23/09/2026
21 September 2026
Pusat Khidmat ADUN N.26 Moyog sentiasa mengambil berat kebajikan anak-anak Sabah yang sedang melanjutkan pengajian di Semenanjung.
Sumbangan telah disampaikan oleh Michael Fadillah, mewakili YB Datuk Donald Peter Mojuntin, kepada Abraham Leo Stephen, pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (TESL) di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjong Malim, Perak.
Semoga sumbangan ini dapat sedikit sebanyak meringankan beban perbelanjaan perjalanan dan membantu Abraham meneruskan pengajian dengan lancar.
Teruskan usaha dan semoga berjaya dalam pengajian.