APM DEBAK

Directions Website

APM DEBAK ANGKATAN PERTAHANAN AWAM DAERAH DEBAK
SEDIA ,PANTAS DAN BERINTEGRITI
HUBUNGI KAMI UNTUK BANTUAN KECEMASAN!! NO TEL : 083464553

Bantuan Menghantar Mangsa Mengalami Kelemahan Anggota Badan ke Klinik DebakAPM Debak telah memberikan bantuan kepada seo...
30/09/2026

Bantuan Menghantar Mangsa Mengalami Kelemahan Anggota Badan ke Klinik Debak

APM Debak telah memberikan bantuan kepada seorang mangsa lelaki dewasa yang mengalami kelemahan pada anggota badan dan memerlukan pemeriksaan serta rawatan lanjut di klinik. Mangsa didapati memerlukan bantuan untuk bergerak dan mendapatkan rawatan perubatan dengan segera.

Anggota APM Debak telah membantu menguruskan mangsa dengan berhati-hati sebelum membawa mangsa ke Klinik Debak bagi mendapatkan pemeriksaan daripada pegawai perubatan. Sepanjang proses pemindahan, aspek keselamatan dan keselesaan mangsa diberikan perhatian bagi mengelakkan keadaan mangsa menjadi lebih teruk.

Tindakan bantuan ini dilaksanakan sebagai sebahagian daripada tanggungjawab APM dalam memberikan khidmat bantuan kecemasan dan kebajikan kepada masyarakat, khususnya kepada individu yang memerlukan bantuan untuk mendapatkan rawatan perubatan.

fans
Jabatan Perdana Menteri
APM Sarawak
Mohtar Samat
Mohd Hanif
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia













Bantuan Menghantar Warga Emas Lelaki ke Klinik DebakAnggota APM Debak telah memberikan bantuan kepada seorang mangsa war...
30/09/2026

Bantuan Menghantar Warga Emas Lelaki ke Klinik Debak

Anggota APM Debak telah memberikan bantuan kepada seorang mangsa warga emas lelaki yang memerlukan pemeriksaan serta rawatan di fasiliti kesihatan. Bantuan diberikan bagi memastikan mangsa dapat dibawa ke Klinik Debak dengan selamat dan teratur.

Anggota APM terlebih dahulu membantu mangsa untuk bergerak dan mendapatkan kedudukan yang selesa sebelum proses penghantaran dilakukan. Sepanjang perjalanan, keadaan mangsa turut dipantau bagi memastikan keselamatan dan keselesaan beliau sentiasa terjaga.

Setibanya di Klinik Debak, mangsa telah dibantu oleh anggota APM untuk mendapatkan pemeriksaan daripada petugas kesihatan. Mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak klinik bagi mendapatkan pemeriksaan, rawatan dan tindakan lanjut mengikut keadaan kesihatan beliau.

Bantuan ini merupakan sebahagian daripada usaha APM Debak dalam memberikan perkhidmatan bantuan kecemasan dan sokongan kepada komuniti, khususnya golongan warga emas yang memerlukan bantuan untuk mendapatkan rawatan perubatan.

fans
Jabatan Perdana Menteri
APM Sarawak
Mohtar Samat
Mohd Hanif
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia













Bantuan menghantar warga emas ke klinik DebakPasukan APM Debak telah memberikan bantuan kepada seorang warga emas peremp...
29/09/2026

Bantuan menghantar warga emas ke klinik Debak

Pasukan APM Debak telah memberikan bantuan kepada seorang warga emas perempuan yang memerlukan pemeriksaan dan rawatan di klinik.

Anggota APM Debak hadir ke lokasi bagi membantu menguruskan pergerakan warga emas tersebut dengan selamat.

Warga emas berkenaan kemudiannya dibawa menggunakan kenderaan APM Debak ke Klinik Debak untuk mendapatkan pemeriksaan serta rawatan lanjut.

Sepanjang perjalanan, anggota APM memastikan keadaan beliau berada dalam keadaan selamat dan selesa.

Setibanya di klinik, warga emas tersebut diserahkan kepada pihak petugas kesihatan untuk tindakan dan pemeriksaan selanjutnya.

fans
Jabatan Perdana Menteri
APM Sarawak
Mohtar Samat
Mohd Hanif
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia













MEMUSNAH SARANG TEBUAN SERANGGA Pasukan Apm Debak telah menerima aduan berkaitan penemuan sarang tebuan tanah yang terda...
29/09/2026

MEMUSNAH SARANG TEBUAN SERANGGA

Pasukan Apm Debak telah menerima aduan berkaitan penemuan sarang tebuan tanah yang terdapat pada sarang burung alit di kawasan kebun Penggadu. Sarang tersebut dikenal pasti berada di kawasan yang berpotensi membahayakan pengadu serta orang awam yang menjalankan aktiviti di sekitar kebun.

Sehubungan itu, anggota APM Debak telah hadir ke lokasi bagi menjalankan pemeriksaan dan tindakan pemusnahan sarang tebuan dengan mengambil langkah keselamatan yang bersesuaian.

Kerja-kerja dilakukan dengan berhati-hati bagi mengelakkan serangan tebuan serta memastikan kawasan berkenaan kembali selamat untuk digunakan.

Setelah tindakan selesai dilaksanakan, kawasan sekitar turut diperiksa bagi memastikan tiada lagi ancaman tebuan yang boleh membahayakan pengadu.

fans
Jabatan Perdana Menteri
APM Sarawak
Mohtar Samat
Mohd Hanif
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia













SALAM TAKZIAH ATAS PEMERGIAN BAPA KEPADA SAUDARA NUR ARIFFIN BIN AHMAD25/09/2026Dukacita dimaklumkan bahawa telah kembal...
25/09/2026

SALAM TAKZIAH ATAS PEMERGIAN BAPA KEPADA SAUDARA NUR ARIFFIN BIN AHMAD

25/09/2026

Dukacita dimaklumkan bahawa telah kembali ke rahmatullah bapa kepada Saudara Nur Ariffin Bin Ahmad pada hari ini.

Seluruh warga kerja APM debak merakamkan ucapan takziah kepada Saudara Nur Ariffin Bin Ahmad serta seluruh ahli keluarga atas kehilangan insan tersayang. Semoga keluarga yang ditinggalkan diberikan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi ujian ini.

Semoga segala amal kebajikan Allahyarham diterima oleh Allah SWT, segala dosa dan kesalahan diampunkan serta ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

Al-Fatihah.

fans
Jabatan Perdana Menteri
APM Sarawak
Mohtar Samat
Mohd Hanif
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia













Pembelajaran Kendiri: Asas Pengendalian Chain Saw APM DebakPembelajaran kendiri asas pengendalian chain saw oleh anggota...
25/09/2026

Pembelajaran Kendiri: Asas Pengendalian Chain Saw APM Debak

Pembelajaran kendiri asas pengendalian chain saw oleh anggota APM Debak merupakan aktiviti bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran berkaitan penggunaan peralatan pemotong berkuasa secara selamat dan teratur.

Pembelajaran merangkumi pengenalan kepada bahagian-bahagian utama chain saw, fungsi setiap komponen, pemeriksaan keadaan peralatan sebelum digunakan, kaedah pengendalian yang betul serta aspek keselamatan diri dan kawasan kerja. Anggota turut mengulang kaji langkah asas seperti penggunaan kelengkapan perlindungan diri (PPE), pemeriksaan rantai dan sistem keselamatan serta kaedah penyimpanan dan penyelenggaraan selepas digunakan.

Latihan kendiri ini penting bagi memastikan anggota APM Debak mempunyai pengetahuan dan kesiapsiagaan yang mencukupi untuk menggunakan chain saw ketika melaksanakan tugasan seperti kerja pemotongan pokok tumbang, pembersihan kawasan dan operasi bantuan kecemasan.

fans
Jabatan Perdana Menteri
APM Sarawak
Mohtar Samat
Mohd Hanif
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia













SARANG TEBUAN DI KEBUN MENGACAM KESELAMATANPasukan APM Debak telah menerima aduan berhubung kewujudan sarang tebuan di k...
22/09/2026

SARANG TEBUAN DI KEBUN MENGACAM KESELAMATAN

Pasukan APM Debak telah menerima aduan berhubung kewujudan sarang tebuan di kawasan kebun pengadu. Sarang tersebut dikenal pasti berada di lokasi yang berisiko dan boleh membahayakan pengadu serta orang awam yang berada di sekitar kawasan berkenaan.

Pasukan APM Debak telah bertindak ke lokasi bagi menjalankan pemeriksaan dan mengambil tindakan pemusnahan sarang tebuan. Sarang tersebut berjaya dimusnahkan menggunakan teknik pembakaran dengan mengambil langkah-langkah keselamatan yang sewajarnya bagi mengelakkan risiko kepada anggota, pengadu dan kawasan sekeliling.

Setelah tindakan selesai dilaksanakan, pemeriksaan semula dilakukan bagi memastikan tiada lagi ancaman tebuan di kawasan tersebut dan keadaan kembali selamat.

fans
Jabatan Perdana Menteri
APM Sarawak
Mohtar Samat
Mohd Hanif
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia













Bantuan Membuka Pintu  Kereta Wira Akibat Kunci Tertinggal Oleh PengaduAPM Debak telah menerima aduan berhubung kejadian...
21/09/2026

Bantuan Membuka Pintu Kereta Wira Akibat Kunci Tertinggal Oleh Pengadu

APM Debak telah menerima aduan berhubung kejadian kunci kenderaan tertinggal di dalam bonet belakang sebuah kereta Proton Wira milik pengadu.

Sejurus menerima maklumat, anggota APM Debak telah hadir ke lokasi kejadian bagi memberikan bantuan kepada pengadu.

Tindakan bantuan membuka bonet belakang kenderaan dilaksanakan dengan penuh berhati-hati bagi memastikan keselamatan pengadu serta mengelakkan kerosakan pada kenderaan.

Hasil daripada tindakan dan kerjasama anggota APM Debak, urusan pengadu dapat dibantu dengan baik.

Kehadiran APM Debak dalam kejadian ini mencerminkan komitmen pasukan dalam memberikan perkhidmatan bantuan kecemasan dan khidmat komuniti kepada orang awam yang memerlukan.

fans
Jabatan Perdana Menteri
APM Sarawak
Mohtar Samat
Mohd Hanif













PEMUSNAHAN SARANG TEBUAN TANAH DI ATAS RUMAH PENGADU OLEH APM DEBAKPasukan APM Debak telah menjalankan tindakan pemusnah...
20/09/2026

PEMUSNAHAN SARANG TEBUAN TANAH DI ATAS RUMAH PENGADU OLEH APM DEBAK

Pasukan APM Debak telah menjalankan tindakan pemusnahan sarang tebuan tanah yang dikesan berada di bahagian atas rumah pengadu. Kehadiran sarang tebuan tersebut menimbulkan kebimbangan kepada penghuni rumah kerana berisiko menyebabkan sengatan, khususnya kepada penduduk yang berada di kawasan berhampiran.

Sehubungan itu, anggota APM Debak telah hadir ke lokasi bagi menjalankan pemeriksaan dan tindakan pemusnahan sarang tebuan menggunakan teknik semburan Ridset. Tindakan ini dilaksanakan dengan penuh berhati-hati serta mengutamakan keselamatan anggota dan pengadu bagi mengurangkan risiko serangan tebuan.

Operasi pemusnahan berjaya dilaksanakan, dan kawasan berkenaan diperiksa bagi memastikan tiada lagi ancaman tebuan yang boleh membahayakan penghuni rumah. APM Debak sentiasa bersedia memberikan bantuan kepada masyarakat dalam menangani ancaman serangga berbisa serta memastikan keselamatan dan kesejahteraan penduduk setempat.

fans
Jabatan Perdana Menteri
APM Sarawak
Mohtar Samat
Mohd Hanif













Ular Sawa Sepanjang 8 Kaki Ditemui Berada di Dalam Sangkar KucingKampung babu - APM Debak telah menerima laporan berhubu...
19/09/2026

Ular Sawa Sepanjang 8 Kaki Ditemui Berada di Dalam Sangkar Kucing

Kampung babu - APM Debak telah menerima laporan berhubung penemuan seekor ular sawa sepanjang kira-kira 8 kaki yang berada di dalam sangkar kucing milik penduduk di kampung babu debak.Kehadiran reptilia tersebut telah menimbulkan kebimbangan kepada pemilik rumah kerana boleh mengancam keselamatan kucing serta orang di sekeliling.

Pasukan APM Debak telah digerakkan ke lokasi bagi menjalankan tindakan menyelamat dan menangkap ular sawa tersebut dengan menggunakan peralatan yang bersesuaian serta mengutamakan aspek keselamatan.

Ular berjaya dikawal dan dikeluarkan dari sangkar kucing bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menghampiri atau cuba menangkap ular secara bersendirian sekiranya menemui haiwan liar, sebaliknya segera menghubungi pihak berkuasa atau pasukan penyelamat untuk mendapatkan bantuan.

Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
APM Sarawak
Mohtar Samat
Mohd Hanif













Address

PEJABAT ANGKATAN PERTAHANAN AWAM DEBAK
Debak
95500

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when APM DEBAK posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share