18/10/2026
18 Oktober 2026 - Majlis Menandatangani Perjanjian dan Penyerahan Surat Niat kepada Penerima Rumah MutiaraKu (RMKu) bagi Tujuan Pengosongan Tapak dan Penempatan Semula Penghuni Kampung Manis, Pulau Pinang bertempat di Dewan Serbaguna Taman Chai Leng, Perai, Pulau Pinang.
Majlis ini disempurnakan oleh YAB Tuan Chow Kon Yeow, Ketua Menteri Pulau Pinang dan turut dihadiri oleh YB Dato’ Seri Sundarajoo A/L Somu, EXCO Perumahan dan Alam Sekitar Pulau Pinang, YBhg. Dato' Kamarul Haizal Bin Koderat, Pegawai Daerah Pejabat Daerah Dan Tanah Seberang Perai Tengah (PDTSPT), YBhg. Dato’ Azhar Bin Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Aset Keretapi (Railway Assets Corporation - RAC), YBrs. Tuan Khairulnizam Bin Hashim, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang (LPNPP), YBhg. Dato' Tee Eng Ho, Pengarah Eksekutif Rivanis Ventures Sdn. Bhd., YBrs. Tuan Ir. Anilrasu Amaranazan, Pengarah Urusan Rivanis Ventures Sdn. Bhd., Encik Ponnudurai A/L V Anthony Srinvasagam, Ahli Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP), para penerima surat niat Rumah MutiaraKu (RMKu) serta barisan pegawai kanan RAC dan LPNPP.
Untuk makluman semua, kerjasama strategik antara pihak RAC, LPNPP dan Rivanis Ventures Sdn. Bhd. telah dimeterai menerusi Memorandum Persefahaman (MoU) pada 16 Januari 2024, diikuti Memorandum Perjanjian (MoA) pada 11 November 2024 bagi pembangunan semula Kampung Manis di Lot 65, Lot 67 dan sebahagian Lot 286, Daerah Seberang Perai Tengah yang merupakan langkah penting ke arah mewujudkan persekitaran kediaman yang lebih kondusif dan terancang.
Untuk memeriahkan lagi majlis, seramai 45 penduduk Kampung Manis telah dijemput secara simbolik bagi menerima surat niat berkenaan penempatan semula. Unit gantian yang ditawarkan merupakan Rumah MutiaraKu (RMKu) Jenis C3 berkeluasan 850 kaki persegi dan merangkumi perancangan sebanyak 338 unit kediaman untuk komuniti.
Kejayaan pembangunan semula Kampung Manis bukan sekadar diukur melalui perubahan fizikal, tetapi juga melalui komitmen dalam memelihara kebajikan penduduk serta menyediakan persekitaran kediaman yang lebih baik, selesa dan terancang demi kesejahteraan generasi akan datang.