Tunggu 16. Kerana keselamatan anak-anak tidak boleh ditunggu.
Maklumat lanjut:
https://www.mcmc.gov.my/en/onsa/under-16
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
MCMC adalah sebuah badan berkanun ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998.
MCMC adalah sebuah badan berkanun ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 (ASKMM1998) bagi melaksanakan dan mempromosi matlamat dasar kebangsaan Malaysia bagi sektor komunikasi dan multimedia. MCMC juga melaksana Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 (AKM1998), satu perundangan yang menggalakkan dan mengawal selia percantuman industri komunikasi dan multimedia yang semakin meningkat.
Di sebalik setiap skrin, ada risiko yang tidak selalu dapat kita lihat.
Sebab itu keselamatan anak-anak dalam talian bukan lagi satu pilihan, tetapi satu keutamaan.
Tunggu 16. Lindungi mereka sebelum terlambat.
Maklumat lanjut:
https://www.mcmc.gov.my/en/onsa/under-16
01/06/2026
TUNGGU 16.
Media sosial membuka ruang untuk belajar, berhubung dan berkongsi. Namun, tanpa tahap kematangan yang sesuai, kanak-kanak juga berdepan risiko seperti buli siber, eksploitasi s*ksual, penipuan dalam talian dan kandungan memudaratkan.
Mulai hari ini, inisiatif Tunggu 16 diperkenalkan bagi memperkukuh perlindungan kanak-kanak di alam siber melalui pelaksanaan keperluan pengesahan umur untuk akses kepada platform media sosial tertentu.
Kerana bukan semua perkara sesuai untuk semua peringkat usia.
Belum 16? Belum Sedia Untuk Media Sosial.
Soalan-soalan lazim (FAQ):
https://mcmc.gov.my/en/onsa/resources/frequently-asked-questions
Maklumat lanjut:
https://www.mcmc.gov.my/en/onsa/under-16
01/06/2026
KENYATAAN MEDIA
KOD PERLINDUNGAN KANAK-KANAK: PENGESAHAN UMUR BERMULA HARI INI DEMI MELINDUNGI KANAK-KANAK DALAM TALIAN.
Untuk maklumat lanjut mengenai Kod Perlindungan Kanak-Kanak (Child Protection Code, CPC) dan Kod Pengurangan Risiko (Risk Mitigation Code, RMC), sila rujuk Soalan-soalan Lazim https://mcmc.gov.my/en/onsa/resources/frequently-asked-questions.
01/06/2026
Daulat Tuanku. 🇲🇾
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.
Semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku dikurniakan keafiatan, kesejahteraan dan sentiasa berada dalam lindungan Allah SWT.
Dirgahayu Tuanku.
31/05/2026
🪷 Selamat Menyambut Hari Wesak 2026 🪷
MCMC mengucapkan Selamat Menyambut Hari Wesak kepada seluruh penganut Buddha di Malaysia.
Semoga sambutan ini membawa ketenangan, kebijaksanaan dan keharmonian dalam kehidupan serta memperkukuh semangat saling menghormati dalam masyarakat majmuk negara kita.
30/05/2026
30/05/2026
🌾 Selamat Menyambut Pesta Kaamatan & Hari Gawai 2026 🌾
MCMC mengucapkan Selamat Menyambut Pesta Kaamatan dan Hari Gawai kepada seluruh rakyat Malaysia yang meraikannya.
Semoga perayaan ini membawa kegembiraan, kemakmuran dan mengeratkan lagi semangat perpaduan kita bersama.
Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan. Gayu Guru Gerai Nyamai.
28/05/2026
Apa yang bermula dengan satu klik boleh membawa kepada kandungan yang tidak sepatutnya dilihat oleh kanak-kanak.
Kandungan ganas, unsur eksploitasi, buli siber, cabaran berisiko dan individu tidak dikenali hanyalah sebahagian daripada ancaman yang wujud di ruang digital hari ini. Tanpa pemantauan yang sewajarnya, anak-anak boleh terdedah kepada pengaruh yang memberi kesan kepada emosi, tingkah laku dan keselamatan mereka.
Apabila mereka bersendirian di hadapan skrin, adakah kita benar-benar tahu apa yang sedang mereka lihat?
Lindungi mereka sebelum risiko menjadi realiti.
27/05/2026
Usaha memperkukuh capaian internet rakyat terus dipergiat apabila Melaka bakal menerima pembinaan 24 menara telekomunikasi baharu di kawasan liputan lemah.
▪️ 24 lokasi dikenal pasti mempunyai capaian internet lemah
▪️ 11 menara telah siap beroperasi
▪️ 13 lagi sedang dalam pembinaan secara berperingkat
▪️ Projek dijangka siap sebelum suku kedua 2027
▪️ Sebanyak 390 menara telekomunikasi telah siap dibina di Melaka setakat April 2026
Inisiatif ini dijangka membantu meningkatkan kualiti komunikasi dan akses internet rakyat di seluruh negeri.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Website
Address
Cyberjaya
Opening Hours
| Monday | 08:30 - 17:00 |
| Tuesday | 08:30 - 17:00 |
| Wednesday | 08:30 - 17:00 |
| Thursday | 08:30 - 17:00 |
| Friday | 08:30 - 17:00 |
