25/08/2026
24 Ogos 2026 (Isnin)
Dewan Syarahan Masjid Negeri Pulau Pinang
Alhamdulillah, Bengkel Penulisan Artikel Majalah telah berjaya dilaksanakan sebagai satu wadah untuk menyemarakkan budaya ilmu dan memperkasa kemahiran menulis dalam kalangan peserta.
Terima kasih kepada Puan Syaza Wardina binti Abd Khalik, Editor Dewan Tamadun Islam, Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia yang berkongsi ilmu dan pengalaman dalam dunia penulisan artikel majalah. Bengkel ini mendapat tajaan AZKA PPZ MAIWP dan Sabila Management Solution.
Antara yang hadir dan memberikan sokongan ialah Tuan Haji Anassuzastri bin Haji Ahmad,
Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik dan Jaminan Kualiti, serta Dr. Nur Diyana binti Mohamad, Pendaftar KITAB Pulau Pinang.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada penceramah, urusetia, peserta serta semua pihak yang telah memberikan komitmen dalam menjayakan program ini.
Penulisan bukan sekadar menyusun kata dan ayat. Ia adalah satu medium untuk merekod, menyebarkan, mengembangkan dan mewariskan ilmu kepada generasi seterusnya.
Melalui bengkel ini, para peserta didedahkan bagaimana sesuatu idea dapat dikembangkan menjadi artikel yang mempunyai nilai, daya tarikan dan manfaat kepada pembaca.
Lebih menarik, bengkel turut mengangkat realiti dunia penulisan hari ini yang semakin dipengaruhi oleh teknologi digital dan kecerdasan buatan (AI). Namun, teknologi hanyalah alat. Kualiti sesebuah karya tetap bergantung kepada pemikiran, kreativiti, ketelitian, integriti dan tanggungjawab penulis.
Semoga bengkel ini menjadi titik permulaan kepada lahirnya lebih ramai penulis yang berani mencipta, berkongsi dan menyumbang melalui tulisan. Kerana setiap ilmu yang ditulis, berpotensi untuk terus hidup dan memberi manfaat kepada masyarakat.