17/08/2026
PEMERIKSAAN BALAI PTKPN A117 BALAI POLIS CENTRAL OLEH JABATAN INTEGRITI DAN PEMATUHAN STANDARD (JIPS) BUKIT AMAN
George Town, 17 Ogos 2026 - ACP Mohamed Salim bin Gulam Mohammad; Penolong Pengarah (Tadbir Urus/Kepolisan Am)Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman hadir Pemeriksaan Balai PTKPN A117 Balai Polis Central yang melibatkan aspek pentadbiran, pengurusan, operasi, logistik, disiplin serta kesiapsiagaan balai.
Ketibaan Penolong Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman disambut oleh Ketua Polis Balai Central, Insp Mohd Hafizul bin Mohamad Azizan. Pemeriksaan ini bertujuan memastikan setiap elemen pengurusan mematuhi prosedur dan arahan yang telah ditetapkan.
Ketua Polis Balai mentaklimatkan berkaitan pentadbiran dan pengoperasian Balai kepada Penolong Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman. Sejurus selepas itu, Penolong Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman turut menyampaikan amanat yang menyentuh beberapa perkara antaranya melibatkan tadbir urus dan tatakelola dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.