negeri Sembilan, termasuk bantuan pendidikan, program pembangunan komuniti, sokongan kepada pelajar B40 serta usaha memperkukuh agenda Pendidikan STEM di sekolah. Sesi ini juga membuka ruang perbincangan berkaitan potensi penglibatan pelajar IPG dalam program komuniti, outreach pendidikan dan pemerkasaan STEM bersama sekolah-sekolah di Negeri Sembilan.
IPGM turut berkongsi kekuatan enam Pusat Kecemerlangan (CoE) IPGM yang merangkumi bidang TVeT dan digital, pendidikan inklusif, pedagogi peribumi, bahasa, serta Kemahiran berfikir untuk penerokaan kolaborasi strategik bersama pihak YNS.
Semoga sesi ini menjadi titik permulaan kepada pengukuhan jaringan strategik antara IPGM dan Yayasan Negeri Sembilan demi memperkasa pembangunan pendidikan, kesejahteraan pelajar serta melahirkan bakal pendidik yang kompeten, dan mempunyai nyala rasa yang tinggi sebagai pendidik.
11/05/2026
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐
Seluruh warga Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau mengucapkan selamat maju jaya kepada semua calon PPISMP & PISMP (sepenuh masa) yang akan menduduki peperiksaan bermula 11 Mei hingga 21 Mei 2026.
Semoga segala usaha, pengorbanan dan ilmu yang dipelajari sepanjang semester ini dipermudahkan serta membuahkan kejayaan yang cemerlang. Hadapilah peperiksaan dengan penuh keyakinan, ketenangan dan semangat yang tinggi.
Usaha dengan tekun, doa dengan penuh pengharapan dan tawakal kepada Allah SWT.
Semoga berjaya mencapai keputusan yang membanggakan dan terus melakar kecemerlangan pada masa hadapan.
Selamat Maju Jaya!
tulus ingatan daripada ;
Pengarah, Timbalan Pengarah
dan seluruh warga IPG Kampus Tawau.
IPG Kampus Tawau โ Bersama Menggenggam D.U.N.I.A ๐
11/05/2026
๐๐๐๐๐๐๐๐-๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐
Seluruh warga Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau merakamkan ucapan tahniah kepada YBhg. Datoโ Wan Hashim Bin Wan Rahim atas pelantikan sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia berkuat kuasa pada 11 Mei 2026.
Semoga amanah dan tanggungjawab yang dipikul dapat dilaksanakan dengan cemerlang dalam menerajui kecemerlangan pendidikan negara serta terus membawa reformasi dan kemajuan kepada sistem pendidikan Malaysia.
Semoga terus sukses dalam memimpin demi memartabatkan dunia pendidikan negara.
tulus ingatan daripada ;
Pengarah, Timbalan Pengarah
dan seluruh warga IPG Kampus Tawau.
IPG Kampus Tawau โ Bersama Menggenggam D.U.N.I.A ๐
11/05/2026
Assalamualaikum WBT dan Selamat Sejahtera.
Tuan/Puan,
Bersama-sama ini dilampirkan KENYATAAN MEDIA BERHUBUNG IPGM AMBIL TINDAKAN TEGAS, TIDAK BERKOMPROMI ISU BULI untuk siaran dan tindakan selanjutnya.
Sekian, terima kasih.
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
09/05/2026
PELAJAR IPGK TAWAU KE PERINGKAT AKHIR OLIMPIAD MATEMATIK UNIVERSITI MALAYSIA 2026
TAWAU, 8 Mei 2026 โ Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada dua pelajar IPGK Tawau yang berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir Olimpiad Matematik Universiti Malaysia 2026 yang dianjurkan oleh Universiti Putra Malaysia melalui Institut Penyelidikan Matematik.
Pelajar yang berjaya ialah Hasnael Hasnan daripada Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Bahasa Melayu Ambilan Ogos 2023โ2027 dan Muhammad Syahmi Bin Mohfudz daripada PISMP Pendidikan Islam Ambilan Ogos 2023โ2027.
Kejayaan ini mencerminkan kecemerlangan pelajar IPGK Tawau dalam bidang Matematik serta membuktikan kemampuan pelajar institusi pendidikan guru untuk bersaing di peringkat universiti dan kebangsaan.
Tahniah turut diucapkan kepada pensyarah pembimbing, iaitu Dr. Richeal Phil Thien Kim How dan Dr. Rosnah Binti Jamba atas bimbingan, komitmen dan usaha berterusan dalam membantu pelajar mencapai kejayaan tersebut.
Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga IPGK Tawau untuk terus memperkukuh budaya kecemerlangan akademik serta mengharumkan nama institusi di peringkat yang lebih tinggi.
09/05/2026
๐๐๐๐๐ง๐ ๐๐ง ๐ฉ๐๐ง๐ฎ๐ก ๐ซ๐๐ฌ๐ ๐ฌ๐ฒ๐ฎ๐ค๐ฎ๐ซ ๐๐๐ง ๐๐๐ง๐ ๐ ๐, ๐ฌ๐๐ญ๐ข๐ง๐ ๐ ๐ข-๐ญ๐ข๐ง๐ ๐ ๐ข ๐ฎ๐๐๐ฉ๐๐ง ๐ญ๐๐ก๐ง๐ข๐๐ก ๐๐ข๐ฎ๐๐๐ฉ๐ค๐๐ง ๐ค๐๐ฉ๐๐๐
๐ท๐๐๐ ๐ฒ๐๐๐
๐๐๐๐ @ ๐จ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐จ๐
๐๐๐๐ atas pelantikan sebagai ๐ป๐๐๐๐๐๐๐ ๐ท๐๐๐๐๐๐๐ ๐ฐ๐๐๐๐๐๐๐ ๐ท๐๐๐
๐๐
๐๐๐๐ ๐ฎ๐๐๐ ๐ฒ๐๐๐๐๐ ๐ฎ๐๐๐.
Pelantikan ini bukan sekadar satu pengiktirafan, tetapi juga bukti kepercayaan terhadap dedikasi, ketekunan dan komitmen yang telah lama dicurahkan dalam dunia pendidikan.
Semoga setiap langkah dalam amanah baharu ini dipermudah, dilimpahi hikmah dan terus membawa sinar kecemerlangan kepada seluruh warga pendidikan.
Seluruh warga IPG Kampus Gaya mendoakan agar puan sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, kekuatan dan keberkatan dalam menggalas tanggungjawab ini.
Ikhlas daripada,
Dr. Lina binti Thomas @ Tupang
Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya serta seluruh warga Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya, Kota Kinabalu, Sabah.
08/05/2026
๐ง๐๐๐ก๐๐๐ & ๐ฆ๐ฌ๐๐๐๐ฆ: ๐๐๐๐๐ฌ๐๐๐ก ๐ฃ๐๐ก๐๐ฅ๐๐๐ง๐๐ก ๐๐ฅ๐ง๐๐๐๐ ๐ฃ๐๐ก๐ฌ๐๐๐๐๐๐๐๐ก
Warga IPG Kampus Ilmu Khas (IPGKIK) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Dr. Sharida binti Abu Talib atas kejayaan menerbitkan artikel penyelidikan bertajuk "Co-creating an inclusive science, technology, engineering, and mathematics program: A gender-responsive approach" di dalam Journal of Education and Learning (EduLearn), Scopus Q4.
Syabas dan tahniah juga dirakamkan kepada barisan penulis bersama iaitu Dr. Nurfarahin Nasri, Prof. Madya Dr. Nurfaradilla Mohamad Nasri, dan Dr. Nur Atiqah Jalaludin atas sumbangan bermakna dalam penghasilan karya ilmiah ini.
Semoga kejayaan yang dicapai menjadi inspirasi serta pemangkin semangat kepada seluruh warga akademik IPGKIK untuk terus memacu kecemerlangan dalam bidang penyelidikan dan kelestarian ilmu di peringkat yang lebih tinggi.
07/05/2026
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐
Persidangan Kebangsaan Pedagogi dan Pendidikan Guru Zon Tengah 2026 (PedaTED Zon Tengah 2026) akan diadakan pada 18 hingga 19 Ogos 2026 secara dalam talian.
Persidangan ini bertemakan โTransformasi Pendidikan Guru: Inklusiviti Diperkasa, KBAT Dipacuโ dan merangkumi pelbagai acara seperti pembentangan seminar penyelidikan, pertandingan inovasi, pertandingan poster digital serta pameran maya.
Penyertaan adalah percuma dan terbuka kepada semua yang berminat. Maklumat lanjut boleh diperoleh dengan mengimbas kod QR yang disediakan pada poster hebahan.
Sekian, terima kasih.
06/05/2026
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Telephone
Website
Address
Block 2250, Jalan Usahawan 1
Cyberjaya
63000
Opening Hours
| Monday | 08:00 - 17:00 |
| Tuesday | 08:00 - 18:00 |
| Wednesday | 08:00 - 17:00 |
| Thursday | 08:00 - 17:00 |
| Friday | 08:00 - 17:00 |
