24/10/2026
πΈ πππππππππππ πππππππ πππππππ πππππππ ππππππ πππππ πππππππ ππππ
Jabatan Digital Negara (JDN) telah mengadakan Perhimpunan Bulanan bagi bulan Oktober 2026 pada 22 Oktober 2026 (Khamis), bertempat di Ruang Legar Utara, Aras 6, JDN.
Perhimpunan anjuran bersama Bahagian Pembangunan Aplikasi (BPA), Bahagian Perancangan Perkhidmatan Digital (BPPD) dan Bahagian Pembangunan Strategik dan Arkitektur Digital (BSA) ini membawa tema βSatu Legasi, Seribu Inspirasiβ serta merangkumi pelbagai pengisian, termasuk amanat Ketua Pengarah JDN, tayangan video sorotan aktiviti jabatan, sesi interaksi bersama Ketua Pengarah JDN dan penyampaian Piala Inovasi KP JDN.
Perhimpunan kali ini turut membawa makna yang istimewa bersempena persaraan Ketua Pengarah JDN, YBrs. Ts. Nik Zalbiha binti Nik Mat, pada 22 Oktober 2026. Detik ini menjadi ruang untuk mengenang dan menghargai kepimpinan, jasa serta sumbangan beliau dalam menerajui jabatan, khususnya dalam memperkukuh agenda pendigitalan sektor awam. Sesungguhnya, legasi yang ditinggalkan akan terus menjadi inspirasi buat seluruh warga JDN untuk memperkasa transformasi digital, memacu inovasi dan meningkatkan penyampaian perkhidmatan awam yang lebih cekap, berkesan serta berimpak tinggi.
Semoga perhimpunan ini terus menjadi wadah untuk memperkukuh semangat kebersamaan, menghargai pencapaian warga jabatan dan menyemarakkan komitmen bersama dalam merealisasikan aspirasi Negara AI 2030.