16/09/2026
SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 2026
Hari Malaysia menjadi lambang perpaduan dan kebersamaan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan budaya. Sambutan ini mengingatkan kita bahawa kekuatan negara terletak pada semangat bersatu hati, saling menghormati dan bekerjasama demi Malaysia yang aman, harmoni dan sejahtera.
Marilah kita bersama-sama menyemarakkan semangat patriotisme serta menghargai keamanan dan kemakmuran yang dikecapi. Sebagai rakyat Malaysia, tanggungjawab menjaga keselamatan, keharmonian dan kesejahteraan negara adalah tanggungjawab kita bersama.
Seluruh warga kerja Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Dungun mengucapkan Selamat Menyambut Hari Malaysia 2026 kepada seluruh rakyat Malaysia.
Terus bersama APM.