30/09/2026
AUDIT SESI PENILAIAN LAPANGAN SISTEM PENGURUSAN INTEGRITI DAN GOVERNANS (SPINE)
29 SEPTEMBER 2026 (SELASA) - Jabatan Pendakwaan Syariah Pulau Pinang (JPSyPP) telah menerima Audit Sesi Penilaian Lapangan Sistem Pengurusan Integriti dan Governans (SPINE) bertempat di Bilik Mesyuarat, Jabatan Pendakwaan Syariah Pulau Pinang.
Sesi ini merupakan susulan kepada pelaksanaan Penilaian Kendiri SPINE yang telah dilengkapkan oleh pihak Jabatan, serta menjadi platform bagi menilai pelaksanaan, pematuhan dan keberkesanan aspek pengurusan integriti serta governans di JPSyPP.
Pelaksanaan sesi penilaian ini mencerminkan komitmen berterusan JPSyPP dalam memperkukuh integriti, tadbir urus dan akauntabiliti Jabatan, selaras dengan usaha mempertingkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan awam yang telus, berintegriti dan berdaya saing.
JPSyPP merakamkan penghargaan atas kerjasama dan komitmen semua pihak yang terlibat dalam menjayakan sesi penilaian ini.