Jabatan Standard Malaysia

Jabatan Standard Malaysia

Share

Badan Standard Kebangsaan dan Badan Akreditasi Kebangsaan

Jabatan Standard Malaysia (JSM) ditubuhkan pada 28 Ogos 1996 di bawah Akta Standard Malaysia 1996 (Akta 549). Bermula pada Oktober 2018, JSM telah diletakkan di bawah Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

13/05/2026

📢 Jabatan Standard Malaysia (JSM) dengan kerjasama Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) akan menganjurkan Seminar MS 2782:2025 (Madu) & MS 2683:2025 (Kelulut) sempena Sambutan Hari Lebah Sedunia 2026.

🗓️ Tarikh: 18 Mei 2026 (Isnin)
⏰ Masa: 8.00 pagi - 5.30 petang
📍 Tempat: Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan, USIM
🔗 https://shorturl.at/7ci4C

Pendaftaran adalah percuma!

Aktiviti:
🐝 Pameran Lebah & Kelulut
🐝 Jualan Produk Madu Lebah & Kelulut
🐝 Kaunter Informasi Pensijlan MyGAP
🐝 Kaunter Informasi Pensijilan Makanan Autentik

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi:

☎️ Encik Muhammad Amirul Ashraf Noorazman:
[email protected] | 03-8008 2992

☎️ Ts. ChM. Kavi Arasu Moorthi:
[email protected] | 03-8008 2868

12/05/2026

Produk mana pilihan anda? 🤔🚗

Tayar yang berkualiti bukan sahaja memberikan prestasi yang lebih baik, malah memenuhi standard keselamatan untuk melindungi pengguna di jalan raya. ✅

Jangan ambil risiko — pilih produk yang mematuhi standard!

Ketahui lebih lanjut di https://shorturl.at/6yyV4

Lorry operators with ISO 39001 to get special Puspakom lane, JISA-exemption, says Loke 12/05/2026

“Lorry operators with ISO 39001 to get special Puspakom lane, JISA-exemption.”

https://www.thestar.com.my/news/nation/2026/05/11/lorry-operators-with-iso-39001-to-get-special-puspakom-lane-jisa-exemption-says-loke

For more information, visit https://shorturl.at/IZDP1

Lorry operators with ISO 39001 to get special Puspakom lane, JISA-exemption, says Loke JOHOR BARU: Lorry operators that have successfully obtained the ISO 39001 Road Traffic Safety Management certification may soon enjoy special perks, says Transport Minister Anthony Loke.

11/05/2026

Pengurusan Tertinggi dan seluruh warga Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah atas pelantikan YBrs. Encik Jaya Singam A/L A. Rajoo sebagai Timbalan Ketua Setiausaha (Pelaburan dan Pengurusan), MITI yang baharu.

Semoga YBrs. Encik Jaya Singam akan terus melaksanakan amanah ini dengan penuh komitmen dan integriti, serta memacu kecemerlangan pengurusan dan pembangunan pelaburan negara demi kemajuan dan kesejahteraan bersama.



Photos from Jabatan Standard Malaysia's post 11/05/2026

⚠️🏥 Malaysia’s New Healthcare Standard 🏥⚠️

MS 2759:2025 - Code of Practice for Good Healthcare Facilities Management Services sets out best practices for the management of healthcare facility services.

✅ More systematic facility management guidelines
✅ Enhance safety and effectiveness of maintenance practices
✅ Supports a high-quality healthcare environment

Ensuring healthcare facilities are managed efficiently, safely, and in accordance with established standards for the well-being of all.

For more information, visit https://shorturl.at/Gesm3

10/05/2026

Kasih ibu tiada tandingan, penuh dengan pengorbanan, kekuatan dan doa yang sentiasa mengiringi setiap langkah kehidupan.

Selamat Hari Ibu kepada semua wanita hebat yang bergelar ibu ❤️

Terima kasih atas pengorbanan, kesabaran dan cinta yang tidak ternilai.

Semoga semua ibu sentiasa dikurniakan kesihatan, kebahagiaan dan kasih sayang yang berpanjangan. 🌷

Photos from Jabatan Standard Malaysia's post 07/05/2026

Jom Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul ✍️

Tulis jawapan anda di ruangan komen 👇😄

Photos from Jabatan Standard Malaysia's post 06/05/2026

4 Mei 2026 – Jabatan Standard Malaysia (JSM) telah menganjurkan sesi Focus Group Discussion (FGD) bagi pembangunan National Annex kepada draf MS ISO/IEC 24039 Information Technology – Smart City Digital Platform Reference Architecture – Data and Service.

Sesi ini bertujuan untuk:
🔹mengumpul pandangan daripada pihak berkepentingan yang telah melaksanakan aplikasi bandar pintar seperti lampu isyarat pintar, lampu jalan pintar dan sistem CCTV pintar;
🔹memuktamadkan kandungan National Annex yang bersesuaian dengan keperluan serta konteks tempatan; dan
🔹menetapkan spesifikasi minimum yang boleh diguna pakai oleh semua pihak berkaitan bagi memastikan penyelarasan sistem yang lebih efektif.

Seramai 72 orang peserta telah menghadiri sesi ini, terdiri daripada wakil kementerian dan agensi kerajaan, jurutera teknologi, persatuan industri serta ahli akademik.

Pembangunan standard ini juga dijangka menyokong pematuhan kepada beberapa indikator di bawah MS ISO 37122:2019 Sustainable Cities and Communities – Indicators for Smart Cities, khususnya dalam sektor tenaga, pengangkutan dan keselamatan bandar.

Penganjuran FGD ini turut memperkukuh peranan JSM sebagai Badan Standard Kebangsaan melalui penglibatan aktif pelbagai pihak berkepentingan, sekali gus memastikan pembangunan standard yang lebih inklusif, relevan dan diterima pakai secara meluas.

Secara keseluruhannya, sesi ini diharapkan menjadi pemangkin kepada pembangunan standard bandar pintar yang lebih bersepadu, mampan dan bersedia menghadapi keperluan masa hadapan.

05/05/2026

Skim Pensijilan Malaysian Sustainable Palm Oil (MSPO) berasaskan siri standard MS 2530 yang disusun mengikut kategori penggiat industri bagi memastikan seluruh rantaian bekalan minyak sawit daripada pekebun kecil, ladang, kilang hingga peniaga mematuhi amalan mampan yang seragam dan bertanggungjawab.

Setiap peringkat industri mempunyai garis panduan khusus mengikut skala operasi bagi memastikan pematuhan yang lebih tersusun dan berkesan. Secara keseluruhannya, standard MS 2530 menekankan kelestarian, kebolehkesanan, ketelusan dan pematuhan dalam industri minyak sawit, sekali gus meningkatkan keyakinan terhadap produk sawit Malaysia.

Melalui MSPO, pengeluaran minyak sawit dijamin lebih mampan, selamat dan berkualiti. Ia bukan sahaja menyokong kelestarian alam sekitar, tetapi juga meningkatkan kesejahteraan masyarakat serta memperkukuh daya saing industri secara menyeluruh 🌿🌴

Untuk maklumat lanjut, layari https://shorturl.at/Hmhyy

Jabatan Standard Malaysia 05/05/2026

Webinar on ISO 14001:2026 - Environmental management systems - Requirements with guidance for use.

Jabatan Standard Malaysia 24 likes. "WEBINAR ON ISO 14001:2026 Environmental management systems - Requirements with guidance for use"

Want your business to be the top-listed Government Service in Cyberjaya?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address

Aras 4-7, Menara 2, Menara Cyber Axis, Jalan Impact, Cyber 6
Cyberjaya
63000