Majlis Perbandaran Sepang

Directions Website

Majlis Perbandaran Sepang Facebook rasmi Majlis Perbandaran Sepang. Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.mpsepang.gov.my/en/main/

English:
To disseminate announcements about our events, activities and corporate information. This is NOT a complaints page.It is one of the efforts made to provide updated information on the profile of the Sepang Municipal Council and its various functions and services rendered to the community of Sepang and Cyberjaya. Use our online system to log your complaints and to track its progress at https://ekl.mpsepang.gov.my/sso/

Bahasa Malaysia:
Ini merupakan laman rasmi facebook Majlis Perbandaran Sepang. Untuk keterangan lanjut sila layari portal rasmi di http://www.mpsepang.gov.my/

Ruang Facebook ini bertujuan sebagai medium hebahan untuk segala program, aktiviti dan informasi korporat. Untuk makluman, ruangan ini BUKAN untuk menghantar sebarang aduan berkaitan perkhidmatan majlis. Ini merupakan salah satu inisiatif pihak majlis untuk mengemaskini maklumat berkaitan profil Majlis Perbandaran Sepang dan pelbagai fungsi perkhidmatan terhadap komuniti di Sepang dan Cyberjaya. Sebarang aduan boleh disalurkan ke portal rasmi perkhidmatan online kami di https://ekl.mpsepang.gov.my/sso/

18/09/2026

Yayasan Hijrah Selangor menawarkan Dana Pantas dan Dana Niaga Tani dengan pembiayaan sehingga RM10,000 tanpa kadar keuntungan, serta tempoh bayaran balik sehingga tiga tahun. Kelulusan penuh boleh diperoleh sepantas 48 jam, tertakluk kepada syarat, kelayakan dan kelengkapan dokumen.

Dana Pantas terbuka kepada perniagaan berdaftar yang telah beroperasi sekurang-kurangnya setahun, manakala Dana Niaga Tani dikhususkan kepada sektor pertanian huluan dan hiliran dengan tempoh operasi sekurang-kurangnya enam bulan. Permohonan boleh dibuat secara digital melalui aplikasi DANA PLUS. Inisiatif bernilai RM20 juta ini dijangka memanfaatkan kira-kira 2,000 usahawan di Selangor.





MAJLIS BACAAN YASIN ANJURAN JABATAN KAWALAN BANGUNANMajlis Perbandaran Sepang telah mengadakan Majlis Bacaan Yasin anjur...
18/09/2026

MAJLIS BACAAN YASIN ANJURAN JABATAN KAWALAN BANGUNAN

Majlis Perbandaran Sepang telah mengadakan Majlis Bacaan Yasin anjuran Jabatan Kawalan Bangunan sebagai salah satu pengisian kerohanian dalam kalangan warga kerja MPSepang.

Majlis ini turut dihadiri oleh YBrs. Dr. Ani binti Ahmad, Yang Dipertua MPSepang serta YBrs. Tuan Mohd Faizal bin Abdul Raji, Timbalan Yang Dipertua MPSepang.

Bacaan Yasin dan doa turut dipanjatkan buat Allahyarham Encik Mohd Hairol Sazly bin Zulkiffli, Pembantu Khidmat Am, Jabatan Khidmat Pengurusan serta Allahyarhamah Puan Rosmah binti Busu, ibunda kepada Puan Siti Shaidatul Hanim binti Saharudin, Penolong Pengarah Jabatan Perancangan Bandar.

Semoga segala amal kebajikan kedua-dua Allahyarham dan Allahyarhamah diterima di sisi Allah SWT, diampunkan segala dosa serta ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh. Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan di syurga-Nya.

Takziah diucapkan kepada seluruh ahli keluarga dan warga kerja MPSepang yang kehilangan insan tersayang. Semoga mereka dikurniakan ketabahan, kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi kehilangan ini

PERHIMPUNAN PAGI MAJLIS PERBANDARAN SEPANG ANJURAN JABATAN PENGUATKUASAAN DAN SAMBUTAN HARI MALAYSIA17 September 2026, K...
17/09/2026

PERHIMPUNAN PAGI MAJLIS PERBANDARAN SEPANG ANJURAN JABATAN PENGUATKUASAAN DAN SAMBUTAN HARI MALAYSIA

17 September 2026, Khamis - Majlis Perbandaran Sepang telah mengadakan Perhimpunan Pagi MPSepang anjuran Jabatan Penguatkuasaan yang menghimpunkan pengurusan tertinggi serta warga kerja MPSepang dalam suasana penuh semangat dan kebersamaan.

Perhimpunan pagi ini turut diserikan dengan ucapan oleh YBrs. Dr. Ani binti Ahmad, Yang Dipertua MPSepang, sebagai amanat dan panduan kepada seluruh warga kerja dalam melaksanakan tanggungjawab serta meningkatkan komitmen terhadap penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.

Turut berlangsung penyampaian hadiah sebagai penghargaan atas pencapaian yang telah diraih oleh MPSepang. Pengiktirafan ini menjadi tanda apresiasi terhadap usaha, dedikasi dan komitmen warga kerja yang bersama-sama menyumbang kepada pencapaian serta kecemerlangan MPSepang.

Hadir bersama YBrs. Tuan Mohd Faizal bin Abdul Raji, Timbalan Yang Dipertua MPSepang serta para Pengarah Jabatan MPSepang.

Selesai Perhimpunan Pagi, program diteruskan dengan Sambutan Hari Malaysia sebagai ruang untuk menyemarakkan semangat patriotisme, memperkukuh perpaduan serta menyuburkan rasa cinta kepada negara dalam kalangan warga kerja MPSepang.

Semoga semangat kebersamaan yang diterapkan melalui perhimpunan dan sambutan ini terus menjadi pemangkin kepada warga MPSepang untuk melaksanakan amanah dengan penuh integriti, dedikasi dan komitmen demi memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.

SEMINAR KECEMERLANGAN ORGANISASI MELALUI PEMBUDAYAAN INTEGRITI DAN ANTI RASUAH 14 & 15 September 2026 (Isnin & Selasa), ...
17/09/2026

SEMINAR KECEMERLANGAN ORGANISASI MELALUI PEMBUDAYAAN INTEGRITI DAN ANTI RASUAH

14 & 15 September 2026 (Isnin & Selasa), Semarak Hall @ Cyberjaya.

Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) telah menganjurkan Seminar Kecemerlangan Organisasi Melalui Pembudayaan Integriti Dan Anti Rasuah dengan jayanya, yang menjadi platform perkongsian ilmu, pengalaman dan amalan terbaik organisasi.

Majlis Perasmian Seminar Kecemerlangan Organisasi Melalui Pembudayaan Integriti Dan Anti Rasuah ini telah disempurnakan oleh Timbalan Yang Dipertua MPSepang, YBrs. Tuan Mohd Faizal bin Abdul Raji dan Timbalan Pengarah (Pembangunan), KPKPj Puan Hamidah binti Aziz, Bahagian Pengurusan Integriti Agensi (BPIA) Suruhanjaya Pencegaharan Rasuah Malaysia (SPRM). Majlis turut dihadiri oleh Ketua Unit Integriti Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Tuan Hazlim bin Hapaz serta Pengarah-Pengarah Jabatan dan Unit Majlis Perbandaran Sepang.

Sepanjang dua hari penganjuran seminar, para peserta telah mengikuti pelbagai sesi perkongsian dan pengisian yang bertujuan untuk memperkukuh integriti, tadbir urus baik serta pencegahan rasuah yang telah disampaikan oleh PsK Tuan Agussalim bin Amirudin (SPRM) dan Pengarah Unit Integriti MPSepang, Puan Suhana binti Mohd Ghazali. Program turut menampilkan perkongsian berkaitan pembangunan integriti diri menerusi sesi perkongsian oleh YBhg. Dato’ Ahmad Sabri bin Mohamed, Presiden Persatuan Pegawai Integriti Bertauliah Malaysia (ACEIO) dan ceramah oleh pakar motivasi yang terkenal iaitu Saudara Syamsul Debat. Program turut diserikan dengan kehadiran YH Dato’ Haji Suris bin Mihat, Ketua Pegawai Eksekutif, Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pahang Barat PLUS.

MPSepang merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua penceramah jemputan dan para peserta seminar yang terdiri daripada warga kerja MPSepang dan juga kehadiran peserta daripada agensi-agensi seperti berikut: (1) Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, (2) Majlis Bandaraya Diraja Klang, (3) Majlis Perbandaran Kuala Selangor, (4) Majlis Perbandaran Hulu Selangor, (5) Majlis Perbandaran Kuala Langat, (6) Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, (7) Majlis Bandaraya Johor Bahru, (8) Majlis Perbandaran Segamat, (9) Majlis Perbandaran Temerloh, (10) Majlis Daerah Bera, (11) Jabatan Agama Islam Selangor, (12) Lembaga Zakat Selangor, (13) Permodalan Negeri Selangor Berhad, (14) Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), (15) Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM), (16) Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), (17) Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA), (18) Koperasi Kakitangan Majlis Bandaraya Kuantan Berhad (KOSPEK), (19) Leading Innovative Technologies & System Sdn Bhd dan (20) Cenviro Sdn Bhd.

Kejayaan pelaksanaan Seminar Kecemerlangan Organisasi Melalui Pembudayaan Integriti Dan Anti Rasuah ini diharap dapat meningkatkan kelestarian dan kecemerlangan organisasi khususnya dalam memastikan prinsip integriti dan akauntabiliti menjadi tunjang utama dalam setiap urusan pentadbiran di agensi kerajaan mahupun swasta di Malaysia. Terima kasih.

17/09/2026

Jom dengarkan perkongsian berkenaan punca, tanda dan rawatan bagi sakit lutut melalui segmen Hello, Hello! Radio MPSepang petang ini 😊

📢 MAKLUMAN KEPADA SEMUA PENYEWA PREMIS MAJLISDimaklumkan bahawa mulai 1 Oktober 2026, pemotongan bayaran sewaan melalui ...
17/09/2026

📢 MAKLUMAN KEPADA SEMUA PENYEWA PREMIS MAJLIS

Dimaklumkan bahawa mulai 1 Oktober 2026, pemotongan bayaran sewaan melalui Direct Debit akan dilaksanakan pada:

🔴 1 haribulan setiap bulan
🟢 15 haribulan setiap bulan

⚠️ Sekiranya pemotongan pada 1 haribulan tidak berjaya, pemotongan semula akan dibuat pada 15 haribulan bulan yang sama.

💰 Sila pastikan baki akaun bank mencukupi bagi memastikan proses pemotongan bayaran sewaan berjaya.

📱 Jumlah bayaran yang akan dipotong akan dimaklumkan melalui SMS, manakala status pemotongan yang berjaya akan dihantar melalui e-mel.

📌 Sila pastikan nombor telefon dan alamat e-mel yang berdaftar dengan Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta (JPPH), Majlis Perbandaran Sepang sentiasa dikemas kini.

Kerjasama dan perhatian semua penyewa premis amat dihargai.

📢 MAKLUMAN KEPADA SEMUA PENYEWA PREMIS MAJLISMulai 1 Oktober 2026, pemotongan sewaan melalui Direct Debit akan dibuat pa...
17/09/2026

📢 MAKLUMAN KEPADA SEMUA PENYEWA PREMIS MAJLIS

Mulai 1 Oktober 2026, pemotongan sewaan melalui Direct Debit akan dibuat pada:
🔴 1hb setiap bulan
🟢 15hb setiap bulan

⚠️ Jika pemotongan pada 1hb tidak berjaya, pemotongan akan dibuat semula pada 15hb.
💰 Pastikan baki akaun bank mencukupi untuk pemotongan sewaan.
📱 Jumlah pemotongan dimaklumkan melalui SMS, manakala status pemotongan berjaya akan dihantar melalui e-mel.

📌 Sila pastikan nombor telefon dan e-mel terkini dikemaskini dengan JPPH, MP Sepang.

17/09/2026

9 HARI LAGI: HARI CUCI MALAYSIA 2026

Tinggal 9 hari lagi sebelum Hari Cuci Malaysia (HCM) 2026 menggerakkan rakyat Malaysia dalam usaha memperkukuh budaya kebersihan dan memupuk semangat gotong-royong di seluruh negara.

Program Pembersihan Mega Seluruh Negara sempena HCM 2026 bakal berlangsung pada 26 September ini di Pasar Taman Seri Gombak, Batu Caves, Selangor, dengan pelbagai aktiviti menarik untuk menggalakkan penglibatan masyarakat dalam menjaga kebersihan persekitaran.

Penganjuran tahun ini menyasarkan penyertaan serentak 200,000 peserta termasuk 10,000 sekolah di seluruh negara, selain usaha merekodkan dua pencapaian baharu Malaysia Book of Records (MBOR).

Jom bersama-sama menjadikan kebersihan sebagai amalan harian. Sama ada di rumah, kedai, pejabat atau kawasan kejiranan, setiap usaha kecil kita mampu membawa perubahan besar kepada persekitaran dan kesejahteraan bersama.

Semua dijemput hadir memeriahkan Hari Cuci Malaysia 2026!

RancakkanMADANI

BICARA PERDANA DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR SEMPENA HARI MALAYSIA TAHUN 202615 September 2026, Selasa - Sempena sambutan...
16/09/2026

BICARA PERDANA DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR SEMPENA HARI MALAYSIA TAHUN 2026

15 September 2026, Selasa - Sempena sambutan Hari Malaysia Tahun 2026, telah berlangsung Bicara Perdana Dato’ Menteri Besar Selangor sebagai wadah untuk menyemarakkan semangat patriotisme, memperkukuh jati diri serta menghayati makna kebersamaan dalam membina sebuah Malaysia yang harmoni dan sejahtera.

Program ini menjadi ruang perkongsian pandangan dan amanat berkaitan peranan setiap lapisan masyarakat dalam memperkukuh perpaduan, menghargai kepelbagaian serta bersama-sama menyumbang kepada pembangunan negeri dan negara.

Sambutan Hari Malaysia bukan sekadar memperingati pembentukan Malaysia, malah menjadi peringatan bahawa kekuatan negara terbina melalui semangat kebersamaan, saling menghormati dan kesediaan untuk bergerak maju sebagai satu bangsa.

Semoga Bicara Perdana ini terus menyemarakkan semangat cintakan negara dan menyatukan tekad untuk bersama-sama membina Selangor serta Malaysia yang lebih maju, inklusif dan sejahtera.

SALAM TAKZIAHMajlis Perbandaran Sepang merakamkan ucapan takziah buat keluarga Allahyarham Encik Mohd Hairol Sazly bin Z...
16/09/2026

SALAM TAKZIAH

Majlis Perbandaran Sepang merakamkan ucapan takziah buat keluarga Allahyarham Encik Mohd Hairol Sazly bin Zulkiffli, Pembantu Khidmat Am, H1, Jabatan Khidmat Pengurusan yang telah kembali ke Rahmatullah pada 15 September 2026.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham, mengampuni segala dosa dan kesalahan serta menempatkan roh Allahyarham dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Al-Fatihah.

Salam takziah daripada Yang Dipertua, Timbalan Yang Dipertua, Ahli-Ahli Majlis serta seluruh warga kerja Majlis Perbandaran Sepang.

Address

Persiaran Semarak Api, Cyber 1
Cyberjaya
63200

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Majlis Perbandaran Sepang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share