Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang

Call Directions Website Contact the organization

Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang VISI
Mengungguli tadbir urus dan pembangunan ummah Negeri Pulau Pinang menjelang 2030.

Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) ditubuhkan menurut kuasa seksyen 4 Undang-Undang Pentadbiran Ulama IslamTahun 1959 bagi menasihati Duli Yang Maha Mulia Yang Di Pertua Agong dalam perkara berkaitan dengan agama Islam. Peranan MAINPP adalah untuk melahirkan masyarakat Islam yang beriman, bertakwa dan dinamis dengan menjadikan Islam sebagai cara hidup. Ia juga berperanan untuk menegakkan keadilan mengikut hukum-hukum Islam serta mengawal dan membasmi murtad, bidaah, kemungkaran, maksiat, khurafat dan fikiran-fikiran yang menjejaskan kesucian Islam. Selain itu, MAINPP juga berperanan untuk memaju, menggalak, memudah dan mengusahakan pembangunan ekonomi dan sosial serta kesejahteraan umat Islam di Negeri Pulau Pinang berlandaskan hukum syara'. Dasar-dasar dan keputusan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang dilulus oleh 16 orang ahli yang ditauliahkan untuk tempoh 2 tahun oleh Duli Yang Maha Mulia Yang Di Pertuan Agong.

Gaji dah masuk, senyum pun makin lebar! 😁Tapi sebelum fikir nak belanja apa, jangan lupa selesaikan yang wajib dulu. Bay...
22/10/2026

Gaji dah masuk, senyum pun makin lebar! 😁

Tapi sebelum fikir nak belanja apa, jangan lupa selesaikan yang wajib dulu. Bayar hutang, asingkan simpanan dan urus kewangan dengan bijak.

Biar gaji tak sekadar singgah dalam akaun. πŸ˜‰

22/10/2026
21/10/2026
π—œπ—žπ—Ÿπ—”π—‘ 𝗝𝗔π—ͺ𝗔𝗧𝗔𝗑 π—žπ—’π—¦π—’π—‘π—š π— π—”π—œπ—‘π—£π—£πŸ“’Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) mempelawa Warganegara Malaysia yang berkelay...
21/10/2026

π—œπ—žπ—Ÿπ—”π—‘ 𝗝𝗔π—ͺ𝗔𝗧𝗔𝗑 π—žπ—’π—¦π—’π—‘π—š π— π—”π—œπ—‘π—£π—£πŸ“’

Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) mempelawa Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan berikut:

βš–οΈ Penolong Pegawai Undang-Undang Gred L5
πŸ“Œ Taraf Jawatan: Kontrak

πŸ“… Tarikh tutup permohonan: 30 Oktober 2026

Permohonan hendaklah dikemukakan kepada:

Setiausaha
Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang
Tingkat 7, 8 & 9, Menara JKP
No. 128, Jalan Macalister
10400 Pulau Pinang.

Untuk keterangan lanjut, sila layari laman sesawang rasmi MAINPP:
🌐 www.mainpp.gov.my

Jangan lepaskan peluang untuk menyertai MAINPP!


19/10/2026

𝐉𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 πŠπŽπ’πŽππ† πƒπˆ π™π€πŠπ€π“ πŒπ€πˆπππ

Calon-calon yang berkelayakan dan bermotivasi tinggi serta berminat untuk membina kerjaya bersama kami adalah dipelawa untuk memohon.

Rujuk Cara Memohon melalui Iklan Jawatan Kosong di laman web rasmi Zakat MAINPP di pautan:
https://zakat.mainpp.gov.my/sertai-kami/

Mohon sebaran. Terima kasih
Zakat Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang





πŸ† TAHNIAH BUAT DUA MASJID DI PULAU PINANG!Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Masjid Jamek Shaik Eusoff, Georgetown...
16/10/2026

πŸ† TAHNIAH BUAT DUA MASJID DI PULAU PINANG!

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Masjid Jamek Shaik Eusoff, Georgetown dan Masjid Al-Muhajirin, Bandar Seberang Jaya atas kejayaan menerima pengiktirafan dalam Anugerah Masjid Malaysia Peringkat Kebangsaan Tahun 2026.

✨ Masjid Jamek Shaik Eusoff – Kategori Masjid Pengurusan Berimpak

✨ Masjid Al-Muhajirin – Kategori Masjid Prihatin Ummah

Kejayaan ini menjadi kebanggaan seluruh warga Pulau Pinang dan mencerminkan komitmen berterusan dalam memakmurkan masjid serta memperkukuh peranannya sebagai pusat pembangunan ummah.

Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin untuk terus melakar kecemerlangan demi kesejahteraan masyarakat.

Tahniah dan syabas!

16/10/2026
🏠 PERMOHONAN SEWAAN RUMAH DIBUKAMajlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) mempelawa orang ramai yang berminat untu...
15/10/2026

🏠 PERMOHONAN SEWAAN RUMAH DIBUKA

Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) mempelawa orang ramai yang berminat untuk memohon sewaan rumah seperti ketetapan berikut:

πŸ“ Lokasi: Desa Indah, Blok 33, Persiaran Paya Terubong 1, Bayan Lepas, Pulau Pinang.

πŸ’° Kadar Sewa: RM760.00 sebulan

🏑 Maklumat Rumah:
β€’ 3 bilik tidur dan 1 bilik air
β€’ Ruang tamu dan dapur
β€’ Keluasan 60 meter persegi
β€’ Tempoh sewaan 2 tahun (boleh diperbaharui)

Lokasi rumah juga berdekatan dengan sekolah, kedai dan kemudahan harian serta mempunyai akses mudah ke jalan utama.

πŸ“² Orang ramai yang berminat boleh mengimbas kod QR pada poster untuk mendapatkan borang permohonan.

☎️ Sebarang pertanyaan boleh menghubungi 019-424 7227 (Unit Pengurusan dan Penyelenggaraan Premis, MAINPP).

Mohon jasa baik semua untuk kongsikan hebahan ini kepada mereka yang memerlukan.

Terima kasih☺️

Address

Tingkat 7, 8, & 9 Menara JKP, 128, Jalan Macalister
George Town
10400

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6042260305

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang:

Shortcuts

Share