27/09/2026
Rutin Ziarah, Menyemai Kasih
Rutin ziarah diteruskan oleh Che Mas, isteri YB Ustaz Mohd Fadhli Rahmi bersama team ziarah terdiri daripada kakitangan Intitiut Modal Insan Terengganu Sejahtera(IMITS) Rantau Abang, Lajnah Kebajikan Muslimat Dun Rantau Abang dan AJK Muslimat Pulau Serai, menyantuni warga Kampung Pulau Serai.
Berkongsi cerita s**a dan duka, mendengar keluh kesah serta menyelami kehidupan mereka menjadi peringatan buat kita yang dikurniakan kesihatan dan pelbagai kemudahan.
Sesungguhnya, terlalu banyak nikmat Allah yang kita terima.
“Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?”
Surah Ar-Rahman: 13
Semoga setiap ziarah menjadi amal, mengeratkan ukhuwah dan menyuburkan rasa syukur. 🤍
Ziarah ini adalah amanah. Menyantuni mereka adalah ibadah.