Pusat Sebaran Maklumat Nasional - NADI Kampung Pasir Raja

Directions Website Contact the organization

Pusat Sebaran Maklumat Nasional - NADI Kampung Pasir Raja Pusat Internet Komuniti(PIK) merupakan projek kerajaan dengan insiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) merupakan projek kerajaan dengan insiatif oleh SKMM dan dilaksanakan oleh Celcom dengan memberi fokus kpd perkhidmatan ICT kepada penduduk setempat. Projek ini dilaksanakan oleh Celcom Axiata Berhad di bawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberi fokus kepada pemberian perkhidmatan ICT kepada komuniti setempat di kawasan luar bandar. Objektif utama PIK ditubuhkan adalah:
Memberi kemudahan capaian internet kepada komuniti setempat. Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi komputer dan internet. Meningkatkan taraf ekonomi dan sosial masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di PIK. Merapatkan jurang digital di antara masyarakat Bandar dan luar Bandar selaras dengan matlamat kerajaan.

18/09/2026
18/09/2026

KITA LAKAR REKOD BERSAMA!

NADI kini secara rasmi diiktiraf oleh Malaysia Book of Records (MBOR) bagi rekod “Largest Simultaneous Participation in a Multi-Fitness Session” menerusi Senam Sihat MADANI Merdeka 2026!

Apa yang bermula dengan sasaran 50,000 peserta akhirnya mencatat:
🏆 60,379 PESERTA
📍 1,099 NADI
🇲🇾 Seluruh negara, bergerak serentak

Senam Sihat MADANI Merdeka 2026 yang berlangsung pada 29 Ogos 2026 telah menyatukan komuniti di seluruh negara dalam satu gerakan yang menggalakkan gaya hidup sihat, di samping menyemarakkan semangat perpaduan.

Pengiktirafan ini menjadi satu lagi pencapaian membanggakan buat MCMC dan NADI, serta membuktikan apa yang mampu kita capai apabila seluruh rangkaian dan komuniti bergerak menuju matlamat yang sama.

Terima kasih kepada semua warga MCMC, NADI, komuniti dan setiap pihak yang menjayakannya. Kejayaan ini milik kita bersama!

60,379 peserta. 1,099 NADI. Satu gerakan nasional. Satu rekod Malaysia. 🇲🇾

Pendaftaran MyDigitalID📅 Tarikh: 7 September 2026 (Isnin)🕙 Masa: 12.00 Tengah Hari📍 Lokasi: NADI Kg Pasir Raja Kepada ko...
09/09/2026

Pendaftaran MyDigitalID
📅 Tarikh: 7 September 2026 (Isnin)
🕙 Masa: 12.00 Tengah Hari
📍 Lokasi: NADI Kg Pasir Raja

Kepada komuniti yang ingin mendaftar MyDigital ID, anda dialu-alukan untuk hadir ke NADI Kampung Pasir Raja.

🤝 Kami sedia membantu komuniti dalam proses pendaftaran MyDigital ID.

09/09/2026
TAKWIM AKTIVITI/PROGRAM NADI KAMPUNG PASIR RAJA BULAN SEPTEMBER 2026
05/09/2026

TAKWIM AKTIVITI/PROGRAM NADI KAMPUNG PASIR RAJA BULAN SEPTEMBER 2026

03/09/2026
03/09/2026

AMARAN RIBUT PETIR

Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Perlis • Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Yan, Kuala Muda, Pendang, Pokok Sena, Bandar Baharu dan Kulim) • Pulau Pinang sehingga 1:00 Tengah Hari; Khamis, 3 September 2026.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam. Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Dikeluarkan pada 10:45 pagi, 3 September 2026




03/09/2026

HEBAHAN URUSAN PELANTIKAN DAN SURAT TAWARAN MELALUI SISTEM PENDAFTARAN PEKERJAAN SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA (SPA9)
=============================================
JAWATAN : PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN GRED U9
KEMENTERIAN/JABATAN : KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
NO. URUSAN : 800328115342
BIL. CALON : 3 orang (Lantikan dari Calon Simpanan)
Bagi calon yang berstatus lantikan atau calon simpanan yang telah bertukar status kepada lantikan , sila semak di sistem SPA9 sekiranya tidak menerima e-mel hebahan "PENERIMAAN TAWARAN PELANTIKAN DAN CETAKAN SURAT TAWARAN" dari SPA.
Sila log masuk untuk proses setuju terima pelantikan di https://spa9.spa.gov.my/login
Calon dikehendaki membuat penerimaan tawaran dan melengkapkan dokumen pelantikan dalam tempoh yang ditetapkan bagi mengelakkan tempoh sah laku tawaran LUPUT dan tawaran pelantikan TERBATAL
Panduan Pengurusan surat tawaran pelantikan tetap boleh dirujuk di https://tinyurl.com/portalspa
Sekian, terima kasih

01/09/2026

Address

Balai Raya Kampung Pasir Raja
Dungun
23000

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00
Saturday 09:00 - 18:00
Sunday 09:00 - 18:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Sebaran Maklumat Nasional - NADI Kampung Pasir Raja posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pusat Sebaran Maklumat Nasional - NADI Kampung Pasir Raja:

Shortcuts

Share