E-Komuniti Sepang

E-Komuniti Sepang

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from E-Komuniti Sepang, Public & Government Service, Cyberjaya.

E-Komuniti Sepang merupakan Pages sokongan MPSepang yang memfokuskan ‘Green Growth Economy’, Sustainable Development, Safe City, Smart City & People,Green Technology, Low Carbon City, Sains,Teknologi & Inovasi.

Maklum Balas Pengusaha Terhadap Garis Panduan Pusat Jagaan dan Taska di Negeri Selangor 30/04/2025

*[PENGUSAHA PUSAT JAGAAN & TASKA NEGERI SELANGOR] 👨‍👩‍👧*

Kerajaan Negeri Selangor amat menghargai peranan anda dalam menjaga kesejahteraan kanak-kanak dan warga emas di negeri ini.

Kami sedar bahawa pengurusan pusat jagaan bukanlah tugas yang mudah — terutama apabila perlu mematuhi pelbagai garis panduan dan prosedur.

Oleh itu, kami ingin mendengar terus daripada anda.

📋 Isi soal selidik ini dan bantu kami:

✅ Permudahkan proses pendaftaran pusat jagaan & taska
✅ Semak semula garis panduan agar lebih mesra, mudah dan praktikal

Lebih 80 pusat di Selangor telah berkongsi pandangan mereka. Sekarang giliran anda p**a!

🎁 *Isi dan terima kupon masuk PERCUMA ke Selangor International Care Summit 2025 (SICS 2025) yang bakal berlangsung pada 9–11 Oktober 2025!*

📲 Klik untuk jawab:
👉 https://tinyurl.com/surveypusatjagaan

Suara anda penting untuk masa depan penjagaan yang lebih baik. Jom isi hari ni!

Maklum Balas Pengusaha Terhadap Garis Panduan Pusat Jagaan dan Taska di Negeri Selangor Made with Tally, the simplest way to create forms.

07/03/2025

Notis Penamatan Perkhidmatan Laluan SPG3 & SPG4.

📢 NOTIS PENAMATAN PERKHIDMATAN 📢

Dimaklumkan bahawa perkhidmatan Bas Smart Selangor (Laluan SPG 3 & SPG 4) di bawah Majlis Perbandaran Sepang akan ditamatkan pada 31 Mac 2025.

Setelah 8 tahun beroperasi, Pihak MPSepang telah membuat membuat keputusan untuk menamatkan perkhidmatan Laluan SPG3 dan SPG4 kerana faktor2 berikut :
1. Ridership / Jumlah penumpang yang masih rendah walaupun pelbagai usaha telah dibuat oleh pihak MPSepang seperti menukar bas 12 meter kepada 7 meter (bas mini), memasuki ke kawasan perkarangan / Lobi Hospital, memasuki Terminal Bas IOI City Mall dan pelbagai lagi.
2. ⁠Kos sewaan dan operasi bas yang meningkat susulan kenaikan harga diesel dan kos penyelenggaraan yang dijangkakan akan meningkat.

Di laluan SPG 3 terdapat perkhidmatan Kumpool (Van) ☝🏻 (menggunaan Mobile Apps Kumpool) yang beroperasi di Cyberjaya, manakala laluan SPG 4 terdapat perkhidmatan Van (Selangor Mobiliti) di mana merangkumi kawasan Hospital, IOI City Mall, UPM secara On Demand dengan kadar bayaran serendah RM2 menggunakan Aplikasi Trek ☝🏻dan didapati perkhidmatan ini mendapat sambutan. Penggunaan Selangor Mobility ini didapati mendapat sambutan dan merupakan alternatif bagi menggantikan perkhidmatan Bas Smart Selangor.

Harap maklum dan terima kasih atas sokongan anda! 🚍

Sebarang maklumat lanjut, sila layari:
🌐 www.mpsepang.gov.my
📘 Majlis Perbandaran Sepang
📘 Bas Smart Selangor MPSepang

Photos from Majlis Perbandaran Sepang's post 11/12/2024
Photos from E-Komuniti Sepang's post 07/12/2024

MAJLIS PENGHARGAAN ANUGERAH SMART MAMPAN 2024 (ANUGERAH SDG, ANUGERAH KEBUN KOMUNITI & ANUGERAH JIMAT TENAGA)

6 DISEMBER 2024 (JUMAAT), SEMARAK HALL, CYBERJAYA – Majlis Perbandaran Sepang telah menganjurkan Anugerah ‘Sustainable Development Goal’ (SDG), Anugerah Kebun Komuniti@Sepang dan Anugerah Jimat Tenaga@Sepang yang digabungkan di dalam satu Majlis Penghargaan Anugerah Smart Mampan . Majlis ini dirasmikan oleh Tuan Timbalan Yang DiPertua, MPSepang yang mana teks ucapan beliau telah dibaca oleh Tuan Haji Mohd Saifunazif bin Mat Yatim, Pengarah, Jabatan Kejuruteraan dan seterusnya penyampaian hadiah kepada para pemenang. Majlis ini turut dihadiri oleh Ahli-Ahli Majlis MPSepang, Ketua-Ketua Jabatan MPSepang, Agensi-agensi Kerajaan di Peringkat Persekutuan dan Negeri, Jawatankuasa Perunding Penduduk (JPP), Institusi Pengajian Tinggi, Persatuan Penduduk, NGO dan Komuniti Daerah Sepang.

Anugerah ‘Sustainable Development Goals’ (SDG) merupakan penganjuran pertama kali diadakan oleh pihak MPSepang yang terdiri daripada kategori Komuniti, kategori Sekolah dan Institusi Pengajian Tinggi, Kategori Agensi swasta dan NGO serta Jawatankuasa Paling Aktif. Pihak MPSepang telah memfokuskan pelaksanaan program 5 SDG Champion di Sepang melibatkan SDG 1, SDG 8, SDG 9, SDG 11 dan SDG 12.

Anugerah Kebun Komuniti (AKS2024) merupakan penghargaan kepada komuniti yang melaksanakan aktiviti pertanian melalui Persatuan Penduduk. Anugerah AKS telah bermula sejak tahun 2019 hingga kini dan ia selaras dengan SDG2. Selain itu, AKS ini menyokong dasar Kerajaan Persekutuan di bawah Kebun Komuniti Bandar oleh KPKT, Program Sejahtera Komuniti Madani (SEJATI) di bawah Kementerian Ekonomi. Sebanyak 3 kategori dipertandingkan melibatkan Kategori Perumahan / Komuniti Bertanah, Kategori Perumahan / Komuniti Strata dan Kategori Sekolah.

Anugerah Jimat Tenaga p**a merupakan satu (1) inisiatif MPSepang bagi mengurangkan kadar pelepasan karbon sebanyak 40 peratus menjelang tahun 2030 seperti yang disasarkan di dalam Pelan Tindakan Bandar Pintar dan Rendah Karbon Cyberjaya 2025. Program ini juga selaras dengan pelaksanaan SDG 7, SDG 11, SDG 13 dan SDG 17. Anugerah ini memfokuskan kepada sektor perumahan sahaja dengan pertandingan melibatkan kategori rumah sesebuah, rumah berkembar, rumah teres dan berbilang tingkat. Cabaran seterusnya adalah untuk melibatkan sektor komersil dan sektor industri.

Senarai penuh Pemenang mengikut Anugerah dan Kategori adalah seperti berikut :

ANUGERAH SDG (KATEGORI KOMUNITI)
Johan : KRT Pangsapuri Kenanga, Taman Putra Perdana
Naib Johan : Persatuan Penduduk Apartment Teratai, Taman Putra Perdana
Tempat Ketiga : KRT Megah Villa Apartment, Kota Warisan
Saguhati Pertama : Persatuan Penduduk Komuniti Taman Bunga Raya BBST
Saguhati Kedua : Persatuan Penduduk Taman Ixora BBST

ANUGERAH SDG (KATEGORI AGENSI SWASTA DAN NGO)
Johan : Sime Darby Property (Serenia City) Sdn Bhd
Naib Johan : IOI Properties Group Berhad
Tempat Ketiga : Sepang People Club
Saguhati Pertama : Youth Ventures Asia
Saguhati Kedua : Kebun Komuniti Cyber FarmUR

ANUGERAH SDG (KATEGORI SEKOLAH DAN INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI)
Johan : University of Cyberjaya
Naib Johan : Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Union, Cyberjaya
Tempat Ketiga : Sekolah Menengah Kebangsaan Pantai Sepang Putra
Saguhati Pertama : UniKL MIAT
Saguhati Kedua : Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Bandar Baru Salak Tinggi

ANUGERAH SDG (JAWATANKUASA PERUNDING PENDUDUK PALING AKTIF)
Jawatankuasa Perunding Penduduk (JPP) Sepang Putra

ANUGERAH KHAS SDG
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Union Cyberjaya

ANUGERAH KEBUN KOMUNITI (KATEGORI PERUMAHAN BERTANAH)
Johan : Persatuan Penduduk Taman Seroja
Naib Johan : Persatuan Penduduk The Lake Residence
Tempat Ketiga : Kebun Komuniti APM Sungai Merab

ANUGERAH KEBUN KOMUNITI (PERUMAHAN BERBILANG TINGKAT)
Johan : JMB Pangsapuri Rosana Villa 2B
Naib Johan : JMB Pangsapuri Rista Villa
Tempat Ketiga : JMB MASRECA 19

ANUGERAH KEBUN KOMUNITI (KATEGORI SEKOLAH)
Johan : Sekolah Kebangsaan Desa Putra
Naib Johan : Sekolah Kebangsaan Dato’ Abu Bakar Baginda
Tempat Ketiga : Sekolah Kebangsaan Dengkil

ANUGERAH KHAS KEBUN KOMUNITI
Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Salak Tinggi

ANUGERAH JIMAT TENAGA (KATEGORI RUMAH SESEBUAH)
Johan : Encik Marzuki bin Katijo
Naib Johan : Encik Md Rasid bin Sinoh
Tempat Ketiga : Puan Rabiatul Adawiah binti Damarulan

ANUGERAH JIMAT TENAGA (KATEGORI RUMAH BERKEMBAR)
Johan : Encik Mohamad Hatta bin Kassim
Naib Johan : Encik Muhammad Amirul bin Asrin
Tempat Ketiga : Puan Nurul Fatihah binti Mohd Jamal

ANUGERAH JIMAT TENAGA (KATEGORI RUMAH TERES)
Johan : Encik Wan Mohd Rafidi bin Mohd Rasid
Naib Johan : Encik Asrul Effendi bin Mohamed Emran
Tempat Ketiga : Puan Siti Famida binti Zulkifli

ANUGERAH JIMAT TENAGA (KATEGORI RUMAH BERBILANG TINGKAT)
Johan : Puan Nurul Huda binti Ibrahim
Naib Johan : Puan Nordianti binti Abd Rahim
Tempat Ketiga : Puan Nurliyana binti Yusof

ANUGERAH KHAS JIMAT TENAGA
Encik Marzuki bin Katijo

📲 LIKE, FOLLOW & SHARE: 👇🏻

👍🏻 FB: Majlis Perbandaran Sepang
👍🏻 Twitter:
👍🏻 Instagram:
👍🏻 YouTube: Corporate MPSepang
👍🏻 Tiktok:






TikTok · ADHAMALAYSIA 14/11/2024

Hari Terakhir Penyertaan : 15 November 2024..

TikTok · ADHAMALAYSIA Check out ADHAMALAYSIA’s video.

Photos from E-Komuniti Sepang's post 14/11/2024

Hari terakhir (15 November 2024) untuk menyertai Pertandingan Jimat Tenaga Elektrik , Dapatkan Borang segera di link berikut :
https://smart.mpsepang.gov.my.

Semoga berjaya merebut hadiah wang tunai berjumlah RM9,600. Jom segera daftar dan isi butiran secara online beserta bil elektrik bağı bulan Julai - Oktober 2024. Semoga berjaya.

https://vt.tiktok.com/ZSjfqgHPr/

18/02/2024

| JOM SERTAI PERADUAN CEPat-CEPat MENANG!

Sertai peraduan CEPat-CEPat Menang dan anda berpeluang memenangi hadiah utama iPhone 15 Pro!!

Jangan risau, sebanyak 36 hadiah menarik lain berupa ‘smart phone’ menanti pemenang!
Mudah saja, lakukan pembayaran melalui aplikasi Citizen E-Payment (CEPat) untuk menang! Anda hanya perlu membuat pembayaran bagi perkhidmatan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) negeri Selangor seperti:

-Cukai Taksiran/Pintu
-Sewaan
-Lesen
-Kompaun
-Parkir

*Tempoh penyertaan adalah dari 29 November 2023 sehingga 29 Februari 2024.
*Bilangan transaksi yang terbanyak akan dipilih sebagai pemenang.
Apa tunggu lagi? Muat turun aplikasi CEPat sekarang! Ikuti laman rasmi ini untuk maklumat lanjut



Want your business to be the top-listed Government Service in Cyberjaya?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Cyberjaya
63200

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00