03/10/2026
𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐋𝐔𝐀𝐑 𝐊𝐀𝐉𝐈𝐀𝐍 𝐈𝐍𝐃𝐔𝐒𝐓𝐑𝐈 𝐄𝐋𝐄𝐊𝐓𝐑𝐈𝐊 𝐃𝐀𝐍 𝐄𝐋𝐄𝐊𝐓𝐑𝐎𝐍𝐈𝐊 (𝐄&𝐄) 𝐁𝐀𝐍𝐂𝐈 𝐄𝐊𝐎𝐍𝐎𝐌𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐎𝐋𝐄𝐇 𝐓𝐈𝐌𝐁𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐓𝐔𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐖𝐀𝐍 (𝐄𝐊𝐎𝐍𝐎𝐌𝐈)
📍 𝐏𝐮𝐥𝐚𝐮 𝐏𝐢𝐧𝐚𝐧𝐠 | 𝟏 & 𝟐 𝐎𝐤𝐭𝐨𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟔
YBrs. Encik Wan Mohd Shahrulnizam bin Wan Mohd Najuri, Timbalan Ketua Perangkawan (Ekonomi) telah mengadakan Lawatan Kerja Luar Banci Ekonomi 2026 ke beberapa pertubuhan dalam industri Elektrik dan Elektronik (E&E) di Negeri Pulau Pinang, iaitu:
1. Intel Technology Sdn. Bhd.
2. Intel Microelectronics Sdn. Bhd.
3. Keysight Technologies Sdn. Bhd.
4. Jabil Global Business Service
Lawatan ini bertujuan untuk mendapatkan gambaran lebih dekat mengenai perkembangan semasa, operasi serta persekitaran industri E&E, di samping meninjau pelaksanaan pengumpulan data Banci Ekonomi 2026 dan mendapatkan maklum balas berkaitan cabaran serta keperluan industri.
Turut hadir bersama ialah YBrs. Encik Zainol bin Jamil, Pengarah DOSM Pulau Pinang serta pegawai-pegawai DOSM Pulau Pinang dan Ibu Pejabat DOSM.
Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada pihak Intel Technology Sdn. Bhd., Intel Microelectronics Sdn. Bhd., Keysight Technologies Sdn. Bhd. dan Jabil Global Business Services atas sambutan, kerjasama, perkongsian maklumat serta komitmen yang diberikan sepanjang lawatan ini.
Kerjasama erat daripada pihak pertubuhan amat penting bagi memastikan Banci Ekonomi 2026 dapat dilaksanakan dengan lancar serta menghasilkan statistik ekonomi yang berkualiti, tepat dan komprehensif untuk menyokong perancangan serta pembangunan negara.
𝐒𝐓𝐀𝐓𝐈𝐒𝐓𝐈𝐊 𝐍𝐀𝐃𝐈 𝐊𝐄𝐇𝐈𝐃𝐔𝐏𝐀𝐍
Portal DOSM:
https://www.dosm.gov.my
𝐅𝐚𝐜𝐞𝐛𝐨𝐨𝐤 : 𝐃𝐎𝐒𝐌 𝐏𝐞𝐧𝐚𝐧𝐠
https://www.facebook.com/DOSMPenang
𝐓𝐢𝐤𝐓𝐨𝐤 : 𝐝𝐨𝐬𝐦𝐩𝐞𝐧𝐚𝐧𝐠
https://www.tiktok.com/
𝐗 : 𝐃𝐎𝐒𝐌_𝐏𝐞𝐧𝐚𝐧𝐠
x.com/dosm_penang
𝐈𝐧𝐬𝐭𝐚𝐠𝐫𝐚𝐦: 𝐝𝐨𝐬𝐦_𝐩𝐞𝐧𝐚𝐧𝐠
instagram.com/dosm_penang