Bahagian Pengurusan Lembangan Sungai ,JPS Malaysia

Bahagian Pengurusan Lembangan Sungai ,JPS Malaysia

Share

1. Policy determination, strategy and guidelines in river management
2. Cooperation with state in river rehabilitation and river improvement project
3.

Technical services to state and other agency
4. Planning and implementation of river study

Photos from Bahagian Pengurusan Lembangan Sungai ,JPS Malaysia's post 30/04/2026

𝗟𝗔𝗪𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗧𝗔𝗣𝗔𝗞 𝗣𝗥𝗢𝗝𝗘𝗞 𝗠𝗘𝗠𝗕𝗜𝗡𝗔 𝗕𝗔𝗛𝗔𝗥𝗨 𝗝𝗔𝗠𝗕𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗗𝗜 𝗞𝗔𝗠𝗣𝗨𝗡𝗚 𝗔𝗜𝗥 𝗣𝗨𝗟𝗔𝗨, 𝗟𝗔𝗪𝗜𝗡, 𝗛𝗨𝗟𝗨 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗞, 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗞

🗓️ 𝟮𝟴 𝗔𝗽𝗿𝗶𝗹 𝟮𝟬𝟮𝟲
📍 𝗟𝗮𝘄𝗶𝗻, 𝗛𝘂𝗹𝘂 𝗣𝗲𝗿𝗮𝗸, 𝗣𝗲𝗿𝗮𝗸

Satu Lawatan Tapak oleh Bahagian Pengurusan Lembangan Sungai (BPLS) JPS Malaysia bersama JPS Negeri Perak telah diadakan bertujuan memantau prestasi kerja-kerja pembinaan Projek Membina Baharu Jambatan di Kampung Air Pulau, Lawin, Hulu Perak yang diketuai oleh Timbalan Pengarah (Seksyen Operasi) BPLS Ir. Zaliffah binti Ayob, En. Mohd Kamarul bin Mohd Noh Jurutera Daerah JPS Hulu Perak Negeri Perak, En. Mohd Hafis bin Ahmad dari JPS Perak dan Ir Mohd Fahmi bin Hamzah Penolong Pengarah, BPLS.

Lawatan tapak ini bertujuan untuk memperolehi gambaran yang lebih jelas berkenaan pelaksanaan kerja di tapak projek. Selain itu, lawatan ini juga bertujuan untuk memastikan projek berjalan lancar dan dapat disiapkan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Melalui kerjasama yang baik oleh semua pihak yang terlibat, projek ini berjalan lancar dan telah mendahului jadual. Semoga dengan adanya kerjasama yang baik dan pemantauan yang lebih kerap, projek ini dapat disiapkan lebih awal. Seterusnya memberikan manfaat yang baik kepada penduduk setempat dan menjadi pemangkin kepada percambahan ekonomi setempat.

Photos from Bahagian Pengurusan Lembangan Sungai ,JPS Malaysia's post 03/04/2026

𝗠𝗘𝗦𝗬𝗨𝗔𝗥𝗔𝗧 𝗞𝗜𝗖𝗞 𝗢𝗙𝗙 𝗗𝗔𝗡 𝗟𝗔𝗪𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗧𝗔𝗣𝗔𝗞 𝗕𝗔𝗚𝗜 𝗣𝗥𝗢𝗝𝗘𝗞 𝗣𝗘𝗠𝗕𝗜𝗡𝗔𝗔𝗡 𝗜𝗡𝗙𝗥𝗔𝗦𝗧𝗥𝗨𝗞𝗧𝗨𝗥 𝗦𝗔𝗕𝗢 𝗗𝗜 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗦𝗔𝗕𝗔𝗛 (𝗥𝗘𝗞𝗔 𝗗𝗔𝗡 𝗕𝗜𝗡𝗔)

🗓️ 𝟮 𝗔𝗣𝗥𝗜𝗟 𝟮𝟬𝟮𝟲 📍 𝗦𝗔𝗕𝗔𝗛

Satu Mesyuarat Kick Off dan lawatan tapak bagi Projek Pembinaan Infrastruktur Sabo Di Negeri Sabah (Reka dan Bina) telah diadakan pada 2 April 2026 di JPS Negeri Sabah yang dipengerusi oleh Pengarah JPS Negeri Sabah, Ir. Hj. Siraja bin Hj. Bashora. Turut hadir bersama Pengarah BPLS, Ir. Ts. Hajah Norlida binti Mamad @ Samad, Bahagian Ukur Bahan dan Pengurusan Kontrak, Jurutera Daerah Kota Belud, Jurutera Daerah Ranau, kontraktor, perunding dan Unit Timur, Sabah dan Sarawak, BPLS.

Lawatan tapak projek ini juga diadakan di Kampung Malangkap, Daerah Kota Belud bertujuan untuk mendapatkan gambaran sebenar di tapak bersama pihak kontraktor dan perunding. Tempoh pelaksanaan projek ini adalah selama 5 tahun bermula pada 9 April 2026. Dengan pelaksanaan projek ini diharap dapat mencapai objektif projek iaitu:

i) Menahan puing dan memperlahankan aliran sungai bagi melindungi orang awam, harta benda dan infrastruktur.
ii) Membaikpulih morfologi (bentuk, jajaran dan kedalaman) sungai di lokasi projek.

Photos from Bahagian Pengurusan Lembangan Sungai ,JPS Malaysia's post 02/04/2026

𝗟𝗔𝗪𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗧𝗔𝗣𝗔𝗞 𝗕𝗔𝗛𝗔𝗚𝗜𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗨𝗥𝗨𝗦𝗔𝗡 𝗟𝗘𝗠𝗕𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗦𝗨𝗡𝗚𝗔𝗜 𝗞𝗘 𝗣𝗥𝗢𝗝𝗘𝗞-𝗣𝗥𝗢𝗝𝗘𝗞 𝗕𝗔𝗥𝗨 𝗥𝗠𝗞𝟭𝟯 𝗥𝗣𝟭 𝗝𝗣𝗦 𝗗𝗔𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗞𝗨𝗔𝗟𝗔 𝗞𝗔𝗡𝗚𝗦𝗔𝗥 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗞

🗓️ 𝟯𝟬 𝗠𝗔𝗖 𝟮𝟬𝟮𝟲 📍 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗞

Satu lawatan tapak oleh Bahagian Pengurusan Lembangan Sungai (BPLS) bersama JPS Daerah Kuala Kangsar, Negeri Perak telah diadakan bagi meninjau lokasi projek baharu RMK13 Tahun 2026 Negeri Perak yang diketuai oleh Pengarah BPLS, Ir. Ts. Hajah Norlida binti Mamad @ Samad. Turut serta lawatan ini En. Ahmad Azizi B. Ariffin, Jurutera Daerah Kuala Kangsar dan Unit Utara BPLS.

Lawatan tapak ini bertujuan mendapatkan gambaran sebenar di tapak untuk mengenalpasti kawasan projek dengan lebih teliti bagi pemantauan projek kelak. Penyelarasan bersama JPS Daerah Kuala Kangsar adalah penting untuk menentukan jadual pelaksanaan sebagaimana yang dirancang.

Pada tahun 2026 ini, sebanyak 2 projek baru Negeri Perak telah diluluskan di bawah BPLS dan salah satu daripadanya adalah PROJEK PEMULIHARAAN KORIDOR SUNGAI PELUS PEKAN LINTANG SERTA KERJA BERKAITAN DI DAERAH KUALA KANGSAR, PERAK DARUL RIDZUAN.

Pelaksanaan projek ini dijangka akan dapat memberikan manfaat langsung kepada masyarakat yang berhadapan isu banjir dan runtuhan tebing.

20/03/2026

𝗦𝗲𝗹𝗮𝗺𝗮𝘁 𝗠𝗲𝗻𝘆𝗮𝗺𝗯𝘂𝘁 𝗛𝗮𝗿𝗶 𝗥𝗮𝘆𝗮 𝗔𝗶𝗱𝗶𝗹𝗳𝗶𝘁𝗿𝗶
𝟭𝟰𝟰𝟳𝗛/𝟮𝟬𝟮𝟲
𝗠𝗮𝗮𝗳 𝗭𝗮𝗵𝗶𝗿 𝗱𝗮𝗻 𝗕𝗮𝘁𝗶𝗻

Tulus Ikhlas :
𝗜𝗿. 𝗧𝘀. 𝗛𝗮𝗷𝗮𝗵 𝗡𝗼𝗿𝗹𝗶𝗱𝗮 𝗕𝗶𝗻𝘁𝗶 𝗠𝗮𝗺𝗮𝗱 @ 𝗦𝗮𝗺𝗮𝗱
Pengarah Bahagian Pengurusan Lembangan Sungai,
Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia

19/03/2026

𝗥𝗮𝘆𝗮 𝗸𝗶𝘁𝗮 𝗵𝗮𝗽𝗽𝘆,
𝗥𝗮𝘆𝗮 𝗸𝗶𝘁𝗮 𝘀𝗲𝗹𝗳𝗶𝗲
𝗢𝗵 𝗜 𝗮𝗺 𝘀𝗼𝗿𝗿𝘆
𝗥𝗮𝘆𝗮 𝗷𝗮𝗹𝗮𝗻 𝘀𝗮𝗻𝗮, 𝗥𝗮𝘆𝗮 𝗷𝗮𝗹𝗮𝗻 𝘀𝗶𝗻𝗶
𝗦𝗮𝗺𝗽𝗮𝗶 𝗲𝘀𝗼𝗸 𝗽𝗮𝗴𝗶
𝗢𝗵 𝗼𝗵 𝗼𝗵
𝗥𝗮𝘆𝗮 𝗸𝗶𝘁𝗮 𝗷𝘂𝗺𝗽𝗮 𝗯𝗲𝗿𝗴𝗲𝗹𝗮𝗸 𝗸𝗲𝘁𝗮𝘄𝗮
𝗥𝗮𝘆𝗮 𝘀𝗲𝘁𝗮𝗵𝘂𝗻 𝘀𝗲𝗸𝗮𝗹𝗶

𝗝𝗮𝗱𝗶 𝘀𝗲𝗸𝗮𝗿𝗮𝗻𝗴 𝘀𝗶𝗮𝗽𝗮 𝗮𝗱𝗮
𝗗𝗶 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗵𝗮𝘁𝗶…

🎬 𝗞𝗹𝗶𝗽 𝗥𝗮𝘆𝗮 𝗕𝗣𝗟𝗦 : 𝗧𝗘𝗠𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗬𝗔 😄

Photos from Bahagian Pengurusan Lembangan Sungai ,JPS Malaysia's post 19/03/2026

𝗦𝗜𝗔𝗦𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗧𝗔𝗣𝗔𝗞 𝗕𝗔𝗛𝗔𝗚𝗜𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗨𝗥𝗨𝗦𝗔𝗡 𝗟𝗘𝗠𝗕𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗦𝗨𝗡𝗚𝗔𝗜 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗕𝗘𝗥𝗛𝗢𝗥𝗠𝗔𝗧 𝗗𝗔𝗧𝗢 𝗗𝗘𝗡𝗡𝗜𝗦 𝗡𝗚𝗔𝗨 𝗔𝗗𝗨𝗡 𝗡. 𝟳𝟳 𝗧𝗘𝗟𝗔𝗡𝗚 𝗨𝗦𝗔𝗡 𝗞𝗘 𝗟𝗢𝗞𝗔𝗦𝗜 𝗛𝗔𝗞𝗜𝗦𝗔𝗡 𝗦𝗨𝗡𝗚𝗔𝗜 𝗕𝗔𝗥𝗔𝗠 𝗗𝗜 𝗞𝗚 𝗟𝗢𝗚𝗔𝗡 𝗦𝗜𝗕𝗢𝗡𝗚, 𝗠𝗜𝗥𝗜

🗓️ 𝟭𝟮 𝗠𝗔𝗖 𝟮𝟬𝟮𝟲 📍𝗦𝗔𝗥𝗔𝗪𝗔𝗞

Satu siasatan tapak oleh Bahagian Pengurusan Lembangan Sungai (BPLS) bersama YB Dato Dennis Ngau ADUN N. 77 Telang Usan dan JPS Negeri Sarawak telah diadakan bagi meninjau keadaan dan mengenalpasti isu hakisan di Kampung Logan Sibong, Long Lama bahagian Miri.

Hasil dapatan maklumat daripada penduduk dan kerjasama daripada JPS Negeri Sarawak, beberapa inisiatif telah dirangka termasuk kerja segera bagi langkah jangka pendek untuk mengurangkan kadar hakisan serta langkah jangka panjang merangkumi cadangan pembinaan struktur yang lebih kukuh di kawasan kritikal yang terjejas dengan hakisan. Dalam pada itu, skop dan komponen kerja turut dibincangkan untuk tindakan lanjut.

19/03/2026

𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗥𝗔𝗬𝗔 𝗔𝗜𝗗𝗜𝗟𝗙𝗜𝗧𝗥𝗜 𝟭𝟰𝟰𝟳𝗛/𝟮𝟬𝟮𝟲𝗠

Bahagian Pengurusan Lembangan Sungai (BPLS), JPS Malaysia ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf atas segala khilaf zahir dan batin.

Sungai jernih mengalir damai,
Tempat mandi di pagi hari,
Syawal hadir membuka tirai,
Salah dan silap mohon diampuni.

Semoga lebaran ini membawa kegembiraan yang melimpah dan mengukuhkan ukhuwah sesama kita.

🎬 𝗞𝗹𝗶𝗽 𝗥𝗮𝘆𝗮 𝗕𝗣𝗟𝗦: 𝗥𝗔𝗬𝗔 𝗧𝗘𝗧𝗔𝗣 𝗥𝗔𝗬𝗔

Photos from Bahagian Pengurusan Lembangan Sungai ,JPS Malaysia's post 18/03/2026

𝗔𝗹𝗵𝗮𝗺𝗱𝘂𝗹𝗶𝗹𝗹𝗮𝗵, 𝗠𝗮𝗷𝗹𝗶𝘀 𝗞𝗵𝗮𝘁𝗮𝗺 𝗔𝗹-𝗤𝘂𝗿𝗮𝗻 𝗕𝗮𝗵𝗮𝗴𝗶𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗻𝗴𝘂𝗿𝘂𝘀𝗮𝗻 𝗟𝗲𝗺𝗯𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗦𝘂𝗻𝗴𝗮𝗶 𝘁𝗲𝗹𝗮𝗵 𝗱𝗶𝗹𝗮𝗸𝘀𝗮𝗻𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗹𝗮𝗻𝗰𝗮𝗿 𝗱𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗺𝗽𝘂𝗿𝗻𝗮 𝗽𝗮𝗱𝗮 𝟭𝟯 𝗠𝗮𝗰 𝟮𝟬𝟮𝟲. 𝗠𝗮𝗷𝗹𝗶𝘀 𝗶𝗻𝗶 𝗺𝗲𝗿𝘂𝗽𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗵𝗮𝘀𝗶𝗹 𝗶𝗻𝗶𝘀𝗶𝗮𝘁𝗶𝗳 𝗞𝗲𝗹𝗮𝗯 𝗞𝗲𝗯𝗮𝗷𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗕𝗣𝗟𝗦 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻𝗷𝘂𝗿𝗸𝗮𝗻 𝗽𝗿𝗼𝗴𝗿𝗮𝗺 𝗞𝗵𝗮𝘁𝗮𝗺 𝗔𝗹-𝗤𝘂𝗿𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗰𝗮𝗿𝗮 𝗯𝗲𝗿𝘁𝗲𝗿𝘂𝘀𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗽𝗮𝗻𝗷𝗮𝗻𝗴 𝗯𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗥𝗮𝗺𝗮𝗱𝗮𝗻, 𝘀𝗲𝗸𝗮𝗹𝗶 𝗴𝘂𝘀 𝗺𝗲𝗻𝘆𝗲𝗺𝗮𝗿𝗮𝗸𝗸𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗻𝗴𝗵𝗮𝘆𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗶𝗯𝗮𝗱𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗸𝗮𝗹𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝘄𝗮𝗿𝗴𝗮 𝗸𝗲𝗿𝗷𝗮.

🗓️ 𝟭𝟯 𝗠𝗮𝗰 𝟮𝟬𝟮𝟲 📍 𝗥𝘂𝗮𝗻𝗴 𝗟𝗲𝗴𝗮𝗿 𝗕𝗣𝗟𝗦

Photos from Bahagian Pengurusan Lembangan Sungai ,JPS Malaysia's post 18/03/2026

𝗟𝗔𝗪𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗧𝗔𝗣𝗔𝗞 𝗕𝗔𝗛𝗔𝗚𝗜𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗨𝗥𝗨𝗦𝗔𝗡 𝗟𝗘𝗠𝗕𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗦𝗨𝗡𝗚𝗔𝗜 𝗞𝗘 𝗣𝗥𝗢𝗝𝗘𝗞-𝗣𝗥𝗢𝗝𝗘𝗞 𝗕𝗔𝗥𝗨 𝗥𝗠𝗞𝟭𝟯 𝗥𝗣𝟭 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗣𝗨𝗟𝗔𝗨 𝗣𝗜𝗡𝗔𝗡𝗚

🗓️ 𝟭𝟲 𝗠𝗔𝗖 𝟮𝟬𝟮𝟲 📍 𝗣𝗨𝗟𝗔𝗨 𝗣𝗜𝗡𝗔𝗡𝗚

Satu lawatan tapak oleh Bahagian Pengurusan Lembangan Sungai (BPLS) bersama JPS Negeri Pulau Pinang telah diadakan bagi meninjau lokasi projek baharu RMK13 Tahun 2026 Negeri Pulau Pinang yang diketuai oleh Pengarah BPLS, Ir. Ts. Hajah Norlida binti Mamad @ Samad. Turut hadir sama ialah Timbalan Pengarah BPLS, En. Shahar bin Md Salleh dan Unit Utara.

Lawatan tapak ini bertujuan mendapatkan gambaran sebenar di tapak untuk mengenalpasti kawasan projek dengan lebih teliti bagi pemantauan projek kelak. Penyelarasan bersama JPS Negeri Pulau Pinang adalah penting untuk menentukan jadual pelaksanaan sebagaimana yang dirancang.

Pada tahun 2026 ini, sebanyak 1 projek baru Negeri Pulau Pinang telah diluluskan di bawah BPLS iaitu *PROJEK PEMULIHARAAN SUNGAI JURU, DAERAH SEBERANG PERAI TENGAH, PULAU PINANG-LAWATAN KE TAPAK PROJEK*

Pelaksanaan projek ini akan dapat memberikan manfaat secara langsung kepada masyarakat yang berhadapan isu hakisan tebing sungai, kerosakan infrastruktur awam dan harta benda serta pencemaran sampah di dalam sungai.

Photos from Bahagian Pengurusan Lembangan Sungai ,JPS Malaysia's post 23/02/2026

𝗟𝗔𝗪𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗧𝗔𝗣𝗔𝗞 𝗕𝗔𝗛𝗔𝗚𝗜𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗨𝗥𝗨𝗦𝗔𝗡 𝗟𝗘𝗠𝗕𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗦𝗨𝗡𝗚𝗔𝗜 𝗞𝗘 𝗣𝗥𝗢𝗝𝗘𝗞-𝗣𝗥𝗢𝗝𝗘𝗞 𝗕𝗔𝗥𝗨 𝗥𝗠𝗞𝟭𝟯 𝗥𝗣𝟭 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗦𝗔𝗥𝗔𝗪𝗔𝗞

🗓️ 𝟭𝟭-𝟭𝟯 𝗙𝗘𝗕𝗥𝗨𝗔𝗥𝗜 𝟮𝟬𝟮𝟲 📍 𝗦𝗔𝗥𝗔𝗪𝗔𝗞

Satu lawatan tapak oleh Bahagian Pengurusan Lembangan Sungai (BPLS) bersama JPS Negeri Sarawak telah diadakan bagi meninjau lokasi projek-projek baharu RMK13 Tahun 2026 Negeri Sarawak yang diketuai oleh Pengarah BPLS, Ir. Ts. Hajah Norlida binti Mamad @ Samad.

Lawatan tapak ini bertujuan mendapatkan gambaran sebenar di tapak untuk mengenalpasti skop dan komponen kerja dengan kos projek diluluskan bagi proses lantikan perunding, juruukur dan penyiasatan tanah. Penyelarasan bersama JPS Negeri Sarawak adalah penting untuk menentukan jadual pelaksanaan sebagaimana yang dirancang.

Pada tahun 2026 ini, sebanyak 2 projek baru Negeri Sarawak telah diluluskan di bawah BPLS iaitu PEMULIHARAAN BATANG LAWAS DI KAMPUNG MISSION, DAERAH LAWAS, BAHAGIAN LIMBANG, SARAWAK dan PEMULIHARAAN BATANG RAJANG DI KAMPUNG MELAYU BINTANGOR, DAERAH MERADONG, BAHAGIAN SARIKEI, SARAWAK.

Pelaksanaan projek-projek ini akan dapat memberikan manfaat langsung kepada masyarakat yang berhadapan isu hakisan tebing sungai yang serius.

Photos from Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia - JPS's post 23/02/2026
Want your business to be the top-listed Government Service in Cyberjaya?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


Aras 3, Blok B, Persiaran Rimba Permai, Cyber 8
Cyberjaya
63000

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:30
Tuesday 08:30 - 17:30
Wednesday 08:30 - 17:30
Thursday 08:30 - 17:30
Friday 08:30 - 17:30