14/05/2026
Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia - JPS
Laman Facebook Rasmi Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Malaysia Vision
To be among the world's best public sector organization.
Mission
To lead and provide world class services in water resources management especially in flood, river and coastal zone management to enhance quality of life by ensuring water security and environmental sustainability. Objective
To provide engineering services which are beyond the capability of the target group itself and subsequently to ensure optimum land utilization and more efficient manage
14/05/2026
14/05/2026
Tanggungjawab menjaga alam bukan sekadar pilihan yang boleh diabaikan, tetapi amanah yang perlu dipikul bersama demi kesejahteraan generasi hari ini dan masa hadapan. โ๏ธ
14/05/2026
๐๐๐ง๐๐๐ค๐ค๐๐ง ๐๐๐๐๐๐
Sebagai sebahagian daripada inisiatif tebatan banjir di Sarawak, projek RTB Stakan yang bernilai RM10 juta kini telah siap sepenuhnya. Projek ini merupakan langkah strategik bagi menangani risiko banjir akibat pembangunan pesat di sempadan Kuching-Samarahan. Dengan siapnya projek ini, lebih 5,000 penduduk di kawasan Sungai Stakan kini mendapat perlindungan dan jaminan keselamatan yang lebih baik daripada ancaman bencana banjir kilat.
13/05/2026
๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐, ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ (๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐) ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐: ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐
๐
๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐ | ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐
Majlis perasmian bengkel ini telah disempurnakan oleh Ir. Hajah Anita binti Ainan, Pengarah Bahagian Pengurusan Sumber Air dan Hidrologi, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Malaysia yang menanggung tugas Pengarah Kanan (Sektor Pengurusan).
Bengkel yang berlangsung pada 13 hingga 14 Mei 2026 di The Everly Putrajaya ini melibatkan pegawai-pegawai JPS daripada Bahagian-bahagian JPS Malaysia serta JPS Negeri.
Penganjuran bengkel ini bertujuan menyediakan sesi latihan dan pendedahan kepada pegawai JPS berkaitan penggunaan DID Manual Edisi Kedua, toolkit serta pocketbook bagi penyediaan manual yang lebih sistematik, seragam dan selaras dengan keperluan semasa dalam bidang hidrologi dan pengurusan sumber air.
Bengkel ini turut menjadi platform perkongsian ilmu serta pemantapan kefahaman dalam kalangan pegawai teknikal JPS Malaysia terhadap tatacara, garis panduan dan amalan terbaik yang digariskan dalam DID Manual Edisi Kedua.
Manual ini akan menjadi rujukan utama kepada pegawai JPS Malaysia serta rujukan berguna kepada perunding, ahli akademik, pemaju dan semua pihak yang terlibat dalam pengurusan serta pembangunan sumber air dan hidrologi negara.
13/05/2026
๐๐๐ง๐๐๐ค๐ค๐๐ง ๐๐๐๐๐๐
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) secara rasmi telah menyerahkan dua (2) projek tebatan banjir yang siap sepenuhnya kepada Kerajaan Sarawak dengan nilai keseluruhan berjumlah RM107.2 juta.
Projek yang dilaksanakan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) ini merangkumi ๐๐๐ ๐๐ญ๐๐ค๐๐ง ๐๐๐ง ๐๐๐ ๐๐ข๐๐ฎ ๐
๐๐ฌ๐ ๐, bertujuan memastikan infrastruktur pengurusan air yang lebih mampan demi keselamatan dan kelangsungan hidup komuniti setempat.
12/05/2026
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐
๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ (๐๐๐๐๐) ๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐
๐
๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐ | ๐๐๐๐๐๐๐
YBhg. Datoโ Sri Haji Mad Zaidi bin Mohd Karli, Ketua Setiausaha Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), hari ini telah mengadakan lawatan tapak bagi meninjau kemajuan pelaksanaan dua (2) projek pembangunan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Malaysia di Negeri Perlis.
Antara projek utama yang terlibat dalam lawatan ini ialah:
๐ Projek Rancangan Tebatan Banjir Lembangan Sungai Perlis
๐ Projek Pemuliharaan Sungai untuk Mengurangkan Risiko Banjir (RMKe-13) Negeri Perlis
Turut hadir mengiringi lawatan ialah YBhg. Datuk Ir. Mohamad Radzi bin Abdul Talib, Ketua Pengarah JPS Malaysia, bersama pegawai-pegawai JPS Malaysia dan JPS Negeri Perlis.
Lawatan ini bertujuan menilai status kemajuan fizikal dan prestasi pelaksanaan projek bagi memastikan setiap skop kerja dilaksanakan mengikut jadual, spesifikasi teknikal serta standard kualiti yang telah ditetapkan. Selain itu, lawatan ini turut menjadi platform penyelarasan antara agensi pelaksana dalam memperkukuh keberkesanan pelaksanaan inisiatif tebatan banjir dan pemuliharaan sungai secara bersepadu, selaras dengan komitmen kerajaan ke arah pengurusan sumber air dan pengurangan risiko bencana yang mampan.
12/05/2026
11/05/2026
11/05/2026
๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐: ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐.
Monsun Barat Daya dijangka bermula pada 14 Mei 2026 dan berterusan sehingga September 2026.
Permulaan monsun ini menandakan berakhirnya fasa peralihan monsun yang bermula sejak 29 Mac 2026.
Orang ramai juga disarankan agar sentiasa merujuk maklumat ramalan cuaca serta amaran terkini melalui saluran rasmi Jabatan Meteorologi Malaysia, bagi memastikan setiap aktiviti dapat dilaksanakan dengan lebih selamat, teratur dan lancar.
11/05/2026
๐๐๐๐๐๐๐๐
๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐
Semoga operasi yang dilaksanakan ini memberi manfaat kepada semua.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Website
Address
Ibu Pejabat JPS Malaysia, Persiaran Rimba Permai, Cyber 8
Cyberjaya
63000
Opening Hours
| Monday | 07:30 - 17:30 |
| Tuesday | 07:30 - 17:30 |
| Wednesday | 07:30 - 17:30 |
| Thursday | 07:30 - 17:30 |
| Friday | 07:30 - 17:30 |
