MQA
Malaysia Qualification Agency ❌
Malaysia Qualifications Agency ❌
Malaysian Qualification Agency ❌
Malaysian Qualifications Agency ✅
OFFICIAL : Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)
Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) merupakan agensi badan berkanun bawah Kementerian Pendidikan Tinggi
“Kerajaan Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.”
"Malaysian Government is not responsible for any loss or damages that may be incurred by the user as a result of using the information on this site."
06/05/2026
KUNJUNGAN HORMAT SOPHIA UNIVERSITY, JEPUN KE MQA
CYBERJAYA | 4 MEI 2026
Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) telah menerima kunjungan delegasi dari Sophia University, Jepun dalam usaha memperkukuh jaringan kerjasama antarabangsa serta perkongsian amalan terbaik dalam jaminan kualiti pendidikan tinggi.
Kunjungan tersebut disambut oleh Pengarah Kanan Pembangunan Dasar dan Kepakaran MQA, Encik Mohamad Dzafir Mustafa yang turut mempengerusikan sesi perbincangan antara kedua-dua pihak.
Fokus utama perbincangan adalah berkaitan pelaksanaan Pengakreditan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu (APEL) di Malaysia, termasuk aspek dasar, mekanisme serta impaknya terhadap akses pendidikan sepanjang hayat.
Delegasi Sophia University diketuai oleh Presidennya, Dr. Miki Sugimura bersama Profesor di Centre for Global Education and Discovery, Prof. Naoki Umemiya.
Turut hadir, Pengarah Bahagian Koordinasi dan Rujukan Jaminan Kualiti, Puan Ainil Nilam Mohd Mokhtar serta Penolong Pengarah MQA International, Encik Fairul Nahar Baharudin.
04/05/2026
HARI MESRA PELANGGAN BIL. 4/2026 MQA
CYBERJAYA | 4 MEI 2026
Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) menganjurkan Hari Mesra Pelanggan (HMP) Bil. 4/2026 bertempat di Lobi Mercu MQA sebagai platform interaksi dua hala bersama pelanggan dan pihak berkepentingan.
Program ini bertujuan memperkukuh penyampaian perkhidmatan MQA melalui sesi khidmat nasihat, libat urus serta perkongsian maklumat berkaitan perkhidmatan dan peranan MQA dalam jaminan kualiti pendidikan tinggi negara.
Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan MQA dalam memastikan perkhidmatan yang cekap, telus dan berfokuskan pelanggan selaras dengan agenda penambahbaikan berterusan organisasi.
04/05/2026
PENDAFTARAN MASIH DIBUKA!
Jangan lepaskan peluang ini.
30/04/2026
SELAMAT HARI PEKERJA 2026
CYBERJAYA | 1 MEI 2026
Bersempena dengan sambutan Hari Pekerja, warga Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh tenaga kerja negara yang terus komited memacu pembangunan dan kecemerlangan Malaysia.
Dedikasi, integriti dan semangat profesionalisme yang ditunjukkan oleh setiap pekerja menjadi tunjang kepada kemajuan organisasi dan kesejahteraan negara.
Teruskan melangkah dengan tekad dan iltizam dalam memperkasa kualiti demi masa depan yang lebih gemilang.
Pekerja MADANI Kesuma Bangsa
Saksikan Sesi Brown Bag Standard Program : Pendidikan yang dianjurkan oleh Unit Latihan MQATC dengan kerjasama Bahagian Standard MQA.
29/04/2026
JOM MASUK UNIVERSITI (JMU) 2026 ZON SARAWAK II
SIBU | 25 – 26 APRIL 2026
Program Jom Masuk Universiti (JMU) 2026 Zon Sarawak II yang berlangsung di sini telah berjaya menarik kehadiran yang amat memberangsangkan dengan anggaran lebih 13,000 pengunjung sepanjang dua hari penganjuran.
Penyertaan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dalam program ini bertujuan memperluas akses maklumat pendidikan tinggi kepada pelajar, khususnya berkaitan peluang melanjutkan pengajian ke Universiti Awam, politeknik, kolej komuniti serta institusi latihan kemahiran. Di samping itu, MQA turut menekankan kepentingan akreditasi sebagai jaminan kualiti program pengajian, serta membimbing pelajar dalam penggunaan portal rasmi seperti MQR dan eSisraf.
Pelbagai pengisian menarik telah disediakan termasuk sesi konsultasi bersemuka bersama institusi pendidikan tinggi, taklimat UPUOnline, ujian psikometrik dan kerjaya, pameran inovasi pelajar, serta khidmat nasihat pembiayaan pendidikan melibatkan agensi seperti PTPTN dan Yayasan Sarawak. Program ini turut menjadi platform interaksi langsung antara pelajar, ibu bapa dan wakil institusi.
Secara keseluruhannya, program ini telah berjaya meningkatkan kesedaran dan kefahaman pengunjung mengenai laluan pendidikan tinggi serta kepentingan membuat pilihan pengajian yang tepat dan berkualiti.
29/04/2026
JAWATAN KOSONG PEGAWAI CFS F9-F14
Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) ingin mempelawa WARGANEGARA MALAYSIA yang berkelayakan untuk memohon jawatan Pegawai Teknologi Maklumat Secara Kontrak untuk Perkhidmatan (Contract for Service, CFS)
Iklan telah dimuat naik di Portal Rasmi MQA mulai 24 April 2026 (Jumaat) jam 11.00 pagi.
Maklumat lanjut berkenaan jawatan ini sila layari https://www2.mqa.gov.my/JobsMQA/
Pemohon hendaklah membuat permohonan dengan mengisi Borang Permohonan Jawatan secara dalam talian di Portal Rasmi MQA.
Sebarang pertanyaan sila hubungi 03-8688 3619/ 4833 (Unit Perjawatan, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, MQA).
29/04/2026
JEMPUTAN SESI BROWN BAG STANDARD PROGRAM : PENDIDIKAN
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.
YBhg. Dato'/Datin/YBrs.Prof./Tuan/Puan,
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Latihan MQATC dengan kerjasama Bahagian Standard MQA akan menganjurkan Sesi Brown Bag Standard Program : Pendidikan seperti ketetapan di bawah:
Tarikh: 30 April 2026 (Khamis)
Masa: 10:00 pagi
Pautan Facebook MQA: https://www.facebook.com/AgensiKelayakanMalaysia
Pautan Zoom Webinar: https://zoom.us/j/92473254139?pwd=0zii31bxL1bEtfWeOPwShk5wcNxT22.1
Link Kehadiran : https://forms.gle/7M8mEKd2q4e64cCw7
Sekian, harap maklum.
28/04/2026
PERTUKARAN MoU ANTARA MQA DAN THEQC PERKUKUH KERJASAMA ANTARABANGSA
GEORGETOWN | 28 APRIL 2026
Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) berbesar hati menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Turkish Higher Education Quality Council (THEQC) sebagai langkah strategik dalam memperkukuh kerjasama antarabangsa dalam bidang jaminan kualiti dan akreditasi pendidikan tinggi.
Kolaborasi ini mencerminkan komitmen bersama kedua-dua organisasi dalam mengekalkan standard kualiti yang tinggi, mempertingkat pengiktirafan kelayakan, serta mempromosikan ketelusan melalui kerangka dan daftar kebangsaan masing-masing.
Melalui pemeteraian MoU ini, MQA dan THEQC akan memperluas jaringan kerjasama melalui penglibatan bersama, memudah cara pengiktirafan program akademik dan kelayakan, serta menyokong pembangunan berterusan amalan jaminan kualiti di peringkat nasional dan antarabangsa.
Inisiatif ini juga diharap dapat memperkukuh hubungan dua hala antara Malaysia dan Türkiye, seterusnya membuka ruang kepada perkongsian ilmu, pemindahan kepakaran serta kecemerlangan berterusan dalam pendidikan tinggi.
Pada majlis menandatangani MoU itu, MQA diwakaili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dato Prof. Dr. Mohammad Shatar Sabran sambil disaksikan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Jaminan Kualiti) MQA, Prof Ts Dr M Iqbal Saripan. Sementara itu, THEQC diwakili oleh Presidennya, Prof. Dr. Ümit Kocabıçak dan Naib Presiden, Prof. Dr. Ramazan Bayindir.
Turut hadir adalah wakil-wakil kanan kedua-dua organisasi serta pihak berkepentingan dalam sektor pendidikan tinggi.
27/04/2026
KARNIVAL JOM MASUK UNIVERSITI (JMU) 2026 PERKASA AKSES PENDIDIKAN TINGGI
TANJUNG MALIM | 26 APRIL 2026
Karnival Jom Masuk Universiti (JMU) 2026 yang bermula Januari lalu telah menghimpunkan lebih 140 reruai pameran melibatkan Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) awam dan swasta, Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) serta pelbagai badan dan agensi kerajaan. Penganjuran ini menjadi platform strategik dalam membuka ruang kepada pelajar untuk meneroka peluang pendidikan tinggi secara lebih inklusif dan menyeluruh.
Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam usaha mendemokrasikan akses pendidikan tinggi kepada seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang sosioekonomi.
Agensi Kelayakan Malayisa (MQA) turut menyertai JMU 2026 untuk memberi kesedaran kepada masyarakat umum mengenai kepentingan akreditasi program dan cara untuk menyemak akreditasi sesuatu program yang ditawarkan institusi pendidikan tinggi.
Ketua Pegawai Eksekutif MQA, Dato' Prof. Dr. Mohammad Shatar Sabran berkata, penyertaan MQA dalam Karnival JMU adalah manifestasi komitmen agensi itu dalam usaha memperkasa jaminan kualiti di peringkat nasional.
Selain memberi kesedaran mengenai akreditasi, katanya, MQA turut menggunakan platform itu untuk mempromosikan inisiatif lain seperti APEL dan micro-credentials.
Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Penutupan Karnival JMU 2026 di Universiti Pendidikan Sultan Idris yang disempurnakan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir.
Turut hadir, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Negeri Perak, Dato' Khairudin Abu Hanipah; Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan) KPT, Datuk Ts. Dr. Mohd Nor Azman Hassan; Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Datuk Prof. Dr. Azlinda Azman; Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Dr. Shamsuri Abdullah; Pengerusi Lembaga Pengarah UPSI, Dato' Seri Abdul Puhat Mat Nayan; Naib Canselor UPSI, Dato' Prof. Dr. Md. Amin Md. Taff serta barisan naib canselor universiti awam.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Telephone
Website
Address
Mercu MQA, No 3539, Jalan Teknokrat 7, Cyber 5, 63000 Cyberjaya
Cyberjaya
46200
Opening Hours
| Monday | 08:00 - 17:00 |
| Tuesday | 08:00 - 17:00 |
| Wednesday | 08:00 - 17:00 |
| Thursday | 08:00 - 17:00 |
| Friday | 08:00 - 17:00 |
